Perbezaan Insurans Hayat dan Insurans Perbuatan


beza insurans hayat dan insurans perubatan

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, peruntukan kewangan untuk diri sendiri dan yang tersayang sebagai persediaan kecemasan sangat penting. Salah satu cara ialah melalui perlindungan insurans, sama ada insurans hayat atau insurans perubatan. Ketahui perbezaan antara kedua-dua insurans ini, dan kepentingannya.

Ringkasan Perbezaan Antara Insurans Hayat Dengan Insurans Perubatan

Ciri-Ciri

Insurans Hayat

Insurans Perubatan

Mengapa ia penting?

Melindungi kewangan keluarga sekiranya anda meningggal dunia. Boleh membantu mereka untuk menyara hidup, walaupun anda telah tiada

Menampung kos rawatan di hospital dan rawatan berkaitan

Manfaat utama

Wang jaminan akan dibayar kepada penama insurans

Menampung kos rawatan sehingga had maksimum perlindungan dan situasi-situasi lain

Liputan perlindungan

Menawarkan tanggungan kewangan bagi mereka yang tidak mampu bekerja disebabkan kecacatan, ataupun ahli keluarga kepada pemegang insurans yang telah meninggal dunia.

Untuk pemegang individu atau berkelompok.

Insurans hayat berkelompok biasanya ditawarkan sebagai faedah kepada pekerja.

Liputan untuk kos rawatan dan hospital.

Untuk individu, keluarga, dan kumpulan.

 

Jenis pelan

Pelan bertempoh, pelan simpanan, pelaburan anak-anak, persaraan, dan banyak lagi

Pelan insurans kesihatan komprehensif, liputan penyakit kritikal, dan banyak lagi

Pelepasan cukai

Pelepasan cukai sehingga RM6,000 untuk insurans hayat dengan KWSP bagi diri sendiri dan pasangan

Pelepasan cukai sehingga RM3,000 untuk premium insurans kesihatan bagi diri sendiri, pasangan, dan anak-anak

Apa Itu Insurans Hayat?

Insurans hayat ialah salah satu pilihan untuk sediakan bantuan kewangan kepada tanggungan sekiranya anda meninggal dunia. Pelan insurans hayat yang patuh Shariah ialah Takaful Keluarga.

Namun, terdapat pengecualian untuk kes bunuh diri. Dalam kes ini, jika pemegang insurans membunuh diri dalam satu tempoh tertentu (biasanya setahun) selepas mengambil insurans, tiada pembayaran akan dibuat kepada penama.

Citi Cash Back Visa Platinum credit card 10% Cashback for Dining, Grocery, Petrol & Grab spend

No minimum Cashback accumulation 

cta-apply-now

Apakah Liputan Perlindungan Insurans Hayat?

Antara perlindungan yang ditawarkan insurans hayat di Malaysia ialah:

  • Insurans bertempoh
  • Insurans seumur hidup
  • Insurans endowmen
  • Insurans berkaitan pelaburan
  • Insurans kesihatan dan perubatan
  • Insurans untuk penumpang
  • Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)

Jenis insurans hayat di atas menawarkan jenis perlindungan yang berbeza. Jika berlaku kemalangan, jumlah  perlindungan yang bakal dibayar serta kelayakan penama untuk menerima bayaran tersebut bergantung kepada jenis perlindungan dan jenis polisi yang diambil.

Sebelum anda mengambil polisi insurans hayat, pastikan anda berurusan dengan ejen sah yang berdaftar. Periksa sama ada ejen tersebut memiliki kad kuasa yang dikeluarkan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM). Sebagai panduan, rujuk senarai ini untuk ejen dan syarikat insurans berdaftar dari Bank Negara.

Mengapa Insurans Hayat Penting?

Objektif utama insurans hayat ialah untuk  menyediakan sokongan kewangan, dan melindungi tanggungan anda terhadap ibu bapa, pasangan, anak-anak, ataupun adik-beradik yang akan terjejas sekiranya anda ditimpa kemalangan, ataupun meninggal dunia. Jadi, sewaktu memohon insurans hayat, pastikan anda turut menyenaraikan penama. Ini bakal memudahkan proses pembayaran insurans tersebut. Jika tiada penama, tanggungan anda perlu menyediakan surat Pemberian Probet atau Surat Arahan Perintah Pembahagian untuk menerima bayaran insuran tersebut.

Lihat juga: Sebab Anda Perlukan Insurans Hayat

Apa Itu Insurans Perubatan?

Insurans perubatan menawarkan perlindungan untuk menanggung kos perubatan dan pembedahan. Jenis kecederaan, penyakit, dan rawatan yang diliputi oleh insurans perubatan adalah berbeza, bergantung kepada jenis insuran perubatan yang diambil. Semakin luas perlindungan perubatan yang diberikan, semakin mahal jumlah premium untuk polisi insurans perubatan tersebut.

insurans hayat dan insurans perubatan

Apakah perlindungan yang diliputi oleh insurans perubatan?

Jenis perlindungan yang diberikan oleh insurans perubatan boleh menjadi menyeluruh, meliputi kos pembedahan dan rawatan penyakit, atau hanya meliputi perkara asas sahaja seperti kos wad dan penyakit yang tidak serius. Oleh itu, pastikan anda faham perlindungan yang ditawarkan supaya ia sesuai dengan keperluan anda sebelum anda membeli insurans perubatan. Secara asasnya, terdapat empat jenis utama insurans perubatan di Malaysia:

Insurans kemasukan ke hospital dan pembedahan:  menyediakan perlindungan untuk kos rawatan di hospital dan kos pembedahan untuk penyakit yang tersenarai dalam polisi.

Insurans penyakit ditakuti dan penyakit kritikal: menyediakan faedah sebaik sahaja didiagnosis 36 jenis penyakit kritikal.

Insurans pendapatan hilang upaya: menyediakan sumber pendapatan berterusan untuk menggantikan pendapatan sebelum hilang upaya dan jika tidak mampu berkerja akibat dari penyakit atau kecederaan.

Insurans pendapatan hospital: menyediakan bayaran, sama ada harian, mingguan, atau bulanan,  bergantung kepada had perlindungan, sekiranya anda perlu dirawat di wad hospital untuk proses pemulihan.

Ketahui bahawa kebanyakan insurans perubatan memiliki syarat pra-wujud. Dengan syarat ini, jika anda menghidap penyakit sebelum mengambil insurans (contohnya tekanan darah tinggi), anda tidak layak untuk memohon perlindungan untuk membayar kos rawatan untuk penyakit sedia ada tersebut.

Mengapa Insurans Perubatan Penting?

Insurans perubatan akan membantu anda untuk melangsaikan kos yang terlibat sewaktu anda dimasukkan ke hospital dan juga kos rawatan jika anda diserang penyakit. Kos ini termasuk wad, pemeriksaan, pembedahan, ubat, rawatan susulan, dan lain-lain. Insurans perubatan juga menawarkan bantuan sekiranya anda tidak mampu bekerja disebabkan oleh penyakit atau kecederaan.

Tidak kira apa jua insurans yang anda mohon, pastikan anda fahami perlindungan yang ditawarkan oleh polisi insurans tersebut. Dapatkan penjelasan sekiranya terdapat maklumat yang kabur dalam polisi tersebut.

Lihat juga: 12 Cara untuk Jimatkan Kos Perubatan di Malaysia

Citibank pinjaman peribadi kadar 7.9% p.a.

Save

Save

Save

Tags: ,