Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Patutkan Anda Melabur dalam Bitcoin, dan Bolehkah Ia Menjana Keuntungan?

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 09 November, 2021

Matawang Digital, atau Cryptocurrency, yang dahulunya kelihatan asing kini telah menjadi salah satu produk pelaburan popular untuk pelabur di Malaysia. Servis dagangan matawang digital bukanlah sesuatu yang baru, malah telah didagang di laman dagangan sejak sekian lama. Lebih 150 syarikat di seluruh dunia telah menggunakan matawang digital sewaktu membuat urus niaga. Baru-baru ini status penggunaannya sah di sisi undang-undang pada April yang lepas di Jepun.

Di Malaysia, Bitcoin merupakan antara pilihan utama untuk pelaburan matawang digital, dengan 52.6% pelabur matawang digital menjadikannya sebagai alternatif pelaburan.

Apa itu Bitcoin?

Bitcoin ialah  matawang digital pertama yang telah dilancarkan pada tahun 2009. Setakat ini, terdapat lebih kurang 700 matawang digital yang didagangkan, tetapi Bitcoin didagangkan di lebih 40 buah negara di seluruh dunia. Status matawang digital bermaksud tiada wang kertas atau duit syiling yang akan dikeluarkan oleh kerajaan, sebaliknya, wang ini akan dijana sepenuhnya oleh komputer.

Mengapakah Bitcoin sangat popular?

Bitcoin ialah kerana faktor kepantasan wang tersebut boleh bertukar milik tanpa nama (anonymously). Urusniaga boleh dilakukan tanpa perlukan identiti terbuka, tetapi masih lagi boleh dijejak dari pangkalan data dalam talian yang dikenali sebagai blockchain.

Persepsi umum tentang Bitcoin dan matawang digital yang lain ialah berbeza dari saham ataupun bon, ia menawarkan pelabur di Malaysia peluang untuk pelaburan yang kurang berisiko dan lebih menguntungkan. Menurut laporan theSun, kebanyakan rakyat Malaysia membeli Bitcoin kerana:

  • pelaburan (44%)
  • kepantasan transaksi yang memudahkan dengan kos berpatutan (16%)
  • Urusan dagangan (15%)
scvisaplatinum-png
  • 5X 360' Rewards Points for Dining, Departmental Stores & Overseas spend
  •  
  • 1X 360' Rewards Points for Other spend
  •  
  • ZERO Annual Fee, FREE for life
  •  
cta-apply-now

Adakah Bitcoin dikawal selia di Malaysia?

Sehingga kini, Bank Negara Malaysia masih belum mengeluarkan kenyataan tentang status undang-undang dagangan Bitcoin dan matawang digital yang lain. Namun BNM kini dalam perbincangan untuk menjalinkan kerjasama dengan Luno, syarikat ‘startup’ Bitcoin untuk mengadakan bengkel serta sesi latihan mengenai subjek ini. Oleh itu, perkembangan yang positif boleh dijangkakan dalam hal ini untuk tahun-tahun akan  datang.

Buat masa sekarang, kekurangan pengawalan dan penyelian undang-undang di Malaysia mungkin menjadi penghalang untuk perdagangan Bitcoin. Oleh itu, sebaik sahaja kerajaan Malaysia meluluskan undang-undang untuk perdagangan matawang digital, pengunaan Bitoin sebagai pelaburan dan alat dagangan dijangka meningkat. Ditambah pula dengan negara jiran seperti China, Korea Selatan, dan Jepun yang telah meluluskan undang-undang dagangan matawang digital menunjukkan potensi tinggi untuk pekembangan undang-undang matawang digital di Malaysia bakal dipercepatkan.

Bahaya Pelaburan Bitcoin

Terdedah kepada ancaman penggodam

Oleh kerana Bitcoin dan matawang digital yang lain beroperasi dengan teknologi Blockchain, kepantasan serta status perlindungan identiti pindahan wang memberi potensi ia menjadi platform dagangan pasaran gelap dan pengubahan wang haram (money laundering). Ciri seperti kepantasan dan perlindungan indentiti digemari oleh penjenayah, dan serangan penggodam Wannacry baru-baru ini memburukkan lagi keadaan.

Penggodam tersebut meminta wang tebusan dalam bentuk matawang digital, menyebabkan permintaan meningkat disebabkan kerisauan keatas serangan yang sama dimasa akan datang.

Serangan tersebut diikuti dengan godaman keatas dagangan matawang digital. Tidak seperti serangan Wannacry, serangan kali ini merupakan DDoS (Distributed Denial of Service), yang memberi impak keatas ‘server’,  menjadikan sistem terganggu dan aktiviti dagangan tergendala.

bitcoin-1024x533

Nilai matawang tidak menentu

Pada Januari 2017, Bitcoin sekali lagi mendapat liputan meluas kerana telah melepasi nilai USD$1000 untuk satu Bitcoin. Bitcoin juga merupakan matawang dengan prestasi terbaik pada tahun 2016, dengan nilai yang melonjak 120%, melebihi kenaikan 20% oleh matawang Ruble dari Russia dan Real dari Brazil.

Antara factor yang mendorong kepada kenaikan nilai Bitcoin ialah polisi penyemakan nilai matawang di India dan juga pelaksanaan langkah membanteras rasuah yang lebih ketat di China kerana matawang digital digunakana untuk menyembunyikan wang rasuah.

Oleh kerana matawang digital Bitcoin mempunyai nilai yang tidak menentu bermakna jika nilainya naik, keuntungan yang anda boleh jana amat tinggi. Tetapi, kejatuhan nilainya juga akan menyebabkan anda menanggung kerugian yang amat besar.

Bolehkah Anda Menjana Keuntungan dari Pelaburan Bitcoin?

Masih awal lagi

Banyak harapan dan potensi untuk Bitcoin dan juga matawang digital yang lain untuk ia menjadi masa hadapan wang. Tetapi, dengan nilai yang tidak stabil dan status undang-undang dagangan yang belum dilaksanakan di banyak negara, usaha-usaha perlu dipertingkatkan sebelum matawang digital dapat digunakan meluas di peringkat global.

Dalam laporkan oleh The Star, “nilai Bitcoin pada 11 Jun 2017 meningkat ke $3,041 bagi satu, dan menjunam ke $2,419 bagi satu Bitcoin pada jam 6.45 petang keesokan harinya, kejatuhan sebanyak $600.”

Untuk pelabur konservatif dan tidak yang gemarkan risiko, Bitcoin ibarat perjudian, dan kekurangan dari segi ketelusan menyukarkan proses untuk meramal status matawang digital ini, sama ada ia bakal meningkat ataupun tidak. Nilai Bitcoin turun dan naik secara mendadak  yang boleh menyebabkan anda kerugian teruk.

Sama seperti perdagangan komoditi dan matawang yang lain, Bitcoin tidak mendapatkan wang atau berikana nilai, cara untuk mendapatkan keuntungan melalui Bitcoin ialah hanya melalui nilai penghargaan (appreciation) matawang digital itu. Ini berbeza dengan saham, deposit atau bon, dimana walaupun harganya tidak berubah, anda akan tetap menjana pendapatan dari faedah dan dividen.

Kesimpulannya, anda berpotensi untuk menjana keuntungan dari Bitcoin, tapi ingat apabila nilainya turun, anda bakal menampung kerugian yang tinggi. Pilihan untuk melabur melalui Bitcoin terletak di tangan anda, dan juga tahap risiko yang anda sanggup galas. Sebelum anda mula melabur, kami sarankan agar anda buat kajian dahulu untuk matawang digital dan biasakan diri dengan trend dalam industri tersebut.

  • 8% Cashback for Petrol & Groceries spend
  •  
  • 0.2% Cashback on Other spend
  •  
  • Exclusive deals and special VIP treatments while enjoying great savings at more than 6,500 shopping outlets nationwide
cta-apply-now

Disclaimer: Neither CompareHero.my nor the content on it is intended as securities brokerage, investment, tax, accounting or legal advice, as an offer or solicitation of an offer to sell or buy, or as an endorsement, recommendation or sponsorship of any company, security or fund. The content on CompareHero.my is for general information purposes only and is not intended to be personalised investment advice or a solicitation for the purchase or sale of securities.

Compargo Malaysia Sdn. Bhd. and/or its affiliates cannot and do not assess, verify or guarantee the adequacy, accuracy or completeness of any information, the suitability or profitability of any particular investment, or the potential value of any investment or informational source. CompareHero.my may receive compensation from the brands or services mentioned on this website.

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals