Pen ke PIN : Apa Anda Perlu Tahu

|Posted by | Bahasa Malaysia, Banking, Credit Card

my_creditcardpinarticle_blogfeatured

Tidak lama lagi, tandatangan tidak akan diterima apabila anda membayar menggunakan kad kredit. Ketahui fakta penting mengenai perubahan dari pengesahan tandatangan ke PIN dan apa yang anda perlu lakukan untuk pastikan kad kredit anda tidak ditolak.

PIN (Personal Identification Number) ialah satu set kod yang ditetapkan oleh pemilik kad. Di Malaysia, ia terdiri dari enam digit (sesetengah negara menggunakan 4 digit) dan digunakan apabila membuat pembayaran. Tidak lama lagi, pemilik kad kredit tidak boleh menggunakan tandatangan untuk membuat pengesahan pembelian melalui kad kredit. Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan tarikh 1 Januari 2017 sebagai tarikh akhir bagi pemilik kad kredit untuk menukar pengesahan kad mereka kepada PIN.

Mengapa perubahan ini penting?

Ianya sebagai langkah keselamatan tambahan kerana penjenayah mudah mengambil kesempatan melalui pengesahan melalui tandatangan. Langkah pengesahan melalui PIN telah digunakan secara meluas di seluruh dunia, seperti Australia, Kanada dan negara-negara Eropah yang lain.

Sebagai contoh, andaikata anda kehilangan kad, kebarangkalian untuk pencuri menggunakan kad anda amat rendah berbanding kad yang menggunakan pengesahan tandatangan kerana tandatangan amat mudah ditiru.  Namun ketahui bahawa langkah keselamatan tambahan ini hanya berkesan jika anda tidak kongsi maklumat PIN anda dengan orang lain.

my_creditcardpinarticle_blog01

Apa yang anda perlu lakukan sekarang?

Kebanyakan bank telah mula mengeluarkan kad yang dilengkapi dengan pengesahan PIN secara berperingkat. Anda tidak perlu memohon kad baru untuk menukar kad anda. Sebaliknya, bank akan menghantar kad tersebut kepada anda. (Sesetengah bank memerlukan pelanggan mereka untuk mengambil kad tersebut di cawangan berdekatan). Bagi pengguna kad debit, mereka perlu ke cawangan bank untuk menukar kad tersebut kerana ia memerlukan pengesahan melalui MyKad.

Fakta tambahan yang perlu anda tahu?

Perubahan ini telah dilakukan secara meluas seluruh industri sejak 2015. Mulai 1 Julai 2017, pengesahan melalui tandatangan tidak lagi diterima. Perubahan ini meliputi kad kredit, kad debit, kad caj dan kad prabayar. Jangan lupa untuk menyahaktifkan kad lama anda untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan sewaktu melakukan transaksi. Kad dengan pengesahan PIN ini juga membolehkan anda untuk membuat bayaran melalui contactless payment. Pembayaran contactless ini dihadkan untuk belian RM 250 kebawah sahaja setakat ini.

Jika anda telah menukar kad anda, jangan lupa untuk mengaktifkan 6 digit PIN tersebut, terutamanya jika anda ingin melancong keluar negara. Ini kerana sekiranya anda tidak mengaktifkan digit PIN dan menggunakan kad anda di negara yang menerima kad PIN, anda tidak boleh melakukan pembayaran. Ini kerana terminal kad di negara tersebut akan mengenal pasti bahawa kad anda ialah kad PIN dan tandatangan tidak akan diterima. Anda juga perlu ingat bahawa pihak bank perlu masa untuk mengaktifkan PIN untuk kad anda.

Save

Save

Amin Don

About Amin Don

Amin is a Data Analyst and one of the BM writers at CompareHero.my. He is increasingly interested on effective data management and applying it while managing Inter Milan on Football Manager 2016.