Berapa Kos Bercerai di Malaysia?


kos-bercerai

Sering berlaku perbincangan dan pendedahan tentang kos yang diperlukan untuk menganjurkan majlis perkahwinan. Tetapi, ramai yang tidak mengetahui  kos yang perlu ditanggung dalam perceraian.

Sudah tentulah pasangan yang berkahwin tidak impikan perceraian. Tetapi, tahukah anda satu kes perceraian berlaku setiap 10 minit di Malaysia setakat 2014, dan jumlah kes perceraian meningkat dua kali ganda dalam tempoh 8 tahun sejak 2004? Pada tahun 2016, sebanyak 48,077 kes perceraian direkodkan untuk 6 bulan pertama tahun. Dengan kadar perceraian yang semakin meningkat, penting untuk semua ketahui kos yang terbabit dan juga hak individu.

Ironinya, punca utama kes perceraian di Malaysia ialah masalah kewangan, dan punca kedua tertinggi ialah kecurangan diikuti dengan perbalahan mengenai penjagaan anak.

Artikel berkaitan: 6 Bantuan Kerajaan di Malaysia Yang Tidak Diketahui Ramai

Berapakah Kos Prosiding Perceraian?

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua faktor yang diambil kira untuk menentukan kos perceraian iaitu kos mahkamah dan juga yuran guaman. Untuk kos mahkamah, cajnya telah ditetapkan manakala yuran guaman pula bergantung kepada kerumitan kes serta caj yang dikenakan oleh peguam.

Oleh itu, kos sebenar perceraian sukar untuk ditentukan, tetapi anda perlu faham perbezaan antara yuran professional guaman dan juga kos mahkamah. Selain itu, prosedur perceraian antara pasangan Muslim dan bukan Muslim juga berbeza, dimana prosiding perceraian pasangan Muslim akan diadakan di Mahkamah Syariah.

Kos Mahkamah

Permohonan atau petisyen perceraian perlu difailkan terlebih dahulu sebelum proses perceraian boleh diteruskan. Proses pemfailan mempunyai cajnya sendiri dan berbeza Dari yuran guaman

  • RM 160.00 – Pemfailan Petisyen Perceraian (Petisyen Persendirian atau Petisyen Bersama)
  • RM 16.00 – Pemfailan Penyata mengenai Persetujuan bagi Anak-anak (Petisyen Persendirian atau Petisyen Bersama)
  • RM 16.00 – Pemfailan Afidavit Menyokong Petisyen (Petisyen Persendirian atau Petisyen Bersama)
  • RM 6.00 – Untuk setiap dokumen merujuk kepada afidavit, pernyataan, atau petisyen dan perlu ditanda.

Nota: Setiap satu caj tersebut mungkin berbeza, rujuk kakitangan mahkamah untuk mendapatkan kos pemfailan yang tepat.

Artikel berkaitan: 8 Tip Jika Anda Hilang Kerja Atau Sumber Pendapatan Secara Tiba-tiba

my_couplefinancing_blog05

Anggaran Yuran Guaman

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, semakin rumit kes perceraian tersebut seperti isu tidak bersetuju dengan pembahagian aset, samada nafkah kewangan diperlukan atau tidak, dan juga hak penjagaan anak, semakin mahal yuran guaman yang akan dikenakan. Yuran peguam juga bergantung kepada pangkat dan juga pengalaman peguam.

  • Perceraian yang dipertikai: mengambil tempoh minima setahun, dengan kos sekurang-kurangnya RM 5,000 dan boleh mencecah RM 50,000 atau lebih.
  • Perceraian dipersetujui bersama: mengambil tempoh 3 hingga 6 bulan, kos antara RM 3,000 – RM 6,000.

Anda mungkin tidak memerlukan peguam sewaktu memfailkan perceraian. Namun kami nasihatkan agar anda menggunakan khidmat peguam terutama untuk perceraian yang dipertikai dan memerlukan perbicaraan di mahkamah. Ia mungkin akan menelan kos yang lebih tinggi, tetapi anda akan mendapat bantuan dari peguam untuk proses-proses yang rumit. Ingat, setiap kali peguam anda hadir ke perbicaraan, anda akan dikenakan caj.

Artikel berkaitan: Tip Luluskan Permohonan Pinjaman Bank Di Malaysia

Jika kos guaman tinggi merisaukan anda, anda ada pilihan untuk dapatkan bantuan guaman. Di Malaysia, terdapat 2 organisasi yang menawarkan bantuan guaman iaitu Pusat Bantuan Guaman yang dikelola oleh Badan Peguam Malaysia dan juga Jabatan Bantuan Guaman dibawah Jabatan Perdana Menteri. Anda perlu melalui proses pengesahan terlebih dahulu untuk menentukan anda layak mendapatkan bantuan guaman.

Kos untuk perceraian dipersetujui bersama (dengan petisyen bersama) pula lebih rendah. Ini bermaksud pasangan tersebut telah bersetuju bersama untuk bercerai, oleh itu prosesnya kurang kompleks dan yuran guaman juga lebih rendah. Malah, jika kedua-dua pihak telah bersetuju mengenai nafkah, harta sepencarian, dan penjagaan anak, anda mungkin tidak perlu hadir ke mahkamah dan boleh menjimatkan ribuan Ringgit.

Artikel berkaitan: Berapakah Jumlah Simpanan Anda Perlu Menjelang Usia 30 Tahun?

MY_BLOG_Divorce_1.jpg

Apakah Hak Anda Selepas Perceraian?

Pembahagian harta sepencarian akan ditentukan oleh mahkamah. Tetapi, masih ada lagi hak lain seperti nafkah dan juga penjagaan anak.

Kebiasaannya, nafkah akan diberikan kepada isteri oleh suami, untuk kedua-dua kes pasangan Muslim dan bukan Muslim. Hal ini juga sama untuk perbelanjaan penjagaan anak, jika isteri telah diberikan hak penjagaan tersebut.

Untuk Muslim, undang-undang Syariah menetapkan yang isteri berhak untuk:

  • Mut’ah: bayaran penghargaan untuk bekas isteri oleh suami selepas penceraian.
  • Penjagaan anak.
  • Nafkah membesarkan anak.
  • ‘Iddah.
  • Harta sepencarian.

Kes penceraian biasanya akan membuka keburukan individu apabila kedua-dua pihak berhadapan di mahkamah. Prosiding perceraian juga boleh memakan masa bertahun. Kesan perceraian lebih dari sekadar wang, tetapi juga psikologi dan moral pasangan yang terlibat, termasuklah anak-anak. Sesetengah individu turut mendapatkan khidmat kaunseling dan terapi sewaktu dan selepas proses perceraian, yang boleh menelan kos sehingga RM 300 – RM 400 untuk setiap sesi bersama ahli psikologi swasta.

Perlu juga diingatkan bahawa selepas perceraian tiada lagi perkongsiaan pendapatan. Sebaliknya, tanggungjawab semua perbelanjaan kini perlu ditanggung sendiri. Jadi, pastikan anda merancang bajet dengan betul untuk menghadapi hidup selepas perceraian, terutamanya jika anda perlu menjaga anak-anak.

Kos perceraian mungkin hampir sama dengan kos untuk melangsungkan perkahwinan, malah mungkin lebih tinggi. Jadi, kedua-dua pasangan haruslah mengetahui hak mereka sekiranya perkara yang tidak diingini ini berlaku.

Artikel berkaitan: 7 Sebab Tuntutan Takaful Anda Ditolak

my_blog_genericproducts_cta_rev_021417

Save

Save

Save

Save

Tags: ,