Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Pembeli-Belah Online: Ketahui Hak Anda

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 01 March, 2022

Peniaga online kini tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan ayat “PM untuk harga” di media sosial.  Peniaga melanggar undang-undang jika tidak memaparkan harga barangan, dan meminta pelanggan menghubungi mereka untuk mendapatkan harga.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) melaporkan aduan pengguna dari sektor e-dagang mencatatkan jumlah aduan tertinggi sejak tahun 2014. Pengurus Kanan, Dasar dan Perundingan NCCC, Shabana Nasser Ahmad berkongsi dari jumlah tersebut, aduan mengenai skim penipuan merupakan yang paling kerap diterima, diikuti dengan penghantaran barang dan kualiti produk.

Ketahui hak anda sebagai pembeli serta dapatkan tip untuk membeli belah online secara selamat.

Hak untuk mendapatkan maklumat dari peniaga online

Biasanya, iklan-iklan produk di Facebook dan Instagram digunakan oleh peniaga-peniaga online ini untuk menarik minat pengguna bagi membeli produk mereka. Tahukah anda, iklan-iklan ini perlu mematuhi 8 keperluan yang disenaraikan dibawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (walaupun peniaga-peniaga ini tidak mempunya I laman web dan hanya berniaga melalui platform media sosial)

8 keperluan dan maklumat yang perlu disenaraikan peniaga:

  1. Harga penuh yang perlu dibayar (termasuklah cukai dan kos-kos lain, jika ada)
  2. Nama penjual atau syarikat
  3. Nombor pendaftaran perniagaan
  4. Maklumat untuk dihubungi (alamat e-mel, alamat, atau nombor telefon)
  5. Maklumat keterangan produk
  6. Kaedah pembayaran yang diterima
  7. Terma dan syarat
  8. Anggaran tempoh penghantaran

Apa kesan kepada anda sebagai pengguna?

Selaku pengguna, anda sepatutnya tahu yang ianya menjadi satu kesalahan jika mana-mana individu atau peniaga tidak memaparkan harga barang. Jika kepenuhan ini tidak dipenuhi, peniaga boleh dedenda sehingga RM50,000 ataupun penjara 3 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Akta ini telah dipinda sejak 1 Julai 2013. Tetapi, penguatkuasaannya masih longgar untuk memberi tempoh kepada peniaga bagi membiasakan diri dengan perubahan tersebut. Setelah 4 tahun berlalu, sudah tiba masanya untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang ini secara menyeluruh bagi membendung peniaga online yang tidak beretika.

Bagaimana anda boleh memaklumkan pihak berkuasa jika ada peniaga yang tidak mematuhi keperluan ini?

Jika anda mengetahui mana-mana peniaga yang tidak memaparkan harga dan masih lagi menggunakan frasa “Berminat? Sila PM Harga”, hubungi pihak penguasa di talian 1-800-886-800.

Undang-undang ini akan dilaksanakan sepenuhnya setelah kelonggaran kepada peniaga diberi sejak sekian lama. Setakat ini, masalah hanya datang dari peniaga yang menggunakan media sosial. Kita telah memberikan masa yang panjang bagi mereka. Maka, mereka perlu memaparkan harga atau berhadapan dengan tindakan - Pengarah Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK), Datuk Mohd Roslan Mahayudin

my_blog_onlineshoppingcc_1

Tahukah anda?

Malaysia mula memperkenalkan peraturan tanda harga sejak 1977, melalui Perintah Kawalan Harga. Pada awalnya, undang-undang ini hanya meliputi peniaga runcit, dan ditambah baik melalui Perintah Kawalan Harga 1993. Dengan peningkatan peniaga e-dagang di Malaysia, dan pada masa yang sama peningkatan kes penipuan dalam talian, kerajaan telah mewartakan Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, dan menyemak Akta Perlindungan Pengguna 1999 untuk mencegah urus niaga online yang tidak beretika.

Ditipu peniaga dalam talian? Hubungi talian ini

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

03-78769000
myaduan@nccc.org.my

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan

1-800-886-800
http://e-aduan.kpdnkk.gov.my

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

+60 3-7875 6370
http://www.nccc.org.my/v2/index.php

7 tip keselamatan berbelanja atas talian

1. Ketahui apa yang anda beli

Apabila anda membeli barang di laman web, seperti Lazada, Shopee, 11Street, dan Mudah, baca maklumat barangan yang disediakan oleh penjual. Perkataan seperti ‘refurbished’ atau ‘vintage’ menunjukkan barangan mungkin bukan berkualiti tinggi dan ia bukan barangan baru.

2. Baca terma dan syarat

Ia mungkin terlalu panjang, oleh itu ramai orang yang mengabaikan terma dan syarat sewaktu membuat pembelian. Tetapi, terma dan syarat ini yang akan membantu anda, terutama maklumat mengenai proses penghantaran dan juga pulangan semula barang.

3. Periksa keadaan barang

Apabila barang yang dibeli sampai, periksa keadaan barang tersebut. Pastikan ia sama seperti apa yang diiklankan dan yang paling penting, dalam keadaan baik dan berfungsi. Maklumkan kepada peniaga segera sekiranya terdapat kerosakan, atau ia lain dari apa yang dibeli.

4. Jadikan pembelian di sosial media sebagai pilihan terakhir

Scammer  dan penipu gemar menggunakan platform media sosial untuk mencari mangsa. Walaupun media sosial kian meningkat sebagai tempat membeli belah dan menjadi pilihan ramai, anda harus berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa. Elak daripada membeli belah melalui media sosial seperti Facebook atau Instagram, dan gunakan alternatif pembelian yang lebih selamat. Hal ini juga sama untuk aplikasi sosial seperti Whatsapp dan Wechat.

5. Periksa harga pasaran

Ini antara perkara paling penting yang perlu anda lakukan sebelum membeli barang. Harga pasaran boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk mengelakkan anda ditipu. Jika barang yang dijual terlalu murah, ada kemungkinan ia barangan tiruan. Untuk kepastian, hubungi peniaga supaya anda lebih maklum sebelum membuat keputusan.

6. Ketahui maklumat peniaga

Peniaga online sebenarnya perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sebelum anda membuat pembelian, pastikan anda berurusan dengan peniaga yang sah. Pendaftaran ini sebenarnya perlu untuk melindungi hak pengguna juga. Mereka yang tidak mendaftar telah melanggar undang-undang dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (dipinda 2001)

7. Pilih pembayaran secara Cash On Delivery (COD)

Pembayaran secara Cash On Delivery (COD) bermakna anda membuat bayaran apabila barang telah sampai di tangan anda. Ini kerana kebanyakan kes penipuan berlaku sewaktu proses pembayaran, terutamanya bagi bayaran ke akaun peribadi peniaga. Pilih bayaran COD kerana ia boleh melindungi anda dari ditipu pembeli, terutama peniaga berskala kecil melalui media sosial.

Namun, bayaran COD juga ada risikonya. Pastikan anda pilih lokasi yang terbuka, seperti di pusat membeli belah, dan elakkan tempat yang sunyi, ataupun di rumah jika anda berseorangan. Jangan berikan wang sebelum anda dapat dan periksa keadaan barang.

Lihat juga: Tidak Dapat Ganti Rugi? Ketahui Hak Anda Sebagai Pengguna di Malaysia

my_blog_genericproducts_cta_rev_021417

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals