Adakah anda tahu perbezaan antara kewangan Islam dan kewangan konvensional? Beberapa kemungkinan menyatakan bahawa pinjaman Islamik melarang urus niaga yang berteraskan faedah. Ianya nampak seperti mudah untuk difahamkan tetapi sekiranya kadar faedah ini dilarang, bagaimana pula seseorang memperoleh keuntungan di awal pelaburan.
Sebelum kita beralih ke topik seterusnya, mari kita fahami dahulu ringkasan sejarah berkenaan kewangan Islamik di Malaysia. Sistem kewangan Islamik di Malaysia telah memperlihatkan peningkatan dalam keperluan, penerimaan dan kemajuan sejak ianya diperkenalkan pada 1963.
Ia bermula dengan pertubuhan Lembaga Tabung Haji Malaysia(Tabung Haji) dan bank Islam pertama negara, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang mana mula beroperasi pada 1 Julai 1983.
Kini, model kewangan Islam Malaysia merupakan satu-satunya sistem perbankan Islam paling maju di dunia. Matlamat model kewangan Islam Malaysia adalah untuk beroperasi sejajar dengan sistem kewangan konvensional Malaysia. Untuk mencapai tahap ini, sistem kewangan Islam telah telah memperkenalkan sistemnya sebagai satu alternatif lain yang lebih banyak fungsinya berbanding sistem konvensional.
Sekarang, mari lihat apakah sebenarnya 2 konsep ini.
Pembiayaan peribadi Islamik harus dirangka secara berbeza. Ini disebabkan institusi-institusi kewangan Islam adalah dilarang daripada menjana kewangan berunsurkan kadar faedah melalui peminjaman wang. Di sini terdapat pelbagai konsep, tetapi kebanyakkan daripadanya termasuklah penjualan dan pembelian komoditi serta perkhidmatan yang telah diluluskan mengikut undang-undang Islam bagi memastikan ianya patuh shariah.
Pembiayaan peribadi Islamik dirangka dengan kadar keuntungan untuk menamatkan kadar faedah konvensional. Ini kerana pinjaman Islam tidak dilaksanakan dengan cara yang sama seperti pinjaman peribadi.
Kewangan Islam yang berfungsi di bawah Mudarabah adalah pembentukan daripada hubungan perniagaan: Di mana dalam situasi ini anda menyediakan wang dan pihak bank yang akan menjalankan perniagaan tersebut. Menjadi bahagian daripada hubungan perniagaan ini, nisbah perkongsian keuntungan telah ditentukan. Secara ringkasnya, (95% keuntungan dimiliki oleh pihak bank, dan 5% keuntungan adalah milik anda).
Berbeza dengan faedah, yang mana pihak bank telah menentukan terlebih dahulu jumlah keuntungan yang anda peroleh (rujuk kepada PSR). Yang mana jumlah keuntangan dibahagikan dengan jumlah sebenar pelaburan. Hasil daripada pembahagian tersebut merupakan peratusan keuntungan yang anda peroleh.
Di sini terdapat beberapa butiran yang menjelaskan perbezaan antara 2 jenis kewangan ini.
Prinsipal Kewangan Konvensional.
Prinsipal Kewangan Islam.
Di sini ada beberapa kelebihan dan kekurangan di antara kedua-dua jenis kewangan ini.
(Sumber Video daripada Al Rayan Bank YouTube)