5 Kelebihan Menggunakan Kad Kredit Berbanding Tunai ketika Melancong

|Posted by | Bahasa Malaysia, Banking, Credit Card

my_linkpic_travel-insurance_021017

Apabila melancong, terutamanya ke luar negara, salah satu perkara yang memeningkan ialah tentang tukaran matawang. Namun, penggunaan kad kredit ketika melancong mungkin belum begitu meluas di kalangan rakyat Malaysia.

JIka anda berhasrat untuk menggunakan kad kredit sewaktu melancong diluar negara, pastikan anda berhati-hati dengan beberapa isu berkaitan, seperti hutang kad kredit yang tertunggak. Selain itu, ketahui perkara penting tentang kad kredit yang boleh memerangkap anda.

Berikut merupakan 5 kelebihan menggunakan kad kredit ketika melancong di luar negara:

Diberi Ganjaran Selepas Melancong

Sama ada dalam bentuk Mata Ganjaran, Air Miles, dan juga akses ke ruang plaza premium di lapangan terbang, anda boleh diberi ganjaran jika anda menggunakan kad kredit yang menawarkan ciri ganjaran tersebut. Melalui laman web seperti CompareHero.my, anda boleh bandingkan dan mohon kad kredit tersebut yang menepati gaya perbelanjaan dan keperluana anda.

Bagi memudahkan dan mempercepatkan anda mengumpul ganjaran, gunakan kad kredit tersebut untuk membayar tempahan hotel, tiket penerbangan, makanan serta perbelanjaan membeli belah rakan sepelancongan anda juga!

Ketika membandingkan kad kredit, jangan hanya tertumpu kepada ganjaran yang ditawarkan sahaja. Ambil kira factor lain seperti kadar faedah, yuran tahunan, had ganjaran, dan lain-lain bagi memaksimakan ganjaran kad kredit anda.

1.Mata Ganjaran

Khusus untuk para pelancong, terdapat kad kredit yang menawarkan mata ganjaran untuk perbelanjaan di luar negara. Contohnya, kad kredit Ambank Visa Infinite yang menawarkan 5x AmBonus Points bagi setiap RM1 perbelanjaan anda lakukan di luar negara.

Namun, terdapat syarat-syarat tertentu bagi melayakkan anda untuk mengumpul mata ganjaran. Contohnya, kad kredit HSBC Visa Signature menawarkan 10x Mata Ganjaran, tetapi hanya untuk perbelanjaan ke atas tempahan bilik hotel dan menjamu selera diluar negara sahaja.

2.Air Miles

Jika anda sering kali ke luar negara dan ingin mendapatkan tiket kapal terbang percuma, terdapat banyak kad kredit yang menawarkan Air Miles bagi setiap perbelanjaan. Air Miles ini boleh ditukar untuk mendapatkan tiket penerbangan percuma. Conthonyna kad kredit Air Asia-Citi Gold, yang sesuai bagi anda yang sering  menggunakan khidmat Air Asia kerana Air Asia Points yang ditawarnya boleh ditukarkan terus ke BIG Points untuk dpaatkan tiket penerbangan percuma.

3.Akses ke Ruang Lapangan Terbang

Kadangkala, anda akan menghabiskan masa untuk menunggu penerbangan anda. Jadi, apa kata ambil peluang untuk berehat seperti VIP sambil menunggu penerbangan anda di Ruang Plaza Premium yang terdapat di lapangan terbang terpilih seluruh. Semuanya boleh tercapai jika anda pemegang kad kredit yang menawarkan akses percuma, seperti kad kredit Standard Chartered World Miles Mastercard. Anda akan turut menikmati makanan dan minuman percuma!

Sesetengah kad kredit hanya menawarkan akses terhad, sebagai contoh hanya untuk pemegang kad utama, atau hanya untuk lapangan terbang di Malaysia sahaja, dan sebagainya. Semak terma dan syarat sebelum memohon.

my_5reasonscreditcardisbetterthancash_blog03

Bebaskan Diri dari Kerisauan Tukaran Mata Wang

Untuk mengelak daripada sentiasa perlu memeriksa tukaran mata wang bagi mendapatkan tukaran terbaik,gunakan sahaja kad kredit. Tetapi, anda harus faham perbezaan bayaran transaksi luar negara dengan tukaran matawang dinamik (dynamic currency conversion – DCC).

Apabila anda membuat transaksi menggunakan matawang asing, ia akan ditukar ke Ringgit Malaysia, manakala US Dollar sebagai ‘asas’ tukaran pada tarikh transaksi dibuat dan diproses oleh bank dan talian bayaran ( sama adaVisa, Mastercard, atau American Express).

Bayaran transaksi luar negara biasanya sekitar 1%-2% dari bayaran anda, dan nilai transaksi dalam Ringgit boleh dilihat melalui penyata bulanan anda.

Bagi tukaran matawang dinamik pula, anda boleh membayar transaksi anda dalam nilai Ringgit, dan tukarannya akan ditentukan oleh pekedai tersebut. Kadar tukaran untuk DCC ada kalanya lebih tinggi, namun apa yang bagusnya ialah anda boleh terus mengetahui berapakah jumlah yang bakal dicaj kepada kad kredit anda dalam nilai RM. Kebanyakan pelancong keluar negara lebih gemar akan cara ini walaupun kadar tukarannya lebih tinggi berbanding fi transaksi luar negara.

Kesimpulannya, jika anda membayar dalam RM ketika di luar negara, DCC akan digunakan. Jika anda membayar menggunakan matawang asing, anda akan dikenakan caj transaksi luar negara.

Dapatkan Tawaran  dan Keisitimewaan Eksklusif

Tidak kira jenis kad kredit yang anda gunakan, pastikan anda sentiasa peka terhadap keistimewaan yang disediakan oleh peniaga yang bekerjasama bersama ppembekal kad kredit anda. Ini untuk pastikan anda dapat mengambil kesempatan terhadap diskaun serta tawaran untuk perbelanjaan di luar negara.

Contohnya, pemegang kad kredit Standard Chartered boleh menikmati keistimewaan eksklusif di 33 negara, dari Malaysia, Singapura, China hingga ke UAE. Selain itu, HSBC turut memberikan tawaran eksklusif, seperti diskaun bagi tempahan penginapan di laman web Expedia dan Agoda.

Tip: Tawaran eksklusif ini biasanya untuk masa yang singkat, dan akan kerapkali dikemaskini. Jadi, jangan lupa untuk melawat laman web kad kredit tersebut untuk mengetahui tawaran eksklusif terkini.

my_5reasonscreditcardisbetterthancash_blog02

Melancong Secara Selamat Dengan Insurans Pelancongan Percuma

Banyak kad kredit menawarkan insurans pelancongan percuma tanpa pengetahuan pemegang kad kredit tersebut. Sebagai contoh, kad kredit Citi Premier Miles Visa dan kad kredit CIMB Visa Signature menawarkan perlindungan sehingga RM 500,000 dan RM 300,000 untuk kecelakaan sewaktu melancong.

Tanpa perlu membelanjakan sehingga RM 100 untuk dapatkan insurans pelancongan peribadi, anda akan dilindungi insurans yang ditawarkan oleh kad kredit anda. Ingat kejadian seperti penerbangan tertangguh atau dibatalkan, kehilangan bagasi, kemalangan dan sebagainya boleh memberi kesan buruk kepada pengalaman pelancongan anda. Oleh itu, lindungi diri anda dengan insurans pelancongan serta ketahui tentang apa yang termasuk dalam perlindungan tersebut.

Memudahkan pelancongan anda

Kad kredit akan kurangkan kebergantungan anda terhadap wang tunai, dan jugak akan mengurangkan risiko kecurian tunai sewaktu melancong. Jika anda kehilangan tunai, anda tidak lagi mampu berbelanja. Jika anda kehilangan kad kredit, anda boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan unruk kad kredit anda untuk melaporkan ia telah dicuri dan batalkan kad kredit tersebut.

Selain itu, poket anda kini tidak lagi tebal dengan wang tunai dan syiling apabila anda hanya perlu membawa sekeping kad. Ini sudah pasti memudahkan perjalanan anda.

Dengan tukaran matawang yang tidak stabil oleh kerana beberapa faktor, pelancong yang akan ke luar negara perlu mengambil kira  setiap Ringgit yang mereka belanjakan. Jika artikel ini menarik minat anda untuk memohon kad kredit bagi tujuan pelancongan anda, kunjungi halaman perbandingan kad kredit CompareHero.my dan mohon kad kredit yang bersesuaian untuk anda.

my_blog_genericproducts_scb_rev_021417

Save

Amin Don

About Amin Don

Amin is a Data Analyst and one of the BM writers at CompareHero.my. He is increasingly interested on effective data management and applying it while managing Inter Milan on Football Manager 2016.