Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

12 Cara untuk Jimatkan Kos Perubatan di Malaysia

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 21 March, 2019

Kos sara hidup semakin tinggi di Malaysia, dan ini termasuklah kos perubatan (harga ubat, caj pemeriksaan di hospital dan klinik swasta, premium insurans dan juga makanan tambahan). Kesihatan merupakan satu faktor yang tidak boleh dikompromi, namun masih ada cara untuk anda kurangkan kos berkaitan dengan perubatan dan kesihatan anda.

1.Dapatkan insurans perubatan yang komprehensif

Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang memandang remeh kepentingan memiliki insurans perubatan dan hanya bergantung kepada pelan yang disediakan majikan sahaja. Tahukah anda, tidak semua insurans yang disediakan oleh majikan mampu menanggung rawatan untuk penyakit-penyakit berat atau kecacatan kekal, kerana kebanyakannya hanya mampu menanggung kos rawatan asas yang terhad.

Anda akan terasa beban apabila terpaksa menanggung sendiri kos rawatan yang tidak diliputi oleh insurans yang disediakan majikan anda. Lantas, ambillah insurans yang komprehensif dan boleh meliputi semua penyakit dan rawatan. Walaupun bayarannya mungkin sedikit mahal, tidak berbaloi untuk anda ambil risiko demi kesihatan anda dan keluarga.

2. Fahami polisi insurans anda

Insurans perubatan yang komprehensif adalah hanya langkah pertama. Anda juga perlu fahami dengan teliti akan kandungan polisi insurans anda. Fahami had perlindungan, kelayakan wad, kelayakan rawatan di klinik, kunjungan wad kecemasan, faedah selepas rawatan, dan sebagainya. Ini akan membantu anda dari berbelanja lebih untuk perkara yang telah tertakluk dalam polisi insurans anda.

my_blog_medicalcost_02

3. Dapatkan pemeriksaan kesihatan secara online

Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Tidak dinafikan pemeriksaan kesihatan dengan kerap itu amat digalakkan, tetapi  kos yang mahal mungkin menghalang seseorang untuk menghadiri pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap. Ditambah pula dengan kebanyakan polisi insurans yang tidak menawarkan pemeriksaan percuma melainkan ianya sebahagian dari proses rawatan. Tetapi, ini tidak menghalang anda untuk lebih ekonomik dalam menjalani pemeriksaan kesihatan.

Di Groupon, banyak kupon-kupon yang ditawarkan untuk anda mejalani pemeriksaan kesihatan pada harga yang rendah. Jangan lupa periksa terlebih dahulu klinik pilihan anda.

4. Minimakan kunjungan ke doktor

Anda tidak perlu membayar RM 60 semata-mata untuk berjumpa dengan doktor hanya untuk memastikan yang anda benar-benar demam selsema biasa sahaja bukan? Dan biasanya, anda tetap akan diberi Paracetamol dan tablet selsema, kedua0duanya boleh didapati di farmasi dengan harga lebih kiurang RM 10. Jika boleh, dapatkan preskripsi di farmasi-farmasi berdekatan dan anda boleh menjimatkan kos pemeriksaan.

5. Gunakan khidmat penjagaan kesihatan awam

Kerajaan telah mensubsidi banyak perkhidmatan dan fasiliti perubatan untuk memastikan kosnya lebih murah berbanding di sektor swasta. Walaupun dengan pelbagai persepsi, anda juga perlu pertimbangkan akan tuntutan yang dihadapi setiap hari di klinik dan hospital kerajaan. Malah, sistem penjagaan kesihatan awam di negara kita berada di kedudukan ketiga terbaik dunia pada 2014.

6. Jangan takut untuk bertanya

Selalunya, klinik dan hospital swasta akan menyenaraikan ujian-ujian pemeriksaan kesihatan yang perlu anda jalani sekiranya anda mendapatkan servis disana. Jangan takut untuk bertanya kepada doktor samada pemeriksaan tersebut adalah perlu, ataupun adanya alternatif ubat-ubat lain yang boleh diambil jika anda rasakan diagnosis dan ujian itu akan menelan belanja yang banyak.

7. Bandingkan caj terhadap servis yang ditawarkan

Bukan semua ubatan dijual pada harga terkawal, jadi anda digalakkan untuk bandingkan harga untuk mendapat tawaran hebat bagi ubatan yang anda perlukan. Farmasi-farmasi seperti AA Pharmacy, Watson, Guardian dan Vitacare setiasa menawarkan tawaran hebat serta diskaun untuk ubatan dan perskripsi umum yang dibeli di kaunter. Selain itu, farmasi di pasaraya besar seperti Tesco kadangkala turut menawarkan harga yang lebih murah walaupun pilihannya mungkin tidak sebanyak farmasi-farmasi yang disebutkan di atas.

my_blog_medicalcost_01

8. Dapatkan anggaran harga

Ramai rakyat Malaysia tidak menyedari akan hal ini, tetapi anda boleh dapatkan anggaran caj untuk rawatan anda sebelum anda menjalani rawatan tersebut. Jika keadaan anda tidak terlalu merbahaya, anda boleh bandingkan rawatan itu di pusat perubatan yang lain.

Untuk bayaran semula pula, jika kosnya terlalu tinggi, cuba dapatkan diskaun dan potongan harga  selagi mana yang boleh.

9. Tanya jika anda boleh dapatkan diskaun untuk bayaran tunai

Klinik dan hospital swasta biasanya lebih menggemari bayaran tunai berbanding tuntutan insurans atau kad kredit, jadi jika anda mempunyai simpanan khas untuk bayaran perubatan, cuba untuk tanya samada mereka menawarkan diskaun untuk bayaran tunai. Institusi ini mungkin boleh menawarkan diskaun bagi menggalakkan bayaran penuh.

10. Periksa samada bayaran dibuat dengan betul

Walaupun hanya perbezaan yang kecil, ianya boleh mendatangkan kos yang berbeza samada CT Scan yang lebih murah ataupun MRI scan yang lebih mahal, jadi periksa dengan teliti bil anda.

Hal ini juga sama dengan penyata yang dihantar oleh syarikat insurans anda. Pastikan semua kos ditanggung oleh polisi insurans anda. Jangan lupa untuk menyimpan bil dan resit asal untuk tujuan tuntutan cukai.

11. Simpan salinan dan rekod perubatan anda

Ini boleh membantu anda dari membayar dan menjalani rawatan yang sama untuk kali kedua. Kebanyakan rekod perubahan tidak akan banyak berubah untuk beberapa tahun. Dengan rekod ini, ianya akan memudahkan doktor untuk membuat diagnosis di masa akan datang.

12. Kurangkan kos selepas rawatan

Langkah ini khusus untuk penyakit dan keadaan yang perlukan rawatan jangka panjang, seperti patah tulang, kecederaan dan pembedahan. Sebagai contoh, jika anda perlu menjalani rawatan fisioterapi jangka panjang di hospital, minta untuk kurangkan jumlah rawatan ataupun alternatif bagi menjalani rawatan tersebut di rumah.

Doktor anda akan memahami keadaan kewangan anda jika anda jujur. Tetapi, apa yang lebih utama adalah untuk menjalani gaya hidup sihat, amalkan pemakanan yang seimbang dan sentiasa bersenam. Anda juga boleh memilih untuk memohon pinjaman peribadi bagi membiayai kos rawatan anda.

Kami di CompareHero.my sentiasa berusaha untuk memupuk kefahaman kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika anda ingin mendapatkan lebih banyak tips kewangan, sila kesini.

Save

Save

Save

Save

scvisaplatinum-png
  • 5X 360' Rewards Points for Dining, Departmental Stores & Overseas spend
  •  
  • 1X 360' Rewards Points for Other spend
  •  
  • ZERO Annual Fee, FREE for life
  •  
cta-apply-now

 

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals