Senarai Buffet Ramadhan 2017

|Posted by | Bahasa Malaysia, Credit Card, Lifestyle

senarai-buffet-ramadhan-featured

Ramadhan bakal tiba dalam beberapa hari sahaja lagi. Ada perancangan untuk sesi berbuka puasa bersama keluarga atau sahabat handai? Disini kami sediakan senarai buffet Ramadhan 2017 untuk anda pilih. Sama ada anda mempunyai bajet bawah RM100 atau ingin belanja lebih untuk keluarga, anda boleh pilih dari senarai ini.

Bawah RM100

Kampong Festive, JW Mariott Kuala Lumpur

Kumpulkan keluarga dan kawan-kawan untuk sesi berbuka puasa dengan hidangan traditional Melayu di buffet berbuka puasa Kampong Festive JW Mariott. 138 jenis hidangan akan disediakan untuk buffet Ramadhan tahun ini. Antara hidangan yang perlu anda cuba ialah Kambing Bakar, Ikan Patin Masak Tempoyak, Nasi Beriyani dan juga pelbagai jenis ikan bakar. Anda boleh pilih untuk duduk di Shook! Atau Sentidos Gastrobar & Dining kerana kedua-dua lokasi ini mengambil bahagian dalam buffet Ramadhan ini.

Harga: RM98 (dewasa) RM50 (kanak-kanak bawah 12 tahun)

Nombor telefon: 03-2782 9099

Alamat: Starhill Gallery 181 Jalan Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur

Maya Brasserie

Tahun ini tema untuk buffet Ramadhan di Maya Brasserie ialah Berbuka Puasa Warisan Delights dimana pengunjung boleh menikmati juadah Melayu asli dan traditional serta berbagai jenis kuih-muih. Buffet ini akan bermula pada 29 Mei – 23 Jun 2017, 6.45pm 10:30pm.

Harga: RM84 dewasa (29 Mei – 4 June 2017, minggu pertama Ramadhan)

RM128 dewasa minggu kedua hingga keempat Ramadhan.

Nombor telefon: 03-27118866 sambungan 258

Alamat: Maya Brasserie, Hotel Maya, 138, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur

MY FB AD 1200X628 22052017

Restoran Rebung

Ini lokasi sesuai untuk berbuka puasa kalau anda memang inginkan hidangan Melayu asli bersama dengan suasana kampong. Di Restoran Rebung, pengunjung boleh pilih dari 6 jenis nasi iaitu Nasi Tomato, Nasi Minyak, Nasi Briyani, Nasi Ulam, Nasi Hujan Panas dan Nasi Putih. Untuk buffet Ramadhan tahun ini, Chef Ismail yang juga merupakan antara pemilik restoran ini akan melancarkan hidangan istimewa baharu iaitu Ayam Golek. Selain daripada itu, hidangan istimewa yang perlu dinikmati ialah Ikan Patin Masak Tempoyak dan Kambing Bakar. Solat terawih juga akan berlangsung di surau Rebung, dan pengunjung boleh membeli belah di bazaar mini Eid Mubaraq. Buffet ini akan berlangsung dari 27 Mei – 23 Jun 2017.

Harga: RM70 dewasa, RM53 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun

Nombor telefon: 03 – 22834775

Alamat: 5-2, Aras 5, No.1, Jalan Tanglin, Taman Botani perdana, 50480 Kuala Lumpur

Bawah RM150

Nook, Aloft Kuala Lumpur

Kalau anda mahu pelbagai pilihan makanan untuk berbuka di satu lokasi, cuba buffet Ramadhan di Nook tahun ini.  Dengan lebih dari 150 jenis hidangan pada bulan Ramadhan ini, termasuk juadah manis, Nook merupakan lokasi sesuai untuk berbuka puasa. Pengunjung akan mempunyai pilihan sepeti hidangan  Rendang Daging Tumis, Ayam Teriyaki dan banyak lagi.

 Harga: RM135, tetapi early bird boleh dapatkan baucer buffet untuk RM100 hingga 28 Mei 2017.

Nombor telefon: 03 – 27231188

Alamat: Nook, Aloft KL Sentral, No.5 Jalan Stesen Sentral, 50470, Kuala Lumpur

ramadhan-buffet-2017-1

Citarasa Santapan Buffet, Traders Hotel Kuala Lumpur

Untuk Ramadhan kali ini, Traders Hotel akan menyediakan buffet berbuka dengan tempatan dan juga antarabangsa, tapi focus untuk buffet ini ialah masakan tradisi Melayu. Hidangan seperti Lemang Pulut Hitam, Ketupat, Serunding Daging, Kerabu Kaki Ayam,Sengkuang Calit dan Sup Gearbox boleh didapati di buffet ini. Pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk cuba hidangan khas chef iaitu Nasi Briyani Buluh. Selain daripada itu, anda juga boleh menjamu selera dengan hidangan sashimi segar, sushi, takoyaki dan tempura di bahagian hidangan makanan Jepun buffet ini. Bahagian makanan barat pula akan menyediakan hidangan seperti macaroni and cheese, sup cendawan dan masakan ikan. Kemudian anda boleh menikmati aiskrim dari New Zealand Ice Cream, dan pilih dari 12 perasa. Jika anda dalam kumpulan 6 orang, seorang akan dapat menjamu selera untuk percuma!

Harga: RM125 dewasa minggu pertama dan kedua Ramadhan (26 Mei – 9 Jun 2017)

RM135 dewasa minggu ketiga dan keempat Ramadhan (10 Jun -24 Jun 2017)

Nombor telefon: 03-23329888

Alamat: Trader’s Hotel, Kuala Lumpur City Centre, 50088

Bijan Bar & Restaurant

 Ingin nikmati sajian tradisional dari seluruh Malaysia tanpa perlu keluar dari KL?  Selera Warisan Negeri buffet di Bijan akan berlangsung dari 29 Mei – 23 Jun 2017, dan anda boleh menikmati makanan dari timur,utara dan selatan. Antara hidangan yang menanti pengunjung ialah Ketupat Sotong, Udang Tempoyak Masak Petai, Gulai Daging Umbut Pisang dan pelbagai hidangan lagi. Untuk hidangan manisan pula, nantikan pilihan seperti Lompat Tikan, Badak Berendam, Puteri Mandi, Pengat Labu Manis dan banyak lagi pilihan. 4 menu akan berputar selama bulan Ramadhan untuk buffet ini.

Harga: RM110 ++, RM100 promosi early bird (tempahan yang disahkan sebelum 29 Mei 2017)

Nombor telefon: 03-20313575

Alamat: Bijan Bar & Restaurant No 3-5 Seri Bukit Ceylon 8 Lorong Ceylon Off Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon 50250 Kuala Lumpur

Jom! Berbuka Puasa di The Westin Kuala Lumpur

Nikmati hidangan berbuka puasa dengan lebih 50 pilihan juadah. Antara hidangan yang akan terdapat pada buffet ini ialah Ayam Bakar Percik Sri Kelatan, Ikan Patin Assam Tempoyak, Briyani Istimewa Westin, Kambing Bakar dan banyak lagi. Hidangan yang perlu dicuba ialah Nasi Kandara Utara Mai dengan hidangan sampingannya iaitu Keting Kambing Kandar, Daging Kandar dan Ayam Kandar yang boleh anda pilih. Buffet ini akan berlangsung dari 29 Mei – 23 Jun 2017.

Diskaun:

  • Ahli SPG dan Beyond Dining akan mendapat 20% diskaun untuk makanan sahaja
  • Nikmati kadar diskaun RM120 untuk seorang sekiranya baucher Jom! Berbuka Puasa Buffet dibeli sebelum 28 May 2017.
  • Pemegang kad Maybank, HSBC, UOB, Citibank dan CIMB akan mendapat 20% diskaun

Harga: RM158 untuk dewasa. 50% untuk kanak-kanak 5-12 tahun, 4 tahun dan kebawah percuma.

Nombor telefon: 03 – 27318338

Alamat: 199, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

ramadhan-buffet-2017-02

Lebih dari RM150

Citarasa Ramadan Buffet, Hotel Istana

 Jika pilihan yang anda cari untuk sesi berbuka puasa, ini lokasi yang sesuai kerana buffet ini menyediakan lebih 100 pilihan! Antara hidangan istimewa disini ialah Nasi Dalcha Tulang Rusuk, Briyani Pakistan, Nasi Tradisional Kelantan dan Daging Bakar. Selain daripada hidangan tradisional Melayu, pengunjung juga boleh menikmati makanan Barat, India, Cina dan juga fushion. Bagi yang ingin menunaikan solat terawih, ruang solat serta Imam juga disediakan untuk seluruh bulan Ramadhan.

Promosi:

Dapatkan 20% diskaun jika anda pemegang kad Public Bank, Ambank,Maybank,CIMB atau UOB untuk tempahan 4 Jun – 25 Jun 2017.

Harga: RM169 untuk dewasa, RM75 untuk kanak-kanak 4-11 tahun.

Nombor telefon: 03- 21419988

Alamat: 73, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur

Charcoal, The Saujana Hotel

Buffet Menikmati Aneka Juadah ini sesuai dengan namanya kerana ia menyediakan hidangan barat, jepun, nyonya,makanan kampong dan juga makanan laut segar. Pastikan anda cuba Daging Rusa Bakar, Daging Itik Masak Cili dan juga Kambing Bakar. Buffet ini akan berlangsung bermula dari 26 Mei – 24 Jun 2017, dari 6:30pm hingga 10:30pm.

Promosi:

20% diskaun untuk ahli Lifestyle by Saujana (LBS) dan juga pemegang kad kredit Maybank dan Citibank. Tetapi tempahan awal diperlukan.

Harga: RM175 dewasa, kanak-kanak 6-12 tahun dan warga emas 60 tahun keatas 50% diskaun. Kanak-kanak bawah 6 tahun percuma.

Alamat: The Saujana Hotel, Jalan Lapangan Terbang Subang, Saujana, 40150 Shah Alam

Nombor telefon: 03 – 78431234

Bazaar Kesenian, JP Terrace Grand Hyatt Kuala Lumpur

Nikmati berbuka puasa di kawasan terbuka di JP Terrace, Grand Hyatt Kuala Lumpur. Antara juadah yang menanti anda ialah Kambing Bakar Percik, Nasi Briyani, Nasi Kandar, Otak-otak daun kelapa, Ayam Shawarma dan bantak lagi juadah tempatan dan juga makanan laut. Antara hidangan manisan pula ialah Ais Krim Batang, Bubur Pulut Hitam, Cendol, Sago Gula Melaka, Kuih Lopes dan banyak lagi. Air jus dan hidangan air panas juga termasuk dalam buffet ini.

Diskaun:

  • Gunakan kod “JP2017” sewaktu membuat tempahan dan dapatkan diskaun 15% untuk waktu hidangan pada 9:00pm – 11:00pm.
  • Promosi early bird : RM158 dewasa, RM76 kanak-kanak untuk 29 Mei – 2 Jun 2017. Bayaran pengahuluan diperlukan untuk jaminan tempahan.

Harga: Hari bekerja RM178 untuk dewasa, RM89 untuk kanak-kanak Hari minggu RM158 untuk dewasa, RM79 untuk kanak-kanak

Nombor telefon: 03-21821234

Alamat: Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450

Bazaar Serena, InterContinental Kuala Lumpur

Anda boleh menikmati pengalaman bazaar Ramadhan, tetapi versi yang lebih selesa di Serena Brasseri, InterContinental, Kuala Lumpur. Buffet Ramadhan Bazaar Serena ini akan bermula pada 26 May – 24 Jun 2017, dan akan menawarkan pelbagai gerai makanan dengan stesen memasak live. Antara juadah yang seharusnya dicuba di buffet ini ialah Kibas Bakar, Ayam Shawarma, Ikan Bakar, Udang Masak Kam Heong dan juga durian!

Selain itu, pelbagai pilihan makanan laut segar juga akan disediakan sepeti tiram, kerang, ketam dan banyak lagi. Bagi penggemar makanan jepun, terdapat sashimi dan juga sushi. Surau juga disediakan di tingkat 5 untuk pengunjungi menunaikan solat.

Harga: RM148 untuk dewasa, RM78 untuk kanak-kanak (5-11 tahun) bagi tempahan 26 – 31 Mei dan 21-24 Jun.

RM178 untuk dewasa, RM98 untuk kanak-kanak untuk tempahan 1 -20 Jun

Nombor telefon: 03-21611111

Alamat: Serena Brasserie, Lobby Level, Intercontinental Kuala Lumpur, 165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

my_blog_genericproducts_cta_rev_021417

Save

Save

Save

Save

Save

Fara Joifin

About Fara Joifin

Fara is a Senior Content Writer at CompareHero.my. She gets excited when she scores a good deal and has an obsession with the Northern Lights.