Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Apa Anda Perlu Tahu Tentang Insurans Takaful

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 01 March, 2021

Ingin tawaran terbaik untuk perlindungan insurans? Kami bandingkan ciri-ciri insurans Takaful dan konvensional untuk bantu anda menilai pelan insurans dan luaskan pilihan insurans anda.

Apa itu Takaful?

Takaful ialah satu pelan insurans yang memiliki ciri patuh Shariah. Ini bermaksud di bawah Takaful, terdapat banyak produk patuh Shariah yang lain seperti Takaful perubatan, Takaful kenderaan, dan banyak lagi. Istilah Takaful juga merujuk kepada konsep insurans Islamik yang berasaskan kerjasama bersama, dimana segala risiko dan dana dikongsi bersama. Bantuan kewangan juga disediakan dibawah Takaful yang dikenali sebagai Tabarru’ (sedekah) dengan dana yang disumbang oleh individu dibawah perlindungan Takaful.

Syarikat Takaful pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1985 selepas penggubalan Akta Takaful 1984. Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful Association MTA) ialah badan yang bertanggungjawab untuk menjadi rujukan untuk semua perkara berkaitan Takaful di Malaysia. Selain itu, industri Takaful di Malaysia turut dikawal selia oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Ciri-ciri Takaful:

  • Perkongsian risiko – risiko tidak hanya ditanggung oleh syarikat insurans sepertimana insurans konvensional, tetapi turut ditanggung oleh semua pihak dibawah Takaful tersebut.
  • Polisi ‘no claim cashback’ – jika anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh perlindungan tersebut, anda akan terima rebat tunai dari syarikat Takaful anda. Jumlah rebat tersebut ditentukan oleh syarikat Takaful dan tiada jumlah tetap.
  • Patuh Shariah – perlu mematuhi undang-undang Shariah dan tidak terlibat dalam sebarang transaksi haram.

Jenis-jenis perlindungan dibawah Takaful

Produk takaful dikategorikan kepada 2, produk Takaful keluarga dan produk Takaful am.

Produk dibawah Takaful keluarga:

  • Takaful Keluarga: menawarkan perlindungan dan simpanan jangka panjang untuk individu dan keluarga.
  • Takaful berkaitan Pelaburan: Takaful keluarga yang menggabungkan pelaburan patuh Shariah dengan pelindungan Takaful.
  • Takaful Perubatan dan Kesihatan: perlindungan untuk tanggungan kos rawatan dan kemasukan ke wad di hospital swasta.
  • Takaful Pendidikan Anak: menyediakan perlindungan kewangan untuk anak anda sekiranya anda ditimpa malapetaka seperti kemalangan, kecacatan kekal, atau kematian. Pada masa yang sama, pelan Takaful ini juga bertindak sebagai simpanan jangka panjang untuk menampung pengajian anak anda.

Produk dibawah Takaful am:

  • Takaful Kenderaan: Takaful pihak ketiga yang melindungi anda dari kerugian dan kerosakan keatas kenderaan pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan, kecurian, ataupun kebakaran. Takaful ini turut melindungi pemegang dari kerugian dan kerosakan keatas harta, kecederaan dan juga kematian. Pelan Takaful kenderaan yang menyeluruh akan melindungi pemegang dan juga pihak ketiga (contohnya penumpang) dari kerugian dan kecederaan akibat kemalangan, kecurian atau kebakaran.
  • Takaful Rumah: terdiri dari 2 jenis iaitu Takaful Rumah (Houseowner) dan Takaful Isi Rumah (Householder). Takaful rumah melindungi struktur rumah pemegang dari kerosakan dan kerugian disebabkan oleh banjir, kebakaran, atau bencana lain. Takaful isi rumah (Householder) pula melindungi isi rumah, seperti   perabot, barangan rumah, peralatan elektrik, dan lain-lain dari kerosakan dan kerugian.
  • Takaful Kemalangan Diri: melindungi anda dan keluarga dengan menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian, kecederaan, atau kecacatan yang disebabkan dari kemalangan.

Takaful vs Insurans Konvensional

Takaful Insurans Konvensional
Berdasarkan konsep kerjasama Berdasarkan faktor komersial sahaja
Tertakluk kepada undang-undang Shariah dan undang-undang kerajaan Tertakluk kepada akta & undang-undang yang diwartakan kerajaan sahaja
Wang pemegang takaful hanya boleh dilaburkan dalam pelaburan patuh Shariah sahaja Premium yang disumbang pemegang insurans boleh dilabur dalam semua bentuk pelaburan, tidak semestinya patuh Shariah
Bebas dari Riba’, unsur Gharar (ragu-ragu), dan Masyir (perjudian) Mungkin mengandungi unsur Riba’, Gharar (ragu-ragu), dan Masyir (perjudian)
Berdasarkan konsep perkongsian risiko. Risiko dikongsi bersama oleh semua pihak dibawah perlindungan Takaful tersebut yang telah dipersetujui bersama. Risiko ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans selepas bayaran dibuat oleh pemegang insurans.

Salah faham terhadap Takaful

Takaful Hanya untuk Muslim
Takaful terbuka untuk semua, dan individu bukan Muslim juga boleh medapatkan perlindungan Takaful atau menjadi ejen Takaful. Kurang tahap kesedaran dan salah  faham mungkin sebab mengapa ramai berfikiran Takaful hanya untuk golongan Muslim, padahal perlindungan Takaful luas dan tanpa sepadan. Jadi, masyarakat perlu tahu terdapat banyak pelan insurans yang boleh dimohon selain pelan konvensional.

Prinsip asas takaful berbeza dengan insurans konvensional
Takaful dan insurans konvensional berkongsi prinsip asas dan objektif yang sama. Kedua-duanya melindungi individu dan badan korporat dari kerugian dan bahaya. Terdapat objektif sama iaitu untuk meringankan beban kewangan yang tercetus dari bencana dan kemalangan.

Apa anda perlu tahu

Sebelum anda menandatangani perjanjian Takaful, pastikan anda selidik dahulu sama ada ejen anda berdaftar dibawah MTA untuk mengelakkan kes penipuan oleh mereka yang menyamar sebagai ejen Takaful. Untuk pengetahuan anda, semua ejen dan syarikat yang menawarkan perkhidmatan Takaful perlu berdaftar dengan MTA sebelum boleh mengiklan dan menjual produk Takaful mereka. Semua ejen Takaful yang berdaftar juga akan diberi kad pengesahan. Anda boleh menyemak status pendaftaran ejen Takaful dengan MTA melalui enjin carian ejen di laman web  MTA. Anda juga boleh menyemak senarai penuh syarikat Takaful berlesen di Malaysia di laman web Bank Negara Malaysia.

Anda sedang mencari kad kredit patuh Shariah yang juga menawarkan perlindungan Takaful? Bandingkan kad kredit Islamik di secara percuma CompareHero.my dan dapatkan kad kredit terbaik untuk anda sekarang!

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals