Anda sedang mencari kad kredit untuk memenuhi gaya perbelanjaan anda? Tidak kira tujuan anda menggunakan kad kredit, kad kredit dari UOB boleh menepati citarasa anda. Dalam artikel ini, kami senaraikan kad-kad kredit terbaik dari UOB yang harus anda mohon.
Maksimakan kelebihan kad kredit UOB anda dengan fungsi ini. Samada penambahan kekal atau sementara, pilihan diberi berdasarkan keperluan anda. Namun begitu, kelulusan untuk meningkatkan had kredit tertakluk kepada pihak bank, jadi ianya bagus sebagai alternatif ketika waktu kecemasan, bukannya untuk kegunaan harian.
Pelan ini merupakan salah satu alternatif untuk mendapatkan tunai. Dengan kadar faedah yang rendah dan tempoh pembayaran yang fleksibel, UOB Flexi Credit Plan ini menawarkan pemegang kad kredit UOB tempoh pemprosesan yang pantas. Jumlah yang boleh dipohon adalah sehingga 80% dari had kredit dengan jumlah minima RM 1,000 setiap satu permohonan. Tempoh pembayaran semula pinjaman ini pula adalah sehingga 24 bulan, dengan kadar 9.2% setahun.
Melalui ciri ini, anda tidak lagi perlu risau tentang keselamatan kad kredit anda! Sebaik sahaja permohonan diluluskan, anda akan diberi perlindungan percuma sehingga 60 hari untuk hal-hal yang tidak diduga.
UOB menawarkan pelbagai jenis kad kredit, antaranya ialah UOB Infinite, UOB Lady’s, UOB ONE dan banyak lagi. Berdasarkan pemerhatian kami, berikut ialah kad-kad kredit terbaik dari UOB yang harus anda miliki.
Para wanita sekalian, kad kredit ini bakal menjadi BFF baru anda! Direka khusus untuk menepati citarasa dan gaya hidup wanita, kad ini menawarkan ganjaran hebat ketika anda membeli belah.
Keistimewaan
Yuran dan syarat kelayakan
|
Berbelanjalah tanpa risau tentang akaun bank anda! Kad iini menawarkan penjimatan untuk setiap perbelanjaan anda, tidak kira untuk petrol, keperluan harian, hiburan dan lain-lain.
Keistimewaan
Yuran dan syarat kelayakan
|
Anda inginkan lebih banyak pilihan dan maklumat? Gunakan aplikasi perbandingan kad kredit kami dan dapatkan kad kredit yang sesuai dengan anda!