Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Kad Kredit Islamik Terbaik di Malaysia

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 31 October, 2019

Anda mahu kemudahan dan kelebihan kad kredit yang mematuhi shariah? Kami senaraikan 5 kad kredit Islamik terbaik di Malaysia, teruskan membaca untuk ketahui kelebihan setiap kad!

Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card

Kad ini sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan kad kredit buat pertama kali, atau mencari kad kredit asas. Kad ini bukan sahaja memberi ganjaran, anda juga akan menyumbang kepada tabung amal. Selain daripada itu, anda boleh menikmati Maybank Treats Point dimana untuk setiap RM1 yang anda belaja dalam dan luar negara, anda akan mendapat 1 Treats Point.

Mata ganjaran yang terkumpul kemudian boleh ditebus untuk berbagai produk, baucer wang serta banyak lagi daripada katalog Maybank TreatsPoints  atau di pameran Maybank TreatsFair.

Tetapi, TreatsPoints mempunyai tarikh luput 3 tahun selepas anda mendapat mata ganjaran tersebut, jadi pastikan anda menggunakanya sebelum ia luput! Anda juga harus ingat bahawa cashback untuk kad kredit ini dihadkan kepada RM50 setiap bulan. Anda perlu berberlanja sekurang-kurangnya RM1,000 menggunakan kad kredit ini untuk mendapat cashback RM50 setiap bulan.

Ciri-ciri kad ini:

  • 5% rebat untuk petrol serta perbelanjaan runcit pada hari Jumaat dan Sabtu
  • Percuma kad Maybank Touch ‘n Go Zing.
  • Pelan Cardcare Takaful yang disediakan untuk pemegang kad dengan caruman RM0.28 bagi setiap RM100 baki kad anda akan dilindungi sehingga RM100,000. Perlindungan adalah untuk hutang kad kredit anda sekiranya anda terlibat dalam kemalangan atau dilanda penyakit.
  • Peluang mengerjakan Umrah (bagi pemegang kad beragama Islam) atau pakej percutian untuk 2 (bagi pemegang kad bukan beragama Islam).

Kriteria kelayakan

  • Umur minima 21 tahun berserta gaji minima RM2,500 sebulan (RM30,000 setahun) bagi rakyat Malaysia atau RM5,000 setahun (RM60,000 setahun) untuk bukan rakyat Malaysia.
  • Tiada yuran tahunan untuk pemegang kad principal dan pemegang kad tambahan.

my_blog_sc-personal-loan

CIMB Islamic Petronas MasterCard

Ini merupakan kad yang sesuai bagi merekan yang gemarkan cashback kerana dengan kad ini anda boleh mendapat cashback melalui perbelanjaan petrol dan juga bantu anda jimat lebih wang dengan perbelanjaan harian anda.

Anda boleh mendapat cashback sebanyak 7% untuk perbelanjaan petrol di Petronas dan 0.20% cashback bagi semua perbelanjaan lain anda.  Selain daripada itu, anda akan menikmati 20 hari tempoh pengangguhan bayaran sebelum anda dikenakan caj faedah untuk perbelaanjaan yang dibayar menggunakan kad kredit ini. Jadi, ini merupakan insentif untuk pastikan anda membayar semula semua perbelanjaan menggunakan kad ini dengan konsisten dan diawal bulan!

Ciri-ciri kad ini:

  • Tiada had untuk cashback bagi perbelanjaan runcit, dan rebat tunai untuk perbelanjaan kategori berikut juga tidak terhad!
  • Tiada yuran tahunan

Anda bukan sahaja akan mendapat cashback untuk perbelanjaan petrol, tetapi juga untuk perbelanjaan runcit lain. Cashback yang boleh didapati melalui kad kredit ini ialah seperti berikut:

              Nilai Kad               Rebat Tunai               Had Rebat
Baki penyata RM3,000 dan keatas  7% untuk perbelanjaan di PETRONAS                 RM50
Baki penyata RM3,000 dan kebawah 3% untuk perbelanjaan di PETRONAS                 RM50
Perbelanjaan runcit lain-lain 0.2%            Tiada had

 Kriteria kelayakan

  • Had umur minima 21 tahun dengan gaji minima RM2,000 sebulan (RM24,000 setahun)
  • Tiada yuran tahunan bagi kad principal dan pemegang kad sampingan tambahan

MY_BestIslamicCreditCards_blog

HSBC Amanah MPower Visa Platinum Credit Card-i

Anda ingin menikmati akses kepada keistimewaan platinum? Kad kredit ini akan membuka pintu ke alam mewah untuk anda! Nikmati keistimewaan dari HSBC dan Visa dengan kad ini. Tetapi anda harus ingat bahawa bagi setiap baki yang tidak dibayar, anda akan dikenakan caj minima sebanyak RM10 atau 1% daripada baki tersebut (ditentukan melalui jumlah yang lebih tinggi) dan caj maxima sebanyak RM100.

Ciri-ciri kad ini:

  • 20 hari tempoh penangguhan bayaran untuk semua perbelanjaan runcit, dengan syarat semua baki berbelanjaan dari bulan sebelumnya telah dibayar dengan penuh.
  • Terima diskaun, hadiah percuma dan banyak lagi di kedai dan hotel yang mengambil bahagian dengan program HSBC Smart Privileges.
  • Perkhidmatan istimewa dari Visa, termasuk diskaun dan perkhidmatan Visa concierge.
  • Program cashback yang membantu anda jimat semasa berbelanja
  • Dapati 5% lebih cashback jika anda melanggan kad ini, promosi sehingga 22 Mei 2016. Anda juga mendapat cashback melalui perbelanjaan yang dilakukan menggunakan kad tambahan, bukan hanya melalui kad principal!
     Kategori Cashback           Kadar Cashback         Had Bulanan      Jumlah Perbelanjaan
Petrol dan barangan runcit 2% RM50 RM2,000 or less monthly
Petrol dan barangan runcit 8% RM50 RM2,000 or above monthly
Perbelanjaan dalam Negara 0.2% Tiada had Tiada jumlah minima yang diperlukan

Kriteria kelayakan

  • Umur minima 21 tahun dan gaji minima RM3,000 sebulan (RM36,000 setahun)
  • Yuran tahunan RM95.40 untuk pemegang kad principal dan RM47.40 untuk pemegang kad tambahan. Anda boleh mendapat pengecualian yuran tahunan jika anda menggunakan kad kredit ini untuk perbelanjaan anda sekurang-kurangnya 12 kali dalam setahun.

 Anda akan mendapat perkhidmatan istimewa dengan melanggan kad kredit ini, namun anda harus ingat ini juga bermaksud anda perlu ‘bayar’ untuk keistimewaan tersebut. Jika anda tidak perkhidmatan istimewa, daripada membayar RM95.40 setahun lebih baik jika anda melanggan kad kredit Islamik yang tidak mengenakan yuran tahunan.

my_blog_hsbc-personal-loan

Maybank Islamic Ikhwan American Express Gold Card-i

Kad ini akan memberi anda ganjaran dan anda juga akan mendapat banyak kelebihan melalui perbelanjaan anda. Dapatkan 5x TreatsPoints untuk semua perbelanjaan petrol dan 2x TreatsPoints bagi semua perbelanjaan lain-lain. Anda juga akan tidak akan dicaj faedah untuk pelan bayaran ansuran selama 36 bulan dengan pakej Maybank EzyPay apabila anda membuat perbelanjaan menggunakan kad kredit ini. Tetapi ini terhad kepada beberapa perniagaan dan syarikat, untuk melihat perniagaan yang mengambil bahagian  boleh rujuk pada senarai ini.

Ciri-ciri kad ini:

  • Nikmati bayaran mudah dan pantas dengan Visa Wave di perniagaan yang mengambil bahagian
  • Tiada yuran tahunan untuk kad principal dan kad tambahan

Kriteria Kelayakan

  • Umur minima 21 tahun dan gaji minima RM2,500 (RM30,000 setahun)
  • Tiada yuran tahunan untuk kad principal dan kad tambahan

BSN Platinum Credit Card-i

Jika anda ingin mendapat lebih daripada pengunaan kad kredit anda, ini kad yang terbaik! Anda akan mendapat akses kepada penjimatan, diskaun dan perkhidmatan istimewa. Anda juga akan mendapat 20 hari untuk pengangguhan pembayaran dengan kad ini tetapi anda perlu pastikan baki bulan sebelumnya sudah dibayar dengan penuh. Pembayaran minima untuk kad ini ialah 5% atau RM50 (atau jumlah yang lebih tinggi).

Ciri-ciri kad ini:

  • Percuma BSN Zing PLUSMiles card untuk anda dan pemegang kad tambahan, jadi anda akan perolehi lebih penjimatan dan kemudahan semasa anda memandu. Kad BSN Zing PLUSMiles ini juga merupakan kad Touch ‘n Go dengan ciri tambah nilai secara automatic yang dihubungkan terus dengan kad kredit anda. Anda juga akan mendapat rebat dan diskaun apabila anda tambah nilai Touch ‘n Go anda!
  • Mata ganjaran yang tiada tarikh luput! Antara semua kad kredit yang telah disenaraikan, hanya kad ini yang memberi mata ganjaran tanpa tarikh luput. Tebus mata ganjaran anda bila-bila masa untuk Enrcih Miles, hadiah, baucher hidangan dan banyak lagi.
  • Gunakan kad kredit ini untuk membayar tiket percutian anda dan dapatkan insurans percutian percuma dengan jumlah lindungan sebanyak RM1 juta. Anda juga akan dilindungi daripada kesulitan seperti berikut:
                   Jenis Kesulitan                                           Jumlah lindungan
Kehilangan bagasi ( lebih dari 48 jam)                                            RM2,000
Pengangguhan bagasi (lebih dari 6 jam)                                           RM2,000
   
Pengangguhan penerbangan (lebih dari 6 jam)                                            RM600
Terlepas penerbangan (lebih dari 4 jam)                                            RM600

Kriteria kelayakan

  • Umur minima 21 tahun dan gaji minima RM5,000 sebulan (RM60,000 setahun)
  • Tiada yuran tahunan untuk kad principal dan kad tambahan

Oleh kerana kad ini tiada yuran tahunan, mata ganjaran yang tidak luput dan memberikan kad BSN Zing PLUSMiles secara percuma, kad kredit ini menawarkan paling banyak kelebihan. Tetapi, kekurangan pada kad kredit ini ialah ia mempunyai had gaji minima yang agak tinggi.

Ingin lebih pilihan untuk kad kredit Islamik? Bandingkan kad kredit Islamik secara percuma di CompareHero.my untuk memudahkan anda mendapat kad yang sesuai untuk pengunaan harian anda!

my_blog_rhb-personal-loan

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals