Ambil Langkah Ini Jika Anda Kehilangan Kerja dan Tiada Simpanan


my_fb-link-blog_ambillangkah-jpgAnda baru kehilangan kerja? Jangan panik! Kami sediakan langkah yang anda perlu ambil untuk pastikan kewangan anda kekal stabil sambil anda mencari pekerjaan baharu.
Hampir 6,534 pekerja dari 114 syarikat telah diberhentikan kerja pada 2016 seperti yang telah dilaporkan oleh Jabatan Tenaga Manusia dari Kementerian Sumber Manusia. JIka anda sebahagian dari golongan yang diberhentikan kerja, ikuti langkah-langkah berikut untuk mengekalkan kestabilan kewangan anda.

Dapatkan Bantuan Kewangan Percuma

Antara perkara pertama anda perlu selesaikan ialah komitmen kewangan anda. Jika anda mempunyai beberapa pinjaman wang dan anda sedang melalui masalah untuk lakukan bayaran pinjaman tersebut, dapatkan nasihat kewangan percuma dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK). Dibawah Program Pengurusan Kredit, AKPK akan membimbing anda dengan membentuk pelan pembayaran peribadi untuk individu yang tidak mampu membayar balik bayaran bulanan pinjaman kepada bank. Anda akan dibimbing secara peribadi oleh pegawai AKPK. Jumlah hutang anda akan dikira bagi proses penstrukturan. AKPK juga akan berunding dengan bank untuk bantu mengurangkan jumlah bayaran semula pinjaman anda.

Tetapi, berhati-hati dan jangan percaya kepada pihak yang mengaku ‘agen pihak ketiga’ dari AKPK. Ramai individu telah tertipu dengan mengeluarkan bayaran kepada pihak seperti tersebut untuk dapatkan khidmat nasihat kewangan yang kononnya dari AKPK. Pihak AKPK tidak pernah mengenakan sebarang caj dan adalah PERCUMA, serta tidak mempunyai “ajen”.
Selain itu, jangan percaya tentang khabar angin bahawa individu yang menggunakan khidmat AKPK akan disenaraihitam dan tidak boleh memohon pinjaman pada masa akan datang. AKPK tidak pernah menyenaraihitam individu, dan kelulusan pinjaman adalah bergantung kepada budi bicara bank.

my_blog_ifyouloseyourjob_2

Satukan Hutang Anda

Penyatuan hutang atau juga dikenali sebagai debt consolidation merupakan satu langkah pembayaran balik hutang supaya anda boleh membayar balik pada kadar faedah lebih rendah. Walaupun anda mungkin tidak boleh satukan semua hutang anda, utamakan hutang yang mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi, seperti pinjaman peribadi dan kad kredit.

Untuk kad kredit, selain penyatuan hutang, anda boleh gunakan kaedah pindahan baki (balance transfer), dimana anda boleh satukan semua hutang kad kredit anda dan bayar balik pada kadar faedah yang rendah, sehingga 0%! Rujuk disini untuk mengetahui pelan pindahan baki terbaik di Malaysia. Pilihan lain yang anda boleh guna ialah dengan penstrukturan semula dari bank. Hubungi bank anda dan buat permohonan penstrukturan pinjaman. Bank biasanya akan terbuka untuk membantu anda kerana mereka juga ingin mengurangkan jumlah pinjaman tidak berbayar (non-performing loans).

Menurut Pn Nor Akmar, Ketua Pendidikan Kewangan AKPK, jika anda mempunyai pelaburan, gunakan pelaburan tersebut untuk melangsaikan hutang anda. Dia turut berkongsi satu kes dimana seirang individu enggan menggunakan wang yang telah dilaburkan untuk melangsaikan hutang. “Apa gunanya menerima pulangan hingga 7% setahun jika anda dicaj sehingga 2 kali ganda atau lebih dari hutang anda? Langsaikan hutang terlebih dahulu, barulah mula kembali melabur”.

Tip: Ingat bahawa jika anda tidak lakukan pembayaran untuk pelan pindahan baki, anda akan dikenakan caj sehingga 18% setahun! Jadi anda perlu berdisiplin sekiranya anda menggunakan pelan pindahan baki.

my_blog_ifyouloseyourjob_1

Susun Strategi Untuk Berbelanja

Membeli belah mungkin perkara terakhir di fikiran anda, tetapi anda masih perlu berbelanja untuk keperluan wajib seperti barang rumah, petrol dan bil. Oleh itu anda perlu lebih bijak apabila anda berbelanja. Anda boleh jimatkan wang dengan menggunakan kad kredit dengan fungsi rebat tunai untuk membeli barang keperluan harian.

Selain itu, bandingkan barangan yang anda bakal beli untuk mendapatkan penjimatan. Kami cadangkan anda gunakan aplikasi SmartShopper bagi tujuan ini. Aplikasi ini akan membandingkan harga barangan di Giant, Tesco, Cold Storage, Mydin, Econsave, Watson, Guardians, dan banyak lagi. Anda juga boleh memuat turun baucer diskaun dan gunakannya ketika berbelanja. Selain membandingkan harga, ikuti cadangan ini untuk mendapatkan nilai terhebat ketika membeli-belah.

Tip: Bandingkan nilai seunit barang untuk dapatkan nilai penjimatan sebenar yang anda bakal peroleh. Sebagai contoh, belian barang secara pukal adakala lebih menjimatkan berbanding membeli hanya satu atau dua unit. Ketahui lebih lanjut disini.

Jana Pendapatan Sambil Mencari Kerja Tetap

Sewaktu mencari kerja tetap, anda masih boleh menjana pendapatan melalui kerja sambilan. Terdapat pelbagai peluang yang anda boleh ceburi seperti Uber dan Grab sebagai permulaan jika anda memiliki kereta. Antara kelebihan yang ada ialah waktu kerja yang fleksibel, lantas memudahkan anda untuk menghadiri temuduga.

Gunakan juga platform seperti Kaodim dan ServisHero untuk menawarkan kemahiran anda, seperti fotografi, menulis artikel, menganjurkan majlis, dan banyak lagi.
Malah, jika anda mahir memasak, anda boleh membuka gerai dan berniaga di waktu puncak, seperti sarapan, waktu makan tengah hari, makan malam, ataupun sekadar kuih-muih. Tetapi, pastikan anda memiliki lessen sebelum beroperasi untuk mengelakkan denda. Dapatkan lesen tersebut dari majlis perbandaran kawasan anda. (Untuk KL, rujuk DBKL) Anda juga boleh memilih untuk memasarkan produk anda di Yumlicious jika anda ingin beroperasi dari rumah.

Teliti Semula Keutamaan Anda

Memang sangat mudah untuk berbelanja berbanding mencari wang. Jadi, sekiranya anda telah kehilangan pekerjaan, inilah masa untuk teliti semula sikap perbelanjaan anda dan lihat dimana anda boleh potong perbelanjaan. Fokus untuk perbelanjaan wajib, Jangan risau, setelah anda memiliki pekerjaan tetap, anda boleh masukkan semula kategori perbelanjaan yang mengikuti kehendak anda.

Contohnya, perbelanjaan seperti keahlian gimnasium dan hiburan adalah antara perbelanjaan yang boleh anda hentikan buat sementara waktu. Anda boleh bersenam di padang atau taman,. Untuk hiburan pula, pilih alternative yang lebih murah, seperti Netflix atau iflix berbanding melanggan pakej TV dengan rancangan banyak yang anda tidak tonton.

Conthonya, jika anda membelanjakan RM 150 untuk keahlian gimnasium dan RM180 untuk langganan pakej TV sebulan, anda boleh jimat hingga RM330 sebulan! Ingat juga bahawa terdapat gimnasium yang akan mengenakan anda caj pembatalan jika anda membatalkan keahlian sebelum tamat tempoh. Namun, ianya lebih bagus berbanding membayar keahlian dan anda tidak menggunakannya dengan kerap.

Tip: Jangan gunakan perkhidmatan Ah Long atau pemberi pinjaman yang tidak berlesen. Risiko yang bakal anda hadapi akan menjadi lebih besar. Ikut cadangan diatas dan pastikan anda berbelanja berdasarkan kemampuan anda sementara anda berusaha menambahbaik kemampuan kewangan.

  • 8X Rewards Points for Mid Valley Megamall & The Gardens Mall spend
  • 5X Rewards Points for Malls & 1X for Other spend
cta-apply-now

Lihat juga: 7 Sindiket Penipuan Wang Yang Sering Memerangkap Rakyat Malaysia