Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

7 Cara Untuk Menjana Pendapatan Tambahan

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 01 March, 2022

Anda mungkin telah berpuas hati dengan pendapatan semasa anda. Namun begitu, mempunyai pendapatan tambahan adalah digalakkan, kerana bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’.

Mencari pendapatan tambahan di samping mempunyai kerja tetap tidak salah. Kata kunci utama di sini ialah fleksibiliti; di mana pendapatan baru itu tidak mengganggu produktiviti kerja tetap anda. Disini, kami senaraikan 7 peluang menjana pendapatan tambahan yang boleh anda lakukan, tanpa perlukan masa dan tenaga yang banyak.

Baca juga: 7 Pembaziran Yang Sering Dilakukan Rakyat Malaysia

1. Berniaga barang-barang terpakai

Anda ada buku-buku lama yang tidak dibaca lagi? Ataupun mesin senaman yang terbiar mengambil ruang sudut bilik, saksi azam Tahun Baru yang tertangguh? Apakata jana sedikit untung disebalik hasrat anda untuk mengemas rumah. Anda boleh jual barang-barang anda dalam talian di eBay atau Mudah.com, sertai carboot sale ataupun aturkan yard sale di perkarangan rumah anda.

2. Menjadi ‘freelancer’

Terima kasih kepada internet, anda kini boleh mengiklankan bakat dan kebolehan yang anda ada dan mencari projek sampingan untuk menjana pendapatan tambahan. Bergantung kepada kepakaran anda, projek-projek ini kadangkala mungkin kecil, namun bayaran yang ditawarkan adalah lumayan. Platform seperti Fiverr, Freelancer.com dan Upwork.com antara laman-laman web yang boleh anda lawati untuk mencari projek-projek tersebut.

Berkaitan: Panduan Berniaga Bisnes Food Truck Di Malaysia

3. Menjadi tutor

Minat mengajar? Formula-formula yang anda pelajari masih dalam ingatan? Sekiranya jawapan anda ‘Ya’, terdapat ramai para pelajar yang mencari bantuan anda. Sebagai permulaan, anda boleh mengajar ahli keluarga anda terlebih dahulu dengan caj yang rendah.

4. Perkhidmatan sewa

Kami tidak maksudkan khidmat dalam skala yang besar seperti rumah tumpangan atau servis teksi. Jika anda memiliki bilik atau rumah tambahan, anda boleh sewakan hartanah tersebut untuk jangka masa yang singkat. Anda boleh gunakan platform seperti iklaneka di kawasan anda ataupun AirBnb untuk tujuan ini. Anda juga boleh menggunakan langkah ini sekiranya anda memiliki kereta dengan menggunakan khidmat seperti Grab atau Uber.

5. Hobi anda

Hal ini adalah gabungan daripada  cadangan #2 dan #3 di atas. Kunci untuk berjaya di sini ialah menjadikan hobi atau sesuatu yang anda minat sebagai sumber pendapatan. Sebagai contoh, minat seperti memasak, menata rias, bertukang, dan sebagainya boleh menjadi titik mula untuk anda mejual produk, membuka kelas, atau mencari rakan kongsi yang memiliki minat yang sama.

6. Melabur

Anda mempunyai impian untuk menjadi seperti Warren Buffet, antara manusia terkaya di dunia? Berjinak-jinaklah dalam dunia pendapatan pasif ini! Dengan piihan-pilihan seperti saham, unit amanah dan bon, pelaburan adalah salah satu cara yang amat popular daalm menjana pendapatan sampingan secara pasif. Namun, pastikan anda telah melakukan kajian menyeluruh, menyediakan modal yang besar dan bersedia menghadapi risiko kerugian yang tinggi sewaktu memulakan pelaburan anda.

Baca juga: 5 Tips Bijak Untuk Uruskan Kewangan Peribadi

7. Menulis blog

Kadangkala, menjana pendapatan dalam talian hanya semudah menulis tentang perkara yang anda minati dan mengkaji strategi untuk memasarkan karya anda. Tidak kira apa juga topik yang anda pilih- fotografi, sukan, teknologi, hatta berkebun sekalipun, anda harus rajin menerbitkan artikel-artikel yang berkualiti tinggi untuk menarik minat pembaca.

Kebanyakan cadangan-cadangan di atas juga boleh menjadi pilihan bagi anda melegakan tekanan diluar waktu kerja. Sebaik sahaja anda berjaya mengimbangi keperluan kedua-dua kerjaya, anda akan dapat lebih kebebasan dalam mengawal kestabilan kewangan anda.

Lihat juga: Dapatkan RM1 juta melalui kadar faedah kompaun!

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals