Ingin tawaran terbaik untuk perlindungan insurans? Kami bandingkan ciri-ciri insurans Takaful dan konvensional untuk bantu anda menilai pelan insurans dan luaskan pilihan insurans anda.
Takaful ialah satu pelan insurans yang memiliki ciri patuh Shariah. Ini bermaksud di bawah Takaful, terdapat banyak produk patuh Shariah yang lain seperti Takaful perubatan, Takaful kenderaan, dan banyak lagi. Istilah Takaful juga merujuk kepada konsep insurans Islamik yang berasaskan kerjasama bersama, dimana segala risiko dan dana dikongsi bersama. Bantuan kewangan juga disediakan dibawah Takaful yang dikenali sebagai Tabarru’ (sedekah) dengan dana yang disumbang oleh individu dibawah perlindungan Takaful.
Syarikat Takaful pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1985 selepas penggubalan Akta Takaful 1984. Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful Association MTA) ialah badan yang bertanggungjawab untuk menjadi rujukan untuk semua perkara berkaitan Takaful di Malaysia. Selain itu, industri Takaful di Malaysia turut dikawal selia oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
Ciri-ciri Takaful:
Produk takaful dikategorikan kepada 2, produk Takaful keluarga dan produk Takaful am.
Produk dibawah Takaful keluarga:
Produk dibawah Takaful am:
Takaful | Insurans Konvensional |
Berdasarkan konsep kerjasama | Berdasarkan faktor komersial sahaja |
Tertakluk kepada undang-undang Shariah dan undang-undang kerajaan | Tertakluk kepada akta & undang-undang yang diwartakan kerajaan sahaja |
Wang pemegang takaful hanya boleh dilaburkan dalam pelaburan patuh Shariah sahaja | Premium yang disumbang pemegang insurans boleh dilabur dalam semua bentuk pelaburan, tidak semestinya patuh Shariah |
Bebas dari Riba’, unsur Gharar (ragu-ragu), dan Masyir (perjudian) | Mungkin mengandungi unsur Riba’, Gharar (ragu-ragu), dan Masyir (perjudian) |
Berdasarkan konsep perkongsian risiko. Risiko dikongsi bersama oleh semua pihak dibawah perlindungan Takaful tersebut yang telah dipersetujui bersama. | Risiko ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans selepas bayaran dibuat oleh pemegang insurans. |
Takaful Hanya untuk Muslim
Takaful terbuka untuk semua, dan individu bukan Muslim juga boleh medapatkan perlindungan Takaful atau menjadi ejen Takaful. Kurang tahap kesedaran dan salah faham mungkin sebab mengapa ramai berfikiran Takaful hanya untuk golongan Muslim, padahal perlindungan Takaful luas dan tanpa sepadan. Jadi, masyarakat perlu tahu terdapat banyak pelan insurans yang boleh dimohon selain pelan konvensional.
Prinsip asas takaful berbeza dengan insurans konvensional
Takaful dan insurans konvensional berkongsi prinsip asas dan objektif yang sama. Kedua-duanya melindungi individu dan badan korporat dari kerugian dan bahaya. Terdapat objektif sama iaitu untuk meringankan beban kewangan yang tercetus dari bencana dan kemalangan.
Sebelum anda menandatangani perjanjian Takaful, pastikan anda selidik dahulu sama ada ejen anda berdaftar dibawah MTA untuk mengelakkan kes penipuan oleh mereka yang menyamar sebagai ejen Takaful. Untuk pengetahuan anda, semua ejen dan syarikat yang menawarkan perkhidmatan Takaful perlu berdaftar dengan MTA sebelum boleh mengiklan dan menjual produk Takaful mereka. Semua ejen Takaful yang berdaftar juga akan diberi kad pengesahan. Anda boleh menyemak status pendaftaran ejen Takaful dengan MTA melalui enjin carian ejen di laman web MTA. Anda juga boleh menyemak senarai penuh syarikat Takaful berlesen di Malaysia di laman web Bank Negara Malaysia.
Anda sedang mencari kad kredit patuh Shariah yang juga menawarkan perlindungan Takaful? Bandingkan kad kredit Islamik di secara percuma CompareHero.my dan dapatkan kad kredit terbaik untuk anda sekarang!
Save
Save
Save
Save
Save
Save
Save
Save
Save
Save
Save
Save
Save