Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Tips Elak Penipuan MLM Di Malaysia

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 18 December, 2020

 

Terma MLM (Multi-Level-Marketing) yang telah diutarakan sejak sedekad yang lalu sering dikaitkan dengan imej negatif. Apatah lagi dengan penyataan oleh Bank Negara Malaysia. Persoalan mengenai integriti operasi syarikat MLM akan sentiasa menjadi bualan. Teruskan membaca untuk ketahui tips elak penipuan MLM.

Bagaimana pula dengan syarikat-syarikat seperti Herbalife, Amway, Mary Kay, Tupperware, Avon – sekadar beberapa contoh syarikat yang menawarkan produk yang berkualiti dan pendapatan dari jualan langsung?

Seperti yang diketahui ramai, MLM secara asasnya beroperasi dengan sistem ‘piramid’, tidak kira bagaimana mereka cuba menjustifikasi modus operandi mereka. Terdapat banyak skim pyramid di luar sana, tetapi yang biasa diguna pakai adalah ‘naked’ dan skim berasaskan produk. Jadi, bagaimana mereka beroperasi?

 

Skim Piramid “naked”

Anda pernah dengar akan skim cepat kaya bukan? Itulah contoh terbaik untuk menggambarkan skim pyramid “naked” ini. Prosedur yang menjana berjuta-juta ringgit untuk golongan atasan di skim ini- atau lebih dikenali sebagai “up-liners” berkitar dengan dua istilah: “francais” dan “pelaburan”.

Ia akan bermula dengan perancang (leader) skim yang biasanya akan menggunakan ayat manis kepada  bakal peserta dengan terma seperti ‘pelaburan tanpa risiko’ atau ‘goyang kaki dapat duit’ untuk merekrut ‘down-liners’ bagi menyertai pelan ‘pelaburan’ mereka. Setiap down-liner itu perlu membayaar wang pendahuluan (sebagai contoh: RM 1,000) untuk menyertai program tersebut.

Sebaik sahaja anda menyertai program tersebut, anda dikehendaki untuk mencari 10 orang lagi untuk mendaftar di bawah anda bagi mendapatkan pulangan ‘pelaburan’ anda. Kitaran perekrutan yang berterusan inilah yang digelar multi-level marketing.

Tidak ada sebarang penjualan produk berlaku, hanya janji dimana selagi anda terus merekrut dan menjual ‘francais’ tersebut, anda akan menjana keuntungan. Lambat laun, ‘down-liners’ akan mengalami masalah untuk merekrut peserta (kerana jika semua orang telah mendaftar, siapa lagi yang perlu mereka rekrut?) dan keuntungan hanya akan dikecapi oleh mereka yang di peringkat tertinggi sahaja.

Maka, fikirkanlah sendiri, adakah tindakan ini beretika dan sah di sisi undang-undang? Dengan mendaftar, anda turut mengheret down-liners anda (yang biasanya terdiri dari keluarga dan rakan-rakan) untuk ‘sedekahkan’ wang kepada mereka yang hanya menabur janji kosong sahaja.

Kami amat memuji tindakan pihak berkuasa yang menjejaki, mendedahkan dan mengambil tindakan keatas syarikat –syarikat yang menjalankan aktiviti tidak berintegriti ini. Untuk senarai penuh anda boleh rujuk hyperlink diatas Bank Negara yang tertera diatas.

Skim Piramid Berasaskan Produk

Bayangkan situasi ini: seseorang yang tidak pernah berhubung dengan anda tiba-tiba sahaja mengajak anda untuk berjumpa. Sebelum ini, anda tahu yang dia bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang kaya, namun secara tiba-tiba dia menunjukkan harta kemewahan, dengan tujuan mempengaruhi anda.

Anda kemudiannya bakal dijemput untuk menghadiri satu ‘seminar perniagaan’ yang mendakwa boleh menjana pendapatan sehingga RM 300,000 sebulan. Anda cuma perlu membuat bayaran pendahuluan (atau biasanya mereka gunaka terma ‘pelaburan’ awal) sebanyak RM 36,000 untuk mendapat pek permulaan yang mengandungi produk ‘inovasi berteknologi tinggi’ dan akan ‘laku macam pisang goreng panas!’.

Ketika ini, anda pasti terdetik dalam hati anda, “Ini skim MLM kah? Tapi, mereka ada menjual barangan dan mempunyai pejabat yang mewah. Mungkin berbaloinya sertai program ini. Bila lagi hendak menjadi bos kepada diri sendiri,” Persoalan utamanya, BAGAIMANA untung akan dijana melalui skim ini?

  1. Anda perlu merekrut 5 orang yang juga perlu membayar RM 36,000 untuk pek permulaan dengan produk yang perlu dijual.
  2. Anda akan menerima sebahagian dari setiap produk yang berjaya dijual , dan juga dari apa yang ‘downliner’ anda jual.
  3. Semakin ramai anda rekrut, semakin banyak keuntungan yang anda akan jana.

Namun begitu, kebanyakan produk yang dijual melaui skim pyramid ini (kecuali syarikat-syarikat gergasi seperti yang telah dinyatakan di atas) mempunyai ciri-ciri yang keterlaluan (penjimatan bil elektrik sehingga 90%, mampu menyembuhkan kanser, kencing manis dan lemah jantung, sebagai contoh) ataupun memililki harga yang lebih tinggi dari pasaran. Tambahan pula, anda hanya akan mendapat margin keuntungan yang kecil, kecuali anda menjual produk-produk itu dengan kuantiti yang banyak.

Apa yang kami ingin tekankan disini ialah, semua  tawaran hanya ingin mengaburi perhatian anda dari fakta sebenar yang ia adalah sebuah skim pyramid yang mengambil kesempatan terhadap ketamakan dan keinginan orang lain.

Produk yang ditawarkan hanyalah untuk meyakinkan anda yang ia bukan skim MLM. Keuntungan sebenar dijana dengan merekrut lebih ramai ‘down-liners’ untuk mendapat komisyen dari hasil jualan atau rekrutan mereka. Berdasarkan situasi diatas:

  1. Anda bayar RM 36,000 untuk menyertai skim tersebut, dan anda perlu rekrut 5 orang menjadi downliner anda untuk memperoleh ROI (Retun of Investment: Pulangan Pelaburan). RM 36,000 x 5 = RM 180,000.
  2. Anda akan dapat 30% dari RM 180,000 sebagai ROI anda, yang berjumlah RM 54,000. Untung bersih yang anda dapat jana ialah RM 54,000 – RM 36,000 = RM 18,000, hasil dari usaha anda merekrut 5 orang tersebut untuk melabur RM 36,000.
  3. Baki RM 126,000 lagi akan dibahagi-bahagikan antara senior up-line

Maka sebanyak RM 126,000 yang anda usahakan bakal jatuh ke tangan individu yang tidak melakukan APA-APA selain menawarkan ‘nasihat’ dan ‘sokongan motivasi. Sudah tentulah mereka perlu memotivasikan anda selaku golden goose mereka! Tambahan pula, fikirkan berapa banyak wang, masa dan tenaga yang anda perlu habiskan semata-mata untuk merekrut orang ramai bagi memenuhi kuota dan rumuskan: berbaloikah?

Tidak dinafikan, ada sahaja syarikat MLM yang sah disisi undang-undang (yang beroperasi secara jualan langsung daripada mempromosi francais dan keahlian). Apa yang kami ingin tegaskan disini ialah tidak ada jalan pintas untuk menjadi jutawan seperti mana yang diwar-warkan. Adalah lebih baik jika anda melabur melalui unit amanah, simpanan tetap, bon, dan juga hartanah.

Artikel Berkaitan: Peluang Perniagaan Kecil Terbaik

Lengkapi kefahaman kewangan anda dan pelajari tip-tip penjimatan wang disini. Anda juga boleh gunakan aplikasi perbandingan kami untuk membandingkan dan memohon kad kredit, pinjaman peribadi dan pelan jalur lebar.  


The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals