Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

4 Cara Cepat Untuk Membayar Hutang Pinjaman Peribadi Bank

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 04 May, 2021

Kebanyakan individu perlu berhutang untuk membiayai perbelanjaan untuk perubatan, pelajaran, berkahwin, ataupun memulakan perniagaan.Untuk bebas dari hutang sepenuhnya mungkin agak mustahil. Tetapi, anda perlu tahu bagaimana kemampuan anda untuk membayar hutang-hutang  anda.Teruskan membaca untuk ketahui kemampuan anda untuk membayar hutang, dan  tips untuk membayar hutang dengan lebih cepat.

Hutang isi rumah rakyat Malaysia menunjukkan peningkatan. Malah, jumlah hutang isi rumah kini  terlalu tinggi sehingga sebahagian besar dari pendapatan bulanan digunakan hanya untuk membayar hutang sahaja.

Pada tahun 2013, nisbah khidmat hutang rakyat Malaysia ialah 43.5%, suatu angka yang membimbangkan kerana lebih 13.5% dari kadar yang hutang disarankan. Untuk pengetahuan anda, nisbah khidmat hutang yang disyorkan ialah pada 30% untuk memastikan anda tidak berbelanja lebih daripada satu pertiga dari pendapatan anda untuk membayar hutang.

Lebih membimbangkan, kadar hutang isi rumah ini menunjukkan peningkatan saban tahun:

“Kadar hutang isi rumah rakyat Malaysia dijangka akan terus meningkat untuk satu tempoh masa tertentu, dengan peratusan rakyat yang muda – 25 hingga 39 tahun, kelompok yang mengumpul aset – merupakan 26% dari populasi rakyat Malaysia. Pertumbuhan kelas ini juga lebih cepat berbanding pertumbuhan keseluruhan populasi Malaysia yang lain” – Wong Ying Ching, Ketua Bersama Institut Kewangan RAM Ratings

Manokaran Mottain, ketua penganalisa ekonomi Alliance Bank berkata, tumpuan utama harus diberikan kepada kemampanan hutang isi rumah. Ini kerana, ia membimbangkan jika rakyat Malaysia tidak mampu melangsaikan hutang mereka.

Tahukah anda, hutang-hutang rakyat Malaysia biasanya terdiri dari hutang kad kredit dan hutang pinjaman peribadi? Encik Azuddin Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK memaklumkan bahawa antara punca utama rakyat Malaysia berhutang ialah kerana gagal menguruskan kewangan peribadi.

Dengan cabaran ekonomi semasa serta keadaan kewangan peribadi yang tidak menentu, ia amat penting untuk tidak terperangkap dalam kitaran pembayaran hutang yang berterusan. Langkah pertama yagn boleh diambil ialah dengan memahami kemampuan anda untuk membayar hutang.

Nisbah khidmat hutang

Sebagai permulaan, kaji berapa kemampuan anda untuk membayar hutang yang ditanggung sekarang menggunakan nisbah khidmat hutang. Nisbah ini biasa digunakan oleh bank atau individu untuk mengetahui berapa jumlah hutang yang boleh peminjam tanggung sebelum tidak mampu untuk membuat bayaran ansuran untuk pinjaman tersebut. Ia akan mengambil kira semua pinjaman serta kemudahan kredit anda, dan dibandingkan dengan jumlah pendapatan.

Sebagai contoh, Sarah memiliki pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan, dengan komitmen kewangan seperti di bawah:

  • Pinjaman kereta: RM600 sebulan
  • Bayaran insurans: RM200 sebulan

Berdasarkan komitmen tersebut, nisbah khidmat hutang Sarah ialah:

(RM800 / RM 5000) x 100 = 16%

Dengan nisbah khidmat hutang 16%, jika Sarah ingin memohon pinjaman yang lain, dia perlu memastikan bayaran bulanan pinjaman tersebut akan tidak melebihi RM700 (berdasarkan saranan nisbah khidmat hutang yang tidak patut melebihi 30%).

Jelas sekali pada kadar gaji yang Sarah terima, dia tidak boleh mengambil lagi pinjaman kerana kebarangkalian dia akan melebihi nisbah khidmat hutang dan kemampuannya.

Jika tidak, sebahagian besar gaji Sarah akan digunakan hanya untuk membayar hutang sahaja. Kesannya, pendapatan boleh guna beliau akan berkurangan. Namun, masih ada lagi cara untuk Sarah memohon pinjaman, sebagai contoh jika dia ingin dapatkan pinjaman untuk membeli rumah, yang akan terangkan dibawah.

Ramai yang masih tidak mengetahui tentang nisbah khidmat hutang ataupun ia dipandang remeh. Sebenarnya, mengetahui berapa nisbah khidmat hutang peribadi amat penting walaupun anda tidak merancang untuk memohon pinjaman. Ia akan membantu anda untuk bersedia apabila anda ingin atau perlu memohon pinjaman.

Lihat juga: Bajet 101: Langkah Menyediakan Penyata Pendapatan Peribadi

Tips untuk membayar hutang

1. Bayar hutang tertinggi terlebih dahulu

Jika anda memiliki sejumlah wang, dan mempunyai pilihan sama ada untuk menyimpan wang tersebut dalam akaun simpanan, melabur, ataupun membayar hutang anda, pilih pilihan ketiga. Ini terutamanya jika anda mempunyai banyak pinjaman yang perlu dibayar. Walaupun anda hanya perlu melangsaikan satu pinjaman sekalipun, keutamaan perlu diberikan kepada pembayaran hutang. Ini kerana, berdasarkan kadar faedah yang anda perlu bayar untuk hutang tersebut akan menjejaskan kewangan anda lebih teruk berbanding pulangan yang anda dapat dari akaun simpanan.

table-BM-hutang(1)

Seperti contoh diatas, jika anda mempunyai RM5,000 dan menggunakan untuk membayar balik hutang pinjaman, anda anda jimat RM600. Ini kerana jika anda simpan wang tersebut pada kadar faedah 6%, anda hanya akan mendapat RM300 pulangan. Jadi ia lebih baik anda gunakan wang untuk langsaikan hutang berbanding memperdayai dirisendiri bahawa anda mempunyai simpanan RM5,000, walaupun anda mempunyai hutang yang perlu diselesaikan.

Lihat juga: Urus Hutang Secara Percuma Dengan AKPK

2. Bayar lebih dari bayaran minimum

Untuk pengetahuan anda, kad kredit juga merupakan sejenis pinjaman. Untuk menggunakannya dengan betul, pastikan anda  mampu untuk membuat bayaran lebih dari bayaran minimum pengunaan anda. Malah, lebih baik jika kad kredit digunakan apabila sangat diperlukan sahaja. Selain itu, pastikan anda mampu untuk membayar sepenuhnya sebaik sahaja anda penyata kad kredit

3. Hentikan penggunaan kad kredit buat sementara waktu

Sewaktu melangsaikan hutang anda, seeloknya kurangkan atau hentikan penggunaan kad kredit buat sementara waktu. Kad kredit juga merupakan sejenis pinjaman, jadi mengapa tambah lagi komitmen sedangkan komitmen kewanganan sedia kala masih belum dilangsaikan? Jika anda tidak mampu untuk hadkan pengunaan kad kredit, lebih baik anda berhenti menggunakan kad kredit sehingga anda selesai melangsaikan hutang.

Lihat juga: Mengapa Kad Kredit Merupakan Sejenis Pinjaman

4. Tambah pendapatan

Salah satu cara untuk melangsaikan hutang dengan lebih cepat ialah dengan menambahkan pendapatan. Biasanya, apa yang terlintas di fikiran ialah untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi. Namun, ia tidak semudah untuk dilakukan. Jika anda tidak mampu untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi, anda boleh mulakan pekerjaan sambilan.

Dengan pekerjaan sambilan, ia lebih fleksibel. Pilihan boleh dibuat untuk menentukan jenis kerja serta waktu untuk bekerja. Dengan cara ini, hutang anda akan lebih cepat dan mudah untuk dilangsaikan.

Akhir sekali, sebelum memohon mana-mana pinjaman dan kad kredit, buat perbandingan terlebih dahulu untuk memastikan produk tersebut sesuai dengan status kewangan anda. Gunakan aplikasi perbandingan percuma untuk pinjaman peribadi dan kad kredit di CompareHero.my bagi memudahkan permohonan anda.

scvisaplatinum-png
  • Tiada yuran tahunan pada dua tahun pertama
MOHON SEKARANG

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals