Siapa tidak mahu memiliki kereta berjenama mewah? Bayangkan memandu kereta seperti Chevrolet Camaro, Audi R8 Coupe. Tetapi, bukan semua orang mampu untuk memiliki kereta seperti itu. Namun, banyak lagi jenama kereta berkualiti dengan harga yang berpatutan di pasaran, seperti Toyota, Nissan, Hyudai, dan jenama Asia lain.
Tidak kira apa jua jenama, membeli sebuah kereta boleh menjadi satu pelaburan yang menguntungkan. Sekiranya anda mahu alternatif yang tidak membebankan bajet, kereta terpakai mungkin sebuah pilihan. Kami akan membincangkan pro dan kontra memiliki kereta baru atau terpakai dibawah:
Jika anda hanya mampu untuk memiliki kereta terpakai, usah mengeluh! Terdapat beberapa kelebihan memiliki kereta terpakai, seperti insurans kenderaan yang lebih murah. Impak penyusutan nilai juga tidak begitu menggangu anda sepertimana kereta baru.
Namun, disebabkan kereta ini sudah digunakan, anda perlu melakukan pemeriksaan yang lebih menyeluruh dan teliti bagi mengelakkan kerugian.
Anda bakal membuat keputusan yang bijak untuk memiliki kereta baru, sekiranya anda bijak merunding harga kereta, kos insurans dan kos penyelenggaraan.
Terdapat kelebihan dan risiko, tidak kira samada anda ingin memiliki kereta baru atau terpakai. Saranan kami, pertimbangkan keperluan dan situasi kewangan anda, serta utamakan nilai dan kelebihan yang bakal anda peroleh berbanding kos yang anda belanjakan.