Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Berapa Jumlah Wang Perlu Anda Beri Pada Ibu Bapa?

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 01 March, 2022

[no_toc]

Sebaik sahaja anda menerima gaji pertama, antara perkara yang anda ingin lakukan semestinya memperuntukkan sebahagian dari gaji tersebut untuk ibubapa anda. Kami menyediakan panduan untuk mengetahui jumlah yang anda boleh peruntukkan serta mengapa tindakan anda itu penting dan terpuji.

Mengapa anda perlu memberi wang kepada ibu bapa?

Bagi membesarkan kita dan adik-beradik yang lain, ibu bapa telah banyak berbelanja. Maka, selaku anak yang telah bekerja, inilah masanya untuk membalas jasa tersebut. Walaupun mereka mungkin telah mempunyai simpanan KWSP, wang anda berikan sedikit sebanya k boleh membantu.

Lagipun, tahukah anda simpanan KWSP belum tentu boleh menjamin persaraan yang selesa? Pada tahun 2020, data dari KWSP menunjukkan lebih daripada 54% penyumbang tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk bertahan dari segi kewangan selepas bersara semasa berumur 55 tahun. 

Selain itu, kajian telah menunjukkan jangka hayat manusia semakin meningkat, dengan sebuah penerbitan dari Institut Penyelidikan Khazanah (Khazanah Research Institute) berjudul “Population Aging: Can We “Live Long and Prosper”? turut menyatakan yang Malaysia juga terasa tempias trend peningkatan jangka hayat populasi ini.

Dijangka rakyat Malaysia akan hidup lebih lama, tetapi tanpa sumber pendapatan dan juga simpanan yang mencukupi. Maka, dengan memberikan sedikit wang untuk ibu bapa, anda boleh membantu meringankan beban mereka.

Belajar menjadi seorang pemurah

Memetik maksud sebuah hadis, “tangan yang diatas itu lebih baik dari tangan dibawah”.  Tidak kira berapa pun jumlah wang yang anda berikan kepada ibu bapa anda, ianya boleh memupuk sikap ingin bersedekah dan juga mengurangkan rasa pentingkan diri sendiri. Selain itu, anda akan membuat ibu bapa anda bangga (walaupun kadangkala mereka tidak akan memaklumkannya kepada anda). Tindakan memberi wang ini menunjukkan anda telah menjadi seorang individu bertanggungjawab dan memiliki perancangan kewangan.

Pemberian lebih bermakna dari jumlah wang

Walaupun kebanyakan ibu bapa tidak mengharapkan anda berikan wang, ketahuilah yang mereka amat menghargainya. Bak kata pepatah, ‘it’s the little gesture that counts’. Walaupun jumlahnya kecil, tindakan ini menunjukkan anda prihatin tentang mereka. Malah, inilah masanya untuk anda menjadi anak yang membalas jasa.

Berapa jumlah wang patut anda beri?

Sebaiknya, wang yang anda berikan boleh bantu untuk menampung perbelanjaan harian dan bil perubatan ibu bapa anda. Tetapi, jika anda tidak mampu untuk berikan jumlah tersebut, seberapa yang anda berikan asalkan boleh meringankan beban mereka sudah mencukupi. Berikut ialah contoh cadangan jumlah pemberian untuk berikan anda anggaran:

  • RM 150 untuk bil elektrik
  • RM 300 untuk barang dapur
  • RM 150 untuk insurans

Contoh anda boleh memberi sebanyak RM 500 sebulan, anda sudah menampung bayaran untuk bil elektrik dan juga barangan dapur. Dan jika anda hanya mampu memberi RM 200 sebulan, ini juga sudah boleh menampung bil elektrik atau insuran. Selain itu, dengan usia ibu bapa anda yang meningkat, perbelanjaan untuk perubatan serta pelan insuran yang bagus harus diutamakan.

Berkaitan: Perbezaan Insurans Hayat dan Insurans Perubatan

Katakanlah anda tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk berikan kepada ibu bapa anda pada setiap bulan, jangan risau. Anda masih lagi boleh menyumbang untuk ibu bapa melalui cara berikut:

  • Selalu pulang ke kampung untuk melawat mereka.
  • Bantu mereka dalam kerja-kerja rumah
  • Belikan barang keperluan dapur
  • Bantu mereka ke pemeriksaan doctor
  • Belanja makan sekali-sekala.

Jadi, apa salahnya sebagai contoh anda bawa mereka ke restoran kegemaran (atau sebagai contoh, tempat mereka bertemu janji dahulu!) sebagai ganti makan tengah hari atau makan malam. Walaupun perbezaan gaya kita dibesarkan bermaksud ibu bapa mungkin ataupun tidak kisah mengenai pemberian wang  dari anak-anak; tetapi jangan lupa yang masih ada cara anda boleh membantu di usia emas mereka.

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals