Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan lanjutan moratorium selama tiga bulan and bantuan bank bersasar. Ini akan memanfaatkan PKS dan individu yang hilang pekerjaan dan gaji terjejas akibat pandemik COVID-19. Baca lebih lanjut untuk mengetahui bagaimana anda boleh memohon moratorium tambahan ini.
Topik pelanjutan moratorium COVID-19 kini sedang hangat dibualkan di seluruh Malaysia, namun tahukah anda apa kelebihan lanjutan itu dan jika anda layak untuk menerimanya?
Dalam artikel ini, kami akan merumuskan dan membincangkan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mengkongsikan sedikit tips bagaimana anda boleh memohon untuk pelanjutan tersebut.
Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda. Untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia, kerajaan dan Bank Negara telah memperkenalkan moratorium COVID-19 pada 1 April 2020 selama 6 bulan, yang asalnya dijangka berakhir pada 30 September 2020.
Namun, pada 29 Julai 2020, kerajaan telah bersetuju untuk melakasanakan lanjutan moratorium selama 3 bulan (sehingga Disember 2020) dan bantuan bank bersasar yang khusus untuk rakyat yang hilang pekerjaan dan masih belum mendapat pekerjaan baharu.
Individu yang terjejas dan semua peminjam PKS yang terjejas diberi fleksibiliti berdasarkan keadaan spesifik setiap peminjam. Ini termasuk:
Tip: Jika anda tidak tersenarai di dalam golongan diatas dan berkemampuan, anda disarankan untuk mula membuat pembayaran balik, kerana ini akan bantu mengurangkan hutang dan kos pembiayaan keseluruhan yang ditanggung.
Berkaitan: 7 Strategies To Get Out Of Debt Fast During The COVID-19 Pandemic
Hubungi bank masing-masing mulai 7 Ogos 2020.
Tip: Jika anda memilih untuk turut serta dalam pelanjutan ini, fleksibiliti yang diberikan kepada peminjam sepanjang tempoh ini tidak akan keluar dalam laporan CCRIS peminjam.