Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Pelan Internet Terbaik Bawah RM100

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 28 August, 2019

Kami telah kumpulkan pelan internet terbaik di Malaysia berharga bawah RM100 supaya anda boleh nikmati lebih banyak penjimatan. Ketahui pelan internet yang sesuai dengan pengunaan anda. Kami juga sertakan kelebihan dan kekurangan setiap pelan untuk memudahkan anda membuat keputusan!

Maxis Wireless Broadband Casual Surfer

Pelan ini sesuai jika anda sedang mencari pelan internet asas. Pada harga RM72.08 (termasuk GST) sebulan, anda boleh menikmati kelajuan LTE 4G dengan kuota data 8GB. Anda juga akan mendapat WiFi modem 21Mbps secara PERCUMA. Tapi jika anda mahu kelajuan yang lebih pantas, anda perlu membayar RM240 untuk WiFi Modem LTE. Tetapi jangan risau, RM240 itu hanya wang pendahuluan dan akan dikredit semula kepada anda secara ansuran selama tempoh 12 bulan

Bila anda berada di lokasi yang mempunyai liputan 4G, anda boleh melayari internet pada kelajuan 75Mbps, tetapi kelajuan purata untuk pelan ini ialah antara 10Mbps ke 30Mbps. Anda juga perlu tahu walaupun kuota data ialah 8GB, ia sebenarnya dibahagikan kepada waktu puncak dan waktu bukan puncak.

Maksudnya, anda akan mendapat 4GB data yang boleh digunakan antara 8am-2am iaitu waktu puncak. Kemudian, 4GB selebihnya untuk digunakan pada waktu bukan puncak iaitu antara 2am-8am. Bila anda telah mencapai had kuota data anda masih boleh melayar internet tetapi pada kelajuan yang dihadkan iaitu 64kps.

Pelan internet dengan 21Mbps mobile WiFi modem PERCUMA
Bayaran pendahuluan: RM231.08 termasuk GST (RM72.08 kadar bulanan + RM159 caj pengaktifan)
Sambungan: Jalur lebar 4G
Had kuota data: 8GB (4GB waktu puncak + 4GB waktu bukan puncak)

Caj pengaktifan sebenyak RM159 akan dikenakan untuk pelan yand disertakan dengan 21Mbps WiFi modem percuma. Tetapi anda akan mendapat RM50 rebat yang akan diberikan secara ansuran RM10 dalam jangka masa 5 bulan.

Pelan internet dengan WiFi modem LTE
Bayaran pendahuluan: RM432.48 termasuk GST (RM72.08 kadar bulanan +RM100 caj pengaktifan +RM240 caj pendahuluan)
Sambungan: Jalur lebar 4G
Had kuota data: 8GB (4GB waktu puncak + 4GB waktu bukan puncak)

my_blog_sc-personal-loan

U Mobile MB88

Pada kadar bulanan RM93.28 (termasuk GST) anda akan mendapat kuota data sebanyak 23GB pada sambungan 4G LTE (tertakluk kepada lokasi yang mempunyai LTE).  Dari segi kuota, 23GB data itu akan dibahagikan kepada 9GB untuk pengunaan pada waktu puncak (8am-2am) dan 14GB untuk pengunaan pada waktu bukan puncak (2am-8am). Tetapi, had kuota sebanyak 23GB data itu hanya sehingga 30 Jun 2016. Selepas tempoh promosi tamat kuota data ialah sebanyak 21GB dibahagikan kepada 7GB untuk pengunaan waktu puncak dan 14GB pada waktu bukan puncak.

Pelan internet ini juga disertakan dengan 21Mbps MiFi Modem secara percuma, membolehkan anda untuk berkongsi sambungan internet anda dengan lima orang. Jika anda mahu sambungan internet yang lebih pantas, anda boleh memilih untuk menggunakan Modem 4G MiFi dengan bayaran tambahan berjumlah RM99 untuk modem tersebut.

Pelan internet dengan Modem MiFi 21Mbps secara percuma
Bayaran pendahuluan:  RM159 termasuk GST (RM100 caj pengaktifan + RM50 caj pendahuluan
Sambungan: 4G LTE / 3G
Had kuota data: 23GB (9GB waktu terhad +14GB waktu bukan terhad)

Pelan internet dengan MiFi Modem 4G
Bayaran pendahuluan: RM263.94 termasuk GST (RM100 caj pengaktifan + RM50 caj pendahuluan + RM99 caj modem)
Sambungan: 4G LTE / 3G
Had kuota data: 23GB (9GB waktu puncak + 14GB waktu bukan terhad).

pelan internet

Maxis Wireless Broadband Regular Streamer

Jika anda mahu pelan internet tapi anda bukan pengguna yang tegar, ini merupakan pelan internet yang sesuai untuk anda. Pada kadar bulanan RM93.28 anda akan dapat 20GB kuota data yang akan dibahagikan pada 5GB untuk waktu puncak (8am-2am) dan 15GB (2am-8am) untuk waktu bukan puncak.

Anda juga akan mendapat modem 21Mbps WiFi secara PERCUMA. Tetapi jika anda mahukan kelajuan yang lebih pantas, anda boleh pilih untuk menggunakan modem LTE 4G MiFi dengan caj RM240. Jangan risau, anda akan menerima rebat untuk caj RM240 secara ansuran selama 12 bulan. Pelan interent ini akan tertakluk kepada kontrak selama 12 bulan.

Pelan internet dengan modem WiFi 21Mbps secara percuma
Bayaran pendahuluan: RM252.28 termasuk GST (RM88 kadar bulanan + RM150 caj pengaktifan*)
Sambungan: 4G LTE /3G
Had kuota: 20GB (5GB untuk waktu puncak + 15GB waktu bukan puncak)
*RM50 rebat akan diberikan untuk caj pengaktifan secara ansuran selama 5 bulan

Pelan internet dengan modem LTE 4G MiFi
Bayaran pendahuluan: RM453.68 termasuk GST (RM88 kadar bulanan +RM100 caj pengaktifan + RM240 caj pendahuluan modem)
Sambungan: 4G LTE / 3G
Had kuota: 20GB (5GB untuk waktu pncak +15GB waktu bukan puncak)

Yes Super 88 Postpaid Plan

Pada kadar bulanan RM93.28 (termasuk GST) pelan jalur lebar ini memberikan kuota data sebanyak 16GB dan disertakan dengan Yes Huddle XS 4G hotspot secara percuma. Kelebihan modem Huddle XS ini ialah ia membolehkan anda untuk kongsi sambungan anda dengan 5 orang. Jadi pelan ini sesuai untuk anda yang mahu pelan jalur lebar untuk dikongsi bersama.

Namun begitu, kekurangan pada pelan ini ialah had kuota 16GB hanya hingga 30 April 2016. Selepas tempoh promosi tamat, had kuota akan dikurangkan kepada 5.5GB pada kadar bulanan RM88 (RM93.28 termasuk GST).

Jadi selepas tempoh promosi tamat, kadar bulanan RM93.28 boleh dikatakan agak mahal jika dibandingkan pada syarikat lain yang menawarkan lebih data pada harga yang lebih murah. Pelan jalur lebar ini juga tertakluk pada kontrak selama 12 bulan. Selepas caj pengaktifan sebanyak RM109, jumlah caj pendahuluan untuk pelan jalur lebar ini ialah RM199.28.

Pemenangnya Pelan Internet Terbaik ialah…

Pelan internet U Mobile MB88! Ia merupakan pelan yang paling berbaloi jika dbandingkan daripada empat pelan yang telah dibincangkan. Pada kadar bulanan sebanyak RM88 (RM93.28 termasuk GST) anda akan mendapat 23GB data sewaktu tempoh promosi.Tetapi, walaupun setelah tempoh promosi tamat, anda akan mendapat 21GB data yang dikira berbaloi untuk harga yang dibayar.

Jika dibandingkan dengan pelan-pelan lain, pelan U Mobile ini memberikan kuota data yang paling banyak untuk  harga bawah RM100. Anda juga tidak terikat dengan sebarang kontrak jadi anda bebas untuk buat pilihan sekiranya anda mahu berhenti melanggan pelan ini pada bila-bila masa.

Anda mahu lebih pilihan untuk pelan internet? Bandingkan pelan internet pada harga terbaik secara percuma di CompareHero.my hari ini!

my_blog_genericproducts_hsbc-1

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals