Lokasi Beli Belah Terbaik Untuk Hari Raya 2017


lokasi-belibelah-raya-featured

Anda sudah mula memikirkan di mana untuk membeli-belah bagi persiapan Hari Raya nanti? Disini  kami senaraikan lokasi membeli-belah terbaik secara online ataupun di kedai untuk anda shopping baju raya dan kuih raya!

Promosi Online Hari Raya 2017

ZaloraRaya2017

Zalora

Dengan kempen #ZALORAYA2017, promosi ini telah bermula sejak 6 April yang lepas. Pakaian yang dijual di lawan web ini terdiri dari jenama Kree, Pikat KL, Calacara, Mermaid Luxe, Kami Idea, Minaz, FZK, Lubna dan juga rekaan pereka fesyen seperti Tom Abang Saufi, Jovian Mandagie dan Rizalman.

Antara portal membeli-belah yang terkemuka, anda boleh dapatkan pakaian dengan rekaan trend terkini di laman web ini. Antaranya termasuk baju kurung, kebaya, peplum kurung, kurung moden, jubah muslimah, kaftan, baju melayu siap, sampin, dan banyak lagi. Untuk memudahkan pembelian, pakaian ini telah dikategorikan mengikut jenama, jenis, dan juga jantina.

Jika anda telah tetapkan bajet baju raya tahun ini, anda boleh saring dan cari pakaian mengikut bajet anda. Jangan risau, Zalora mempunyai pilihan untuk semua lapisan rakyat Malaysia, anda boleh dapatkan pakaian pada harga bawah RM 100.

Jika anda ingin dapatkan maklumat terkini tentang promosi Raya Zalora, anda boleh rujuk e-majalah disini. Zalora turut menawarkan polisi pulangan 30 hari dan pos percuma dengan belian lebih dari RM 75.

fashionvalet

FashionValet

Kempen #FVRaya2017 kali ini  mengambil tema kampung sekitar era 1950an, dengan koleksi pakaian-pakaian yang dijual mengambil tema rekaan serta tona warna klasik. Antara pereka yang mengambil bahagian termasuklah Alia B, Cala Qisya, Mimpikita, NH by Nurita Harith, Rizalman, dan Yadotsa, dengan rekaan dari jubah untuk wanita, baju melayu untuk lelaki, serta pakaian untuk saiz kanak-kanak bakal menanti pembeli.

lazada

Lazada

Promosi Marhaban,Ya Ramadan dan Riang Ria Raya Lazada menyediakan promosi  dan diskaun hingga 25 Jun.  Ini merupakan dua promosi yang berbeza pada bulan ini dimana anda boleh menikmati penjimatan dan barangan pada harga yang murah.

Nantikan jualan murah ekspress setiap hari, tiga kali sehari pada  5:00am – 6:59am; 12:00pm – 1:59pm dan 5:00pm – 06:59pm. Dalam tempoh jualan ini, produk terkemuka bakal dijual pada potongan harga dalam tempoh yang terhad. Lazada juga akan memaparkan produk yang bakal dijual, sekali dengan potongan yang diberikan. Jadi, anda boleh merancang tempoh serta barang yang anda ingin beli.

Jika anda tinggal di Lembah Klang pula, Lazada turut menawarkan servis Lazada High-Speed Delivery. Jika anda membuat bayaran sebelum 1 pm, barangan akan dihantar ke rumah anda pada hari itu juga!

Pemegang kad bank berikut akan menikmati diskaun pada hari-hari berikut:

  • CIMB: Setiap Isnin (Diskaun RM 20). Kod Promo: RAYACIMB20
  • Maybank: Setiap Rabu (Diskaun RM 20). Kod Promo: RAYAMBB20
  • HSBC: Setiap Jumaat (Diskaun RM 30). Kod Promo: SCHSBC30
  • Citibank: Setiap hujung minggu. Kod Promo: CITIWKND (Diskaun 10% untuk pembelian di laman web) dan CITIWKNDAPP (Diskaun 15% untuk pembelian di aplikasi telefon pintar)

melinda looi

Emel by Melinda Looi

Koleksi dari pereka terkemuka untuk Hari Raya tahun ini bertemakan “Colourful Tradition” yang menampilkan rekaan baju kurung yang mendapat inspirasi dari tradisi Malaysia.

Corak garisan geometri diinspirasikan dari anyaman ketupat, simbol yang tidak asing lagi untuk Hari Raya di Malaysia. Manakala bunga pula menandakan sifat ihsan dan kemurahan hati, sesuai dengan objektif Emel by Melinda Looi untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

Sebahagian dari hasil jualan koleksi Ramadhan ini akan disumbangkan ke badan kebajikan, maksudnya apabila anda membeli, anda akan turut menderma. Tahun ini, Melinda berkerjasama dengan B.I.G. (Ben’s Independent Grocer), DS BORNE0, dan THE GOOD SHOP untuk mengumpul dana dan bantuan makanan berjumlah RM 70,000. Dana dan bantuan makanan ini bakal diselia oleh Charity Right, organisasi kebajikan yang berpengalaman dalam menyalurkan bantuan untuk sekolah, pusat pelarian, dan rumah anak-anak yatim.

vercato

Vercato

Jenama ini menggelar koleksi mereka sebagai Koleksi Hari Raya Aidilfitri 2017 yang paling mengujakan, dengan pengkhususan untuk pakaian wanita. Koleksi ini menawarkan rekaan seperti baju kurung moden, jubah maxi dress, kebaya, dan banyak lagi.

Untuk memudahkan pembelian, Vercato mengelaskan koleksi mereka ke 3 kategori, SALE: bawah RM199, SALE: bawah RM249, dan SALE: RM 280 & kebawah.  Antara koleksi yang menarik perhatian ialah rekaan seperti peplum, bell sleeve dan dress chiffon maxi.

CalaQisya

Koleksi CalaRaya 2017 menyediakan pilihan pakaian wanita dari baju kurung, jubah, peplum, kurung moden, dan banyak lagi. Koleksi ini juga mempunyai pakaian untuk lelaki, tetapi terhad kepada rekaan kurta pada harga RM 109.

Harga pakaian wanita sekitar RM 39 – RM 399. Untuk pembelian melebihi RM 200, anda akan menerima penghantaran percuma.

Jualan Hari Raya 2017 di Pusat Membeli-Belah

Ramai yang masih lagi gemar untuk mencuba baju raya sebelum membuat pembelian. Berikut merupakan lokasi  kedai cadangan kami:

Metrojaya

Lokasi Outlet:

  • Metrojaya CityOne Megamall, Kuching
  • Metrojaya Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
  • Metrojaya Suria Sabah Shopping Mall, Sabah
  • Metrojaya Komtar JBCC, Johor Bahru
  • Metrojaya Plaza Pelangi, Johor Bahru
  • Metrojaya The Curve, Selangor

Uptown Puchong Night Bazaar

Dari 20 Mei hingga 24 Jun, anda boleh berkunjung ke Uptown Puchong Night Bazaar yang beroperasi pada jam 7.00 malam hingga 3.00 pagi. Bazaar ini merupakan antara bazaar yang beroperasi hingga awal pagi, sesuai untuk mereka yang tidak berkesempatan untuk membeli belah. Terdapat lebih dari 400 gerai dengan pelbagai produk dijual dari aksesori telefon, pakaian, wangian, dan juga kuih raya.

Alamat: Taman Meranti Jaya, 47100 Puchong, Selangor.

Kamdar

Di Kamdar, anda mempunyai pilihan untuk membeli di laman web, ataupun berkunjung ke kedai berdekatan. Anda boleh lihat Koleksi Hari Raya 2017 mereka disini. Kamdar sesuai untuk mereka yang berkeluarga, kerana anda boleh dapatkan set lengkap pakaian sedondon untuk seisi ahli keluarga disini, untuk lelaki dan perempuan.

Bagi pembelian online, pos percuma adalah untuk pembelian RM 50 keatas. Jika anda ingin berkunjung ke outlet mereka, lihat senarai lokasi di website disini.

Jusco / AEON

AEON mengadakan jualan promosi Hari Raya hingga 31 Ogos 2017 di semua outlet mereka. Jadi, jangan lupa kesana jika anda ingin dapatkan pakaian baharu! AEON juga menjual barangan lain untuk melengkapkan persediaan Hari Raya anda. Rujuk lokasi kedai AEON disini.

Jakel Mall

Jakel merupakan antara kedai popular yang menawarkan pakaian dan produk fabrik. Jika anda ingin menempah baju raya sendiri, anda boleh dapatkan kain dengan rekaan terkini di outlet Jakel. Kain fabrik yang dijual termasuklah chiffon, cotton, lace, linen, silk, songket, dan kapas. Anda juga boleh dapatkan pelbagai pilihan baju yang telah siap dijahit disini pada harga yang berpatutan.

Klik disini untuk mengetahui lokasi-lokasi outlet Jakel Mall berdekatan.

 my_blog_genericproducts_cta_rev_021417

Save

Tags: