Kad Kredit Terbaik Berdasarkan Pendapatan


kadkredit-pendapatan

Memilih kad kredit yang sesuai kadangkala sukar, terutama untuk mengetahui kad kredit yang sesuai untuk pendapatan anda. Untuk memudahkan anda, kami telah himpunkan kad kredit terbaik bagi rakyat Malaysia berdasarkan kumpulan pendapatan.

Kad Kredit untuk Rakyat Malaysia Berdasarkan Pendapatan

Jika permohonan kad kredit anda pernah ditolak, jangan risau. Masih ada pilihan lain yang sesuai dengan pendapatan anda. Kami telah mengkelaskan kad kredit untuk 3 golongan pendapatan seperti berikut:

  • Pendapatan dari RM24,000 – RM48,000 setahun
  • Pendapatan dari RM60,000 – RM90,000 setahun
  • Pendapatan lebih dari RM100,000 setahun

Lihat juga: Panduan Melilih dan Memohon Kad Kredit

Kad Kredit Terbaik untuk Golongan Berpendapatan RM24,000 – RM48,000 Setahun

1. Maybank 2 Gold Cards

maybankardgoldmastercard 5 X TreatsPoints and 5% Cashbank untuk perbelanjaan pada hari minggu menggunakan Maybank Amex
mohon_sekarang

Ini merupakan 2 kad dalam 1 dan anda bakal menerima mata ganjaran TreatsPoints dan juga rebat tunai sekiranya anda menggunakan kad ini dengan betul. Untuk kad ini, Maybank menawarkan 5x TreatsPoints dan rebat tunai 5% bagi perbelanjaan hujung minggu menggunakan kad Amex.

Kad ini biasaanya menjadi pilihan graduan dan eksekutif muda yang baru memasuki alam pekerjaan kerana ciri serta ganjaran dan faedah yang ditawarkan. Antaranya ialah pelan ansuran dan juga pindahan baki.

Syarat kelayakan: Gaji tahunan minima RM30,000.

Yuran tahunan: Percuma seumur hidup.

2. Citi Simplicity+ Card

citisimplicity 10% kadar faedah balik apabila anda lakukan bayaran bulanan tepat pada masanya
mohon_sekarang

Kad ini mudah untuk digunakan tambahan pula dengan cirinya yang menawarkan rebat 10% untuk pembelian serta pendahuluan tunai. Tetapi ini dengan syarat bayaran tertunggak minima dibayar tepat pada masanya setiap bulan. Anda tidak perlu risau jika terlambat membuat bayaran tertunggak atau berbelanja melebihi had kredit kerana tiada sebarang caj dikenakan.

Selain itu, Citibank juga mempunyai reputasi antara bank yang sering menawarkan ganjaran istimewa melalui program Citi World Privileges. Program ini memberikan promosi dan diskaun dari lebih 10,000 kedai membeli belah, restoran, dan pelancongan seluruh dunia.

Syarat kelayakan: Gaji tahunan minima RM24,000.

Yuran tahunan: Percuma seumur hidup.

3. HSBC Visa Platinum

hsbcplatinumvisa 8X Rewards Points untuk perbelanjaan di Mid Valley Megamall & The Gardens Mall
mohon_sekarang

Jika anda gemar membeli belah, kad ini direka khas untuk anda! Ia menawarkan program mata ganjaran sehingga 8x.

Mata ganjaran ini boleh diperoleh jika anda membeli belah di Mid Valley dan The Gardens Mall. Anda juga boleh memperolehi 5x mata ganjaran dengan membeli belah di pusat membeli belah berikut:

  • 1 Mont Kiara
  • Bangsar Shopping Centre
  • Bangsar Village
  • Lot 10
  • Low Yat Plaza
  • Publika Shopping Gallery
  • Hartamas Shopping Centre
  • Pavilion Kuala Lumpur
  • Suria KLCC
  • Sungei Wang Plaza
  • Sogo
  • Starhill Gallery
  • 1 Utama
  • The Curve
  • IPC Shopping Centre
  • Paradigm Mall
  • Tropicana City Mall
  • Empire Shopping Gallery
  • Sunway Pyramid
  • Setia City Mall
  • Sunway Putra Mall
  • Atria Shopping Gallery
  • Nu Sentral
  • IOI City Mall
  • KSL City Mall
  • AEON Tebrau City
  • Sutera Mall
  • Johor Premium Outlets
  • Johor Bahru City Square
  • 1Borneo Hypermall
  • Gurney Plaza
  • Queensbay Mall
  • Gurney Paragon Mall
  • Sunway Carnival

Melalui Katalog Ganjaran HSBC, mata ganjaran ini boleh ditebus untuk alatan elektronik, perkakas dapur, peralatan rumah, produk kecantikan, dan banyak lagi.

Syarat kelayakan: Gaji tahunan minima RM36,000.

Yuran tahunan: RM240.

Kad Kredit Terbaik untuk Golongan Berpendapatan RM60,000 – RM90,000 Setahun

1. PETRONAS Maybank Platinum Visa

petronasmaybankplatinumvisa 8X TreatsPoints untuk perbelanjaan di PETRONAS & barangan runcit pada hari minggu
mohon_sekarang

Sesuai untuk mereka yang kerap memandu. Kad kredit ini akan meberikan anda mata ganjaran TreatsPoints sehingga 5x (Isnin-Jumaat) dan 8x (Sabtu-Ahad) jika anda berbelanja di Stesen Servis PETRONAS. Bukan itu sahaja! Mata ganjaran 8x juga boleh diperoleh untuk pembelian barang-barang runcit pada hujung minggu. Mata ganjaran TreatsPoints  ini boleh digunakan untuk menebus baucer PETRONAS dan AEON.

Kad ini juga melayakkan anda untuk menaik taraf keahlian ke Visa Platinum Club secara automatik dan jemputan ke acara-acara eksklusif Platinum. Namun, ciri terbaik kad ini sudah tentulah yuran keahlian percuma!

Syarat kelayakan: Gaji tahunan minima RM60,000.

Yuran tahunan: Percuma seumur hidup.

2. Standard Chartered WorldMiles World Mastercard®

scworldmilesworldmastercard 3 WorldMiles untuk setiap perbelanjaan RM2 luar negara o & 1 WorldMiles setiap RM3 dalam negara
mohon_sekarang

Kad yang sesuai untuk pelancong bagi memastikan pengalaman melancong anda lebih menyeronokkan. Dengan akses tanpa had ke Ruang Plaza Premium, anda boleh menikmati pengalaman menunggu penerbangan dengan gaya VIP di KLIA atau KLIA2.

Anda juga akan memperoleh WorldMiles dan menebusnya untuk air miles pilihan anda sendiri. Dengan setiap RM3 yang dibelanjakan dalam negara, dan RM2 di luar negara, sebanyak 1 dan 3 WorldMiles diberikan setiap satu. Untuk setiap 2 WorldMiles, anda boleh menebus 1 air miles dari AirAsia (AsiaMiles atau AirAsia BIG), Singapore Airlines (KrisFlyer), dan Malaysia Airlines (Enrich).

Syarat kelayakan: Gaji tahunan minima RM90,000.

Yuran tahunan: 636.

Kad Kredit Terbaik untuk Golongan Berpendapatan RM100,000 dan ke atas Setahun

1. Citi Premier Miles Visa Card

citipremiermilesvisa 3 PremierMiles untuk setiap RM2 luar negara
mohon_sekarang

Pernahkah anda impikan untuk mengumpul mata ganjaran yang tiada tarikh luput? Dengan kad redit Citi Premier Milese Visa, anda tidak perlu risau lagi jika ada mata ganjaran yang berbaki dan boleh terus mengumpulkannya!

Untuk setiap RM3 yang dibelanjakan dalam dan luar negara, anda bakal menerima sehingga 2 PremierMiles dan ganjaran tambahan 10,000 PremierMiles setiap tahun sebaik sahaja yuran tahunan dibayar. Sebanyak 1500 PremierMiles boleh digunakan untuk menebus 1000 air miles dari lebih 90 program kesetiaan penerbangan, seperti Enrich Miles, KrisFlyer Miles, and Asia Miles.

Kad kredit ini juga memberikan anda akses tanpa had ke Ruang Plaza Premium di lapangan-lapangan terbang berikut:

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah
  • Lapangan Terbang Changi, Singapura
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
  • Lapangan Terbang Heathrow, London

Jika anda menggunakan kad ini semasa di luar negara, anda akan menikmati pengangkutan percuma dari KLIA ke rumah sewaktu anda pulang. Atau, anda boleh membeli tiket KLIA Ekspress dengan diskaun 15% apabila membuat bayaran dengan kad kredit ini. Kad ini juga datang dengan insurans perjalanan dan insurans hayat (perlindungan di luar negara) bernilai sehingga RM300,000 jika anda membayar tiket penerbangan menggunakan kad kredit ini.

Syarat kelayakan: Gaji tahunan minima RM100,000.

Yuran tahunan: RM600.

Jangan tunggu lagi. Anda boleh bandingkan kad ini dan kad kredit yang lain untuk menepati keperluan anda. Ikuti juga perkembangan kami di laman sosial untuk ketahui promosi hadiah percuma serta berbagai promosi lain.