Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

5 LANGKAH MEMILIH INSURAN PELANCONGAN

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 08 November, 2019

Setelah kian lama bertungkus lumus berkerja, Berjeda sebentar dan Ayuh bercuti! Kini tiba masanya untuk melancong. Tetapi sebelum anda menempah tiket penerbangan ataupun penginapan, jangan lupa membeli insuran pelancongan. Ini amat penting mahupun kebanyakan kita kurang memberi tumpuan terhadap insuran pelancongan ini.

Selain faktor-faktor seperti kemalasan mahupun kurang penting, kesukaran juga adalah salah satu alasan yang kerap kami dengar. Jika anda merasa ianya sukar dan rumit untuk membeli insuran pelancongan, tidak sama sekali! Namun, ianya sangat mudah.

Ikuti 5 langkah penting berikut untuk mendapatkan insuran pelancongan yang diperlukan sahaja dan mengelakkan pembelanjaan yang berlebihan.

Apakah yang diperlukan untuk mendapatkan Insuran Pelancongan yang terbaik?

#1: Semakan Pakej Insuran yang Sedia Ada.

Sebelum anda membeli insuran pelancongan, pastikan anda menyemak kandungan insuran sedia ada mengenai liputan perlindungan yang lain. Contohnya, insuran perubatan, insuran perumahan, atau insuran kereta. Meyemak polisi pelan insuran dan menghubungi ejen insuran anda untuk mendapatkan informasi selanjutnya. Membuat pertanyaan terhadap syarikat insuran anda mengenai tahap perlindungan yang disediakan. Mengetahui liputan yang ditawarkan oleh syarikat insuran akan membantu anda membuat keputusan bernas bagi memilih insuran pelancongan yang memenuhi permintaan anda.

Andakah anda tahu bahawa anda telah mempunyai insuran pelancongan yang ditawarkan oleh perkhidmatan kad kredit? Sememangnya, segelintir kad kredit menawarkan insuran Pelancongan semasa anda menggunakannya untuk membeli tiket penerbangan secara talian atau semasa membuat tempahan tempat penginapan. Sejurusnya, anda boleh mendapatkan insuran pelancongan dengan percuma secara automatik.

Sila ingat bahawa pelan insuran hanya manawarkan perlindungan berlainan mengikut jenis kad kredit anda. Membaca terma dan syarat kad kredit anda dengan teliti atau menghubungi bank untuk penjelasan selanjut.

#2 Mengenal pasti Destinasi dan Situasi Pelancongan yang ditujui

Ingatkan bahawa syarikat insuran menawarkan pelan insuran berbeza mengikuti destinasi pelancongan, sama ada dalam negara atau luar negara. Adanya pelan insuran menyediakan kos perubatan sahaja sehingga ke pelan insuran menyeluruh yang meliputi kes pencurian dokumen peribadi, kehilangan bagasi dan pembatalan penerbangan. Jika anda melancong ke negara yang berisiko dan kadar penjenayah yang tinggi, maka anda digalakkan mendapatkan insuran Pelancongan yang menawarkan perlindungan menyeluruh.

Sesetengah syarikat insuran tidak menawarkan insuran bagi individu yang berniat melancong ke negara berisiko tinggi. Kalau adanya, syarikat insuran tersebut akan menawarkan insuran perlindungan yang harga jauh lebih tinggi daripada negara lain.

#3 Berhati-hati dengan syarat serta terma yang tersirat

Bandingkan syarikat insuran dan polisi sebelum membeli. Peringatan: anda hanya mendapatkan apa yang dibayar sahaja! Sekirannya anda membandingkan polisi dan harga secara teliti, anda akan mendapati sesetengah insuran pelancongan tidak sebaik seperti anda fikirkan.

Jangan sama sekali terperdaya dengan pelan insuran berharga rendah kerana kemungkinan mengandungi kekurangan dan pengecualian liputan tersembunyi dalam polisi perjanjian. Polisi bagi pelan insuran berharga murah menawarkan perlindungan liputan rendah atau mempunyai kategori liputan terhad. Ia sememangnya penting untuk memahami dan meneliti polisi perjanjian sebelum membuat keputusan. Terutamanya, belajar cara membuat tuntutan insuran. Jangan lupa menyimpan beberapa salinan dokumen dan mengulas semula jumlah liputan yang anda sepatutnya dapat sekiranya kemalangan berlaku.

#4 Mempertimbangkan Aktiviti yang anda lakukan semasa Mengembara

Jikalau anda minat dengan aktiviti ekstrem, contohnya menyelam , terjun lelabah, atau mendaki gunung, anda patut memilih insuran polisi menpunyai liputan terhadap aktiviti ekstrem. Memastikan anda memeriksa dokumen polisi mengandungi perlindungan atas aktiviti yang anda mengambil bahagian. Jumlah liputan dan butiran adalah berbeza berdasarkan jenis aktiviti. Berbincang dengan syarikat insuran anda sekiranya anda tidak jelas dengan polisi perlindungan.

#5 Memahami Perbezaan antara Insuran Pelancongan dan Insuran Ekspatriat

Kepada individu yang melancong dalam jangka masa yang pendek atau kurang daripada setahun, insuran Pelancongan cukup untuk menjadi pelindung diri. Insuran ekspatriat hanya diperlukan bagi individu yang mengembara di luar negara melebihi 12 bulan. Lazimnya, insuran tersebut menyediakan liputan perubatan menyeluruh di seluruh negara untuk menghadapi situasi kecemasan atau perlindungan bukan kecemasan. Ingatkan perbezaan kedua-dua insuran semasa menentukan insuran Pelancongan anda.

Kita tidak boleh menjangka situasi yang akan berlaku semasa percutian. Penerbangan kemungkinan ditunda atau dibatalkan. Bagasi boleh juga dicuri atau hilang. Untuk memastikan kita berasa lega semasa melancong, belanja duit supaya hal-hal tersebut dapat dilindung (jumlah liputan bergantung kepada polisi insuran anda!) Jadi, apa ditunggu lagi kalau anda bercadang mengembara? Menjadi individu yang pintar dan mendapatkan insuran pelancongan anda sekarang.

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals