Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Senarai 10 Buffet Ramadhan Yang Paling Onz Di KL (Terkini!)

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 24 July, 2019

Beberapa hari lagi, umat islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Setiap kali tibanya ramadhan, ramai yang mengambil peluang untuk berbuka puasa bersama insan-insan tersayang. Bercakap mengenai berbuka puasa, boleh dikatakan banyak hotel yang menyajikan  buffet Ramadhan terutama di ibu kota Kuala Lumpur dengan menawarkan menu-menu menarik bersama pakej yang lumayan.

Untuk Ramadhan tahun ini, kami ingin kongsikan kepada anda, 10 buffet Ramadhan yang paling onzz di ibu kota Kuala Lumpur. Sememangnya buka puasa anda akan lebih puas dan berbaloi dengan menikmati buffet Ramadhan dari hotel-hotel yang kami kongsikan ini.

1. Buffet Ramadhan di Hotel Royal Kuala Lumpur

Pada kali ini, Hotel Royal Kuala Lumpur membawa tema “Warisan Melayu’’ di mana menu buffet yang disajikan mengikut kepada makanan tradisi setiap negeri di Malaysia. Antara menu yang diketengahkan dari Negeri Sembilan adalah daging dendeng ala nogori hasil tangan chef Sudin Bin Ahmad bersama crewnya. Bukan sahaja menjadi kegemaran rakyat Pahang malah seluruh pelusuk Malaysia, gulai ikan tempoyak turut ada disediakan di sini. Salad dan kerabu juga tidak ketinggalan mendapat tempat sajian dalam buffet Ramadhan yang disediakan. Antaranya kerabu pucuk paku, kerabu nangka dan kerabu utara tomato berkerisik. Sungguh menyelerakan.

Untuk jenis dessert, anda boleh nikmati rasa ais kacang yang dapat menyejukkan tekak serta pelbagai lagi jenis dessert yang lain.

Dengan harga RM78/nett untuk dewasa dan RM35/nett untuk kanak-kanak anda boleh menikmati hidangan juadah berbuka puasa yang menyelerakan.

Untuk tempahan awal, hubungi

Harga buffet: Dewasa RM78/nett, Kanak-kanak RM35/nett

Talian: 03-2148 6888 ext 2855/2887@ cik Qistina 016-330 7171.

Alamat: Jalan Walter Granier, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

2. Dorsett Kuala Lumpur

ramadan-buffet-at-checkers-cafe-dorsett-kuala-lumpur

Bertemakan masakan ‘’Bonda Kembali’’, Dorrset kuala Lumpur menyajikan menu dengan lauk pauk tradisional. Bersesuaian sekali untuk anda yang tinggal merantau di ibu kota ini.

Anda boleh merebut kesempatan ini untuk merasai juadah tradisional meskipun tidak dapat pulang berbuka puasa di kampung. Antara jenis hidangan yang disediakan adalah daging salai masak lemak cili api Negeri Sembilan, kambing panggang bersama nasi arab, kari kepala ikan Pulau Pinang, sambal ikan bilis tempoyak & petai Perak, udang masak kailo Melaka dan Ayam masak toato kedah.

Harga buffet di sini sangatlah berpatutan. Dengan harga RM98/nett dewasa dan diskaun 30% untuk kanak-kanak (bawah 11 tahun) serta warga emas, anda sudah boleh melepaskan kerinduan pada juadah di kampung dengan hanya berbuka puasa di Dorsett Kuala Lumpur.

Kepada anda yang berminat untuk berbuka dengan buffet Ramadhan hotel ini boleh segera mendapatkan voucher Ramadhan secara online melalui website:

Info.kualalumpur@dorsetthotels.com atau hubungi

Harga buffet: Dewasa RM98/nett (Early bird voucher @RM88/nett), Kanak-kanak (berusia 11 tahun & ke bawah) dan warga emas (60 tahun dan ke atas) 30% diskaun

Talian: 03-2716 1010

Alamat: 172, Jalan Imbi, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

3. Restoran 10 Binjai, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kuala Lumpur

ramadhan-buffet-at-restoran-binjai-10-PNB-perdana-hotel-suites-on-the-park-kl

Restoran ini terletak ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang berkonsepkan suasana yang penuh santai dan telah diubah menjadi bazar. Pada tahun 2019 ini, PNB telah membawa kelainan dengan memperkenalkan tema Bazar Perdana yang menampilkan pelbagai gerai-bazar Ramadhan yang unik kepada para pengunjung untuk memberikan suasa bazar Ramadhan yang sebenar.

Terdapat 188 hidangan telah disajikan oleh Chef Amran mengikut citararasa yang berbeza kepada pengunjung. Antara aneka kerabu dan salad yang ada di sini adalah rojak buah-buahan, kerabu manga muda, kerabu betik, tauhu sumbat dan acar jelatah.

Terdapat juga udang, sotong, kepak ayam, daging dan ikan yang di grill. Sini juga turut menampilkan beberapa signature dish seperti Sup berempah binjai, kambing golek, apam balik dan aiskrim goyang.

Harganya sangatlah  berpatutan di mana hanya RM98.00/pax untuk dewasa. Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut, anda boleh melayari www.pnbperdanaonthepark.com

Harga buffet: Dewasa RM98/pax

Talian: 03-7490 3838

Alamat: 10, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

4. Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

buffet-ramadhan-at-seri-pacific-hotel-kl-300x300

Membawakan menu ‘’Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman’’ yang datangnya dari seluruh negara, buffet Ramadhan seri pacific hotel telah mengumpulkan pelbagai menu dan resipi yang sangat memukau seluruh rakyat Malaysia. Turut tersedia menu sampingan seperti masakan cina, lauk pauk cara masakan india dan beberapa menu popular dari suku kaum sabah dan Sarawak juga telah turut serta dalam sajian hidangan.

Menu terbaik yang ada di Seri Pacific hotel adalah ayam panggang percik Kelantan, udang rendang perak, telur itik masak lemak Negeri Sembilan, asam pedas Melaka, ikan patin masak tempoyak Pahang, nasi kuning Sabah dan banyak lagi menu yang memikat rasa pelanggan yang berkunjung ke mari. Kuih muih melayu dan pengat turut disediakan di buffet Ramadhan di sini. Tidak lengkap rasanya sesuatu sajian tanpa pencuci mulut. Antara pencuci mulut yang tersedia adalah kek dan agar-agar. Untuk penggemar sup gearbox boleh terus datang berbuka puasa di seri pacific hotel. Memang puas hati.

Dengan tawaran harga Cuma RM120/pax untuk dewasa dan RM60/pax untuk kanak-kanak, anda sudah boleh mendapatkan makanan kegemaran anda.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus hubungi Seri Pacific Hotel

Harga buffet: Dewasa RM120/pax (Harga tawaran terhad Rm90/nett - purchase in advance is required, promo not applicable for walk ins), Kanak-kanak RM60/pax

Talian: 03-4042 5555

Alamat: Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

5. TPC Golf Club Kuala Lumpur

buffet-ramadhan-at-lambaian-rasa-TPC-golf-club-kl

‘’Bertemakan Lambaian Rasa’’ Ramadhan buffet di sini memperkenalkan berbagai aneka makanan melayu. Menu harian yang menjadi makanan kaum melayu turut di sajikan di sini. Antara menunya adalah daging dendeng berempah, ikan tenggiri goreng berlada dan telur itik masak cili padi bersama belimbing. Sungguh terliur.

Turut tersedia kambing golek super sedap. Selain itu, asam laksa, sup herba melayu, briyani kambing turut menjadi pemikat pelanggan untuk terus berbuka puasa di sini. Tidak ketinggalan untuk mereka yang sukakan kepedasan ketika menjamu selera, pelbagai jenis sambal telah disajikan antaranya sambal belacan, sambal tempoyak, budu dan cencalok. Memang sedap dimakan bersama ulam.

Hidangan dessert yang boleh anda nikmati termasuklah sago gula Melaka, nyonya kuih, apam balik, pulut manga bersama santan dan buahan segar.

Harga buffet di sini juga sangat berpatutan sekaligus bersesuaian dengan berbagai aneka menu sajian yang dihidangkan. Hanya RM 110/net untuk dewasa dan 50% diskaun untuk kanak-kanak dan warga emas.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, anda boleh menghubungi kami di talian dan alamat berikut:

Harga buffet: Dewasa RM110/nett, Kanak-kanak & Warga emas diskaun 50%

Talian: 03-2011 9187/9189

Alamat: 10, Jalan 1/70 D, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

6. Aroma D’ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

ramadhan-buffet-at-aroma-d’ancasa-hotel-spa-kl-300x200

Memilih untuk menyediakan masakan kampung, pelbagai jenis menu berbuka puasa dari beberapa negeri di Malaysia telah disajikan di Aroma D’ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Hasil gabungan idea chef berpengalaman, setiap masakan tradisional melayu mendapat kelainan dalam penyediaan setiap resipi dan menu. terdapat lebih 200 menu sajian yang disediakan untuk buffet Ramadhan pada kali ini. sama seperti tahun selepasnya, Aroma D’ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur masih mengekalkan deretan warung-warung yang terdiri dripada warung kak ana, warung pak helmi, warung ayu dan bermacam lagi. Setiap warung ini menyjikan hidangan yang berbeza-beza.

Bersesuaia dengan tradisional melayu, tidak sempurna jika tiada ulam-ulaman. Antara ulaman yang tersedia di sini adalah kerabu taugeh kerang. Selain itu, bergedil ayam dan sambal tempoyak juga menjadi hidangan yang sentiasa dicarai-cari oleh peminat makanan tradisi melayu.

Bagi hidangan utama, ayam golek berempah, gulai kawah kambing, sotong sumbat tiga dan sambal goring jawa telah disediakan. Untuk pencuci mulut pula, anda boleh memilih serawa durian, kuih ketayap, lempeng kelapa dan pelbagai pilihan lain yang menyelerakan.

Dengan pelbagai jenis juadah yang ada, nda sama sekali tidak rugi dengan harga yang diberikan. Hanya RM70/nett dewasa dan RM40/nett kanak-kanak(umur 5 hingga 12 tahun).

Untuk sebarang pertanyaan dan tenpahan, anda boleh menghubungi talian atau boleh layari website www.ancasahotels.com

Harga buffet: Dewasa RM70/nett, Kanak-kanak (berusia 5-12 tahun) RM40/nett

Talian: 03-2026 6060 (ext 7703)

Alamat: Jalan Tun Tan Cheng Lock, City Centre, 50500 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

7. Sime Darby Convention Centre

buffet-ramadhan-at-sime-darby-convention-centre-300x225

Istimewa dengan tema ‘’jalan-jalan Ramadhan buffet’’, pelbagai pilihan masakan telah diajikan sendiri oleh Pastry Chef SDCC’s Mohd Nordin Bin Abdullah. Pada buffet Ramadhan kali ini, gabungan hidangan rakyat Malaysia telah disediakan seperti udang sambal tumis petai, bubur lambuk berherba dan kacang pool special.

Terdiri daripada pelbagai jenis ikan disedikan sebagai hidangan ikan bakar yang telah dibakar dengan cukup sempurna. Sup berempah, laksam Kelantan juga masakan kawah menjadi hidangan yang tidak boleh dipisahkan oleh tekak melayu.

Namun, untuk mereka yang menggemari Judah antarabangsa, teppayanki, sushi, spaghetti carbonara dan pasta itali telah turut disediakan. Tiada alasan untuk anda yang tidak gemar masakan melayu untuk berbuka puasa di sini.

Di samping hidangan utama, pencuci mulut yang dihidangkan tidak kurang hebatnya. Pelbagai jenis gula seperti tapai pulut, dodol, wajik, ABC, dan pancakes boleh sama dinikmati. Memang berbaloi.

Harga masih di bawah RM100 di mana harga prabayar hanya RM99 untuk setiap orang manakala diskaun 25% diberikan kepada kanak-kanak yang berusia 5-12 tahun juga warga emas yang telah berusia 60 tahun ke atas.

Untuk sebarang pertanyaan dan ingin membuat tempahan, anda boleh menghubungi talian atau boleh menghantar email kepada halia.sdcc@simedarbyproperty.com

Harga buffet: Dewasa RM99, Kanak-kanak (berusia 5-12 tahun) diskaun 25%, Warga emas (berusia 60 tahun ke atas) diskaun 25%

Talian: 03-2089 3688

Alamat: 1A, Jalan Bukit Kiara 1, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

8. Citarasa Warisan @ PWTC

Bertemakan ‘’citarasa warisan’’ di restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), menyajikan lebih 250 jenis juadah makanan untuk dinikmati oleh pelanggan yang memilih buffet Ramadhan di sini.

Antara hidangan yang menambat rasa pelanggan adalah ayam kampung kerisik dan betik muda, ayam gulai minang dan daun salam, siput sedut masak lemak kuning, pegaga dan daun kaduk serta daging dan paru kari kawah, kambing masak kari utara, ikan patin tempoyak dengan timun tua dan banyak lagi.

Berbagai jenis kuih disediakan di sini antaranya kuih kaswi, wajik, nona manis, kuih lapis dan kuih cara berlauk. Untuk minuman pula, air sejuk dan panas telah siap tersedia. Air mata kucing, air barli, air batu campur, kopi Tarik dan teh Tarik menjadi hidangan pilihan. Rugi kalau tidak mencuba buffet Ramadhan di sini.

Untuk harga, pastinya sangat berpatutan. Hanya RM88/pax dewasa, RM45/pax kanak-kanak 7 hingga 12 tahun dan RM75/pax warga emas 60 tahun ke atas.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi

Harga buffet: Dewasa RM88/pax, Kanak-kanak (berusia 7-12 tahun) RM45/pax, Warga emas (berusia 60 tahun ke atas) RM75/pax

Talian: 03-2614 6701/6702

Alamat: Chow Kit Level 2, PWTC, 41, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur, 50350

 

9. Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

buffet-ramadhan-at-nook-aloft-kl-sentral

Hidangan di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral pada buffet Ramadhan 2019, menampilkan tema ‘’Selera Indonesia.’’ Sebut shaja tema Indonesia, pastinya segala hidangan adalah daripada masakan tradisi Indonesia yang ternyata menjadi pilihan dan makanan kegemaran rakyat Malaysia juga.

Menu signature yang diketengahkan adalah kambing bakar bumbu, bakso, ayam cabe ijo dan ikan bumbu berempah. Menu pembuka selera dan salad juga datang daripada Indonesia seperti gado-gado, pecal kangkung, dan urap sayur.

Indonesia terkenal dengan sambalnya yang sangat menyelerakan, Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral telah turut menghidangkan sambal ijo, sambal terasi, gulai ayam padang dan gulai daging tetel. Tak perlu jauh-jauh berbuka di indonesia, anda sudah boleh menikmati hidangan juadah di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral hanya di Malaysia.

Pencuci mulut pastinya tidak pernah kebelakang. Antara pencuci mulut yang disediakan adalah kuih lapis bandung, bubur pulut hitam, warn chocolate brownies, dan fruit berries tart.  Kesemua hidangan sangat menyelerakan.

Hanya RM105/nett sahaja untuk dewasa. Jimat sungguh.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi

Harga buffet: Dewasa RM105/nett

Talian: 03-2723 1188

Alamat: 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

10. Summit Hotel KL City Centre

ramadhan-buffet-at-the-benteng-coffee-house-summit-hotel-kl

Bertemakan selera kampung masakan citarasa perak disajikan untuk pelanggan buffet ramdhan 2019. Lebih 100 jenis menu telah disediakan di Summit Hotel KL Centre. Antaranya termasuklaah nasi kabsah, kmbing kerutub, gulai nenasikan masin pangkor dn kari kepala ikan batu gajah.

Hidangan pencuci mulut juga terdiri daripada pelbagai menu di antaranya bubur keladi kak limah, kuih bangkit, bahulu dan sebagainya. Manakala pilihan pembuka selera termasuklah kerabu nangka muda, kerabu kaki ayam, kerabu lidah lembu, udang goreng berempah, ulam ulaman melayu dan acar buah.

Kesemua hidangan yang disajikan sungguh memuaskan hati para pelanggan yang merasai kenikmatan buffet Ramadhan di sini.

Harga untuk dewasa adalah RM68/pax dan kanak-kanak RM48/pax yang berusia 4-12 tahun.

Untuk sebarang maklumat lanjut untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi talian atau emailkan kepada sales@summithotelkl.com.my

Harga buffet: Dewasa RM68/pax, Kanak-kanak (berusia 4-12 tahun) RM48/pax

Talian: 03-2614 8000

Alamat: 12, Jalan Raja Laut, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals