Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Peluang Perniagaan Kecil Terbaik 2016

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 22 March, 2019

 

Mahu mulakan perniagaan tapi tidak pastikan perniagaan jenis apa yang sesuai? Berikut adalah cadangan perniagaan kecil yang boleh anda ceburi.

Melepaskan pekerjaan tetap untuk memulakan perniagaan sendiri ialah satu langkah yang besar. Anda akan melepaskan kestabilan menerima gaji tetap, dan selaku majikan kepada diri sendiri, anda juga akan berhadapan risiko tersasar daripada mencapai sasaran perniagaan.

Menjalankan perniagaan sendiri memang lebih berisiko berbanding dengan makan gaji, tetapi jika anda sanggup untuk menghadapinya anda boleh meraih keuntungan besar. Sebagai peniaga, anda akan mendapat kebebasan untuk melaksanakan rancangan perniagaan anda sendiri tanpa perlu menunggu kelulusan dari pihak atasan.

Jika kelebihan dari menjalankan perniagaan sendiri berbaloi pada anda, soalan seterusnya ialah apakah jenis perniagaan yang sesuai untuk diusahakan? Sekiranya disenaraikan, jenis-jenis perniagaan yang anda mampu usahakan hampir tidak terbatas, bergantung kepada kreativiti dan perancangan anda sendiri. Berikut adalah antara cadangan perniagaan kecil yang terbaik untuk tahun 2016:

Perniagaan Atas Talian (Online Store)
Perniagaan atas talian menjadi pilihan ramai peniaga kecil kerana kelebihannya yang tersendiri. Selain memerlukan modal permulaan yang dikira rendah, saiz perniagaan atas talian juga menjadikannya senang untuk diurus dan kurang berisiko. Hal ini kerana anda boleh bermula perniagaan dengan skala kecil untuk menguji permintaan produk dan kualiti yang diinginkan pelanggan. Anda boleh mula menawarkan lebih pilihan produk dan kuantiti setelah permintaan meningkat.

Percetakan 3D
Permintaan terhadap percetakan 3D telah melonjak naik sejak pilihan yang mesra pengguna  diperkenalkan. Penggunaan produk hasil cetakan 3D telah berkembang dari industri teknikal kepada industri yang lebih mesra pengguna. Tetapi, berdasarkan harga pasaran, masih ramai yang tidak mampu untuk memiliki mesin pencetak 3D sendiri.

Ini merupakan peluang yang boleh diambil oleh peniaga kecil untuk menyediakan perkhidmatan percetakan 3D dengan harga berpatutan. Pelanggan hanya perlu menghantar rekaan yang mereka inginkan dan anda boleh menyediakan khidmat penghantaran kepada pelanggan.

Khidmat Fotografi dan Videografi 
Jika anda gemar dengan fotografi, memulakan perkhidmatan fotografi dan video boleh menjadi perniagaan yang sesuai untuk anda. Disamping khidmat semasa majlis perkahwinan dan penggambaran bayi yang kian mendapat permintaan sejak kebelakangan ini, plebagai segmen yang boleh diceburi berdasarkan kebolehan anda menjadikan perniagaan ini mampu mendatangkan keuntungan. Tetapi harus diingat, modal permulaan asas bidang ini agak tinggi,dengan kamera berkualiti tinggi, perisian untuk menyunting gambar dan video, serta aksesori-aksesori lain antara pelaburan awal yang anda harus ambil kira untuk studio kecil anda.

Perniagaan Makanan
Ramai orang mempunyai impian membuka restoran sendiri tetapi hakikatnya membuka gerai makanan ialah pilihan yang lebih praktikal untuk mereka yang baru ingin menceburi perniagaan makanan. Pilihan lain ialah melalui menjadi ahli francais kerana kebiasaannya perniagaan jenis ini mempunyai rekod baik. Tetapi, anda akan terhad kepada sistem francais dan perlu mengeluarkan bayaran royalti yang tinggi.

Percetakan Baju Tee
Anda mesti pernah nampak khidmat pencetakan baju di kedai membeli belah dan terfikir bahawa  ia perniagaan yang anda minat untuk ceburi. Pengetahuan mengendalikan Adobe Ilustrator dan Photoshop akan berguna jika anda ingin mencuba nasib dalam perniagaan ini.  Anda juga akan memerlukan Heat Press Machine dan beberapa peralatan lain seperti pencetak untuk mencetak rekaan.

Khidmat Penyelenggaraan Komputer
Kawan – kawan dan ahli keluarga selalu mencari anda apabila komputer mereka bermasalah? Atau anda suka membantu kawan anda apabila komputer mereka meragam? Apa kata anda menjana wang melalui khidmat anda itu dan membuka khidmat penyelanggaran komputer?

Kuih dan Pastri
Dari kek, brownies dan roti berbagai jenis, membuka bakeri merupakan peluang perniagaan yang sesuai jika anda mempunyai kebolehan membuat manisan dan kreativiti. Jika kos untuk menyewa tapak jualan terlalu tinggi untuk anda, cuba pasarkan manisan anda itu melalui Facebook dan menjual ke rakan taulan dahulu.

Aksessori Telefon Bimbit
Setiap tahun Apple, Samsung dan jenama telefon bimbit yang lain akan mengeluarkan rekaan telefon bimbit baharu, dan ramai orang juga akan bertukar kepada model (*I checked online Malay tech articles and they used this word) terbaru. Jadi anda boleh mengambil kesempatan dengan sikap orang ramai yang sering bertukar telefon bimbit terbaru. Kalau hendak membuka kedai telefon bimbit mungkin akan perlukan modal yang besar, jadi pilihan lain ialah anda boleh berniaga akssesori telefon bimbit seperti sarung telefon bimbit dan sarung tablet.

Membiaya Perniagaan Kecil Anda
Semangat anda sudah mula berkobar selepas membaca cadangan perniagaan kecil diatas? Anda perlu ingat bahawa anda perlukan pembiayaan untuk modal perniagaan. Anda boleh gunakan simpanan wang atau pinjaman dari ahli keluarga terdekat.

Namun, pinjaman peribadi juga merupakan pilihan terbaik untuk membantu anda memulakan perniagaan sendiri. Pastikan anda telah menyelidik pilihan terbaik supaya tidak terbeban dengan kadar pinjaman yang tinggi. Gunakan perbandingan percuma dari CompareHero untuk dapatkan pinjaman peribadi pada kadar terbaik!

my_blog_sc-personal-loan

Save

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals