Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Cadangan Bisnes & Makanan Bazar Ramadhan Yang Menguntungkan

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 26 July, 2019


Anda ingin mencari duit tambahan pada bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti? Pastinya, ramai yang mengambil peluang untuk menambahkan duit poket ketika di bulan Ramadhan dengan berniaga. Peluang sentiasa ada untuk mereka yang rajin dan bijak mencari kesempatan.

Perniagaan apakah yang anda boleh lakukan ketika di bulan Ramadhan? Jangan bimbang, kami telah menyediakan 15 idea cadangan yang boleh anda cuba di bulan Ramadhan nanti.

Untuk memastikan anda memasuki pasaran yang betul, berikut merupakan 10 cadangan perniagaan yang boleh anda cuba pada Ramadhan ini, dan juga petua untuk memaksimakan keuntungan.

  1. Servis Penghantaran Makanan Bersahur

Ramai antara kita yang lebih fokus kepada berniaga di Bazaar Ramadhan. Pernah atau tidak anda terfikir untuk mencuba menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan bersahur? Jika anda berminat, anda boleh membuat pengiklanan perkhidmatan yang dijalankan di media social seperti facebook, Instagram juga twitter. Potensi perkhidmatan ini untuk berkembang lebih maju walaupun setelah habis bulan Ramadhan sangat tinggi. Tambahan pula, ramai muslim yang lebih memilih untuk hanya bersahur di rumah berbanding keluar ke kedai pada waktu bersahur.

Anda boleh rujuk laman web ini untuk resepi-resepi bersahur yang enak!

2. Minuman Sejuk Yang Menyegarkan

Boleh dikatakan, apabila bulan puasa air adalah minuman yang paling laris terjual. Masing-masing akan mencari air untuk dibeli terlebih dahulu sebagai pembasah tekak apabila berbuka puasa. Anda boleh menggunakan kesempatan sebegini, dengan menjual air. Untuk lebih menarik lagi, anda boleh menjual air dengan perisa lain daripada penjual-penjual air yang lain. Contohnya, cuba untuk mencipta minuman dengan resipi jenama seperti starbuck. Jual dengan harga yang lebih murah tetapi pastikan rasanya hampir sama. Pasti, pelanggan anda tidak putus-putus.

  1. Kuih Raya

Sinonim dengan perayaan hari raya yang bakal menjelma ketika di bulan Ramadhan ini, tempahan kuih raya menjadi rebutan peniaga. Mungkin anda boleh membuat kelainan di mana anda menjual kuih raya tradisional yang dibuat dengan cara tradisional juga. Misalnya seperti kuih bahulu. Kebiasaanya , kuih bahulu zaman kini hanya dibakar menggunakan ketuhar. Rasa bahulu pasti berbeza apabila dibakar dalam ketuhar dengan dibakar menggunakan sabut kelapa. Tidak dinafikan, kerjanya lebih rumit menggunakan cara tradisional dalam menghasilkan kuih “legend’’ ini. tetapi, jika ia memberikan kepuasan dan hasil jualan yang lumayan, mengapa tidak untuk anda mencuba nasib.

  1. Buah-buahan Potong

Buah-buahan juga merupakan salah satu menu berbuka puasa yang dicari. Kita sedia maklum, buah-buahan ini dapat membantu menghidrat semula badan kita setelah seharian berpuasa. Untuk lebih menarik perhatian pembeli, anda boleh memotong buah dengan mempelbagaikan jenis bentuk. Kreativiti anda amat diperlukan untuk menghasilkan potongan buah yang menarik.

  1. Ayam Bakar

Ayam bakar ataupun ayam goring akan sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia. Untuk kelainan daripada yang lain, anda boleh mencuba menggoreng ayam bersama rempah tepung yang lebih rangup dan sedap. Selain daripada itu, anda juga boleh cuba untuk membuat sos rekaan anda sendiri yang berlainan daripada sos-sos yang tersedia terjual di kedai-kedai. Jika anda berhasrat untuk menjual ayam bakar, pastikan rempah ratus dan perapan ayam betul-betul rapi supaya rasa ayam lebih enak untuk dinikmati.

  1. Hamper Raya Berkhasiat

Bukan sesuatu yang baru apabila bercakap tentang hamper raya. Dapat kita lihat sendiri, hamper raya dijual dengan harga yang agak mahal di pasaraya ataupun shopping mall. Sedangkan, item-item di dalam hamper adalah yang kta boleh dapat dengan harga yang lebih murah. Sekiranya anda ingin mencuba idea ini, anda boleh membuat pembelian secara borong. Sebagai contoh anda boleh membeli kuih raya daripada kawan-kawan yang anda kenali dalam kuantiti yang banyak. Dalam situasi sebegini, anda sebenarnya telah dapat mengurangkan sedikit kos.

  1. Hiasan Kraftangan Kad Ucapan Hari Raya

Ia nampak seperti agak ketinggalan memandangkan masa kini, ramai di antara kita yang lebih memilih untuk memberikan ucapan hari raya melalui whatss app sahaj. Namun, tidak salah untuk mencuba. Jika anda mempunyai bakat terpendam jangan biarkan ia terendam begitu sahaja tanpa memberikan pulangan kepada anda. Gunakan bakat anda untuk menghasilkan kraftangan yang menarik. Hiasi kad ucapan hari raya dengan membuat lukisan tangan. Lebih menarik lagi jika kad hari raya dilengkapi dengan lagu raya. Wah, nampak menarik bukan?

  1. Gerai Makanan Tengah Malam

Di bulan Ramadhan ini, ramai antara kita yang lebih memilih untuk mendapatkan makanan berat atau ringan selepas berterawih. Jangan bimbang untuk berniaga makanan di waktu malam kerana pasti ramai yang mencari makanan ketika waktu tersebut. Antara makanan yang boleh anda jual seperti burger, satay juga jgung kukus.

  1. Pakaian Raya

Maklum sahaja, raya setahun sekali. Rugi jika tidak beli baju raya walaupun sehelai. Untuk perniagaan baju raya, anda boleh jual apa sahaja baju yang akan dipakai oleh muslim dan muslimat ketika berhari raya. Contohnya, anda boleh menjual baju kurung, baju melayu, kurta dan jubah. Malah, perniagaan ini boleh dijalankan secara atas talian sahaja.

  1. Produk Kecantikan

Lumrah apabila berhari raya, ramai yang ingin kelihatan cantic berseri-seri tidak kira kaum adam ataupun hawa. Rata-ratanya seiring ingin nampak cantic dan kacak ketika bersua muka bersama sanak saudara. Untuk lebih selamat, cari tahu terlebih dahulu produk kecantikan yang telah mempunyai kelulusan daripada KKM dan diyakini halal untuk digunakan.

  1. Lemang Dan Ketupat

Jika di kampung-kampung, atuk dan nenek memang memilih untuk menganyam ketupat sendiri. Tetapi tidak semua yang mempunyai tahap kerajinan yang sama. Mungkin ketika hendak menyambut hari raya, masih ramai yang bersemangat untuk menganyam. Tetapi, setelah habis beraya dan mula bekerja, ramai yang memilih untuk membeli anyaman ketupat yang telah siap  untuk hari terbuka.

  1.  Tempahan Baju Raya

Peluang ini harus direbut untuk anda yang mempunyai kemahirn menjahit. Tidak dinafikan, ramai yang lebih gemar membeli baju raya yang telah siap. Namun, masih ramai juga yang lebih selesa membeli kain untuk dihantar kepada penjahit. Anda boleh cuba pergi ke kedai-kedai menjahit baju untuk menawarkan perkhidmatan jahitan anda membantu mereka menyiapkan tempahan baju raya pelanggan. Tetapi, jika anda mendapat tempahan daripada rakan-rakan atau saudara mara sendiri, ianya lebih baik dan menguntungkan bagi pihak anda.

  1. Berniaga Minyak Wangi

Permintaan minyak wangi pastinya sentiasa ada ketika di bulan Ramadhan. Ramai yang ingin berwangi-wangian ketika di bulan Ramadhan. Perniagaan ini tidak perlukan anda untuk membuka gerai. Cukup jika dapat dijalankan secara kecil-kecilan di platform online. Apatah lagi bagi mereka yang ingipulang beraya di rumah keluarga mertua ataupun bakal keluarga mertua. Harus untuk sentiasa wangi.

  1. Katering Moreh

Biasanya, masjid-masjid ataupun surau-surau akan mengadakan majlis berbuka puasa ataupun lebih dikenali sebagai moreh. Malah, ada pejabat-pejabat kerajaan ataupun swasta turut mengadakan jamuan berbuka puasa sesame staff yang memerlukan perkhidmatan catering bagi menyediakan juadah berbuka puasa. Inilah masa terbaik untuk anda ambil dengan mempromosikan katering anda. secara tidak langsung perkhidmtan katering anda lebih dikenali dan berkembang.

Bagaimana dengan 15 idea cadangan perniagaan dibulan Ramadhan nanti? ianya terpulang kepada anda untuk menceburi peluang perniagaan yang mana satu. Apa pun pilihan yang anda pilih, berniagalah secara jujur, ikhlas dan jangan lupa untuk bersedekah. Semoga sahaja, bulan Ramadhan ini membwa seribu kemanisan dalam anda mencari duit tambahan dari rezeki yang halal.

 

Save

Save

Save

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals