Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Kad Kredit Maybank Terbaik

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 29 July, 2019

 

Dikemaskini Pada March 15 2018

Dengan ganjaran serta keistimewaan yang lumayan, tidak hairanlah ramai yang menggemari dan memohon kad kredit dari Maybank.Kami senaraikan kad-kad terbaik dari Maybank berdasarkan keistimewaan-keistimewaan yang ditawarkan dan bagaimana kad tersebut bakal memenuhi keperluan anda.

Ciri-ciri Utama Kad Kredit Maybank

TREATS-On-The-Spot Redemption     

TreatsPoints adalah program mata ganjaran yang ditawarkan Maybank bagi setiap perbelanjaan menggunakan kad kredit Maybank. Nisbah TreatsPoints yang diberi adalah berbeza berdasarkan jenis kad. Sebagai contoh, dengan kad kredit Maybank Petronas Visa, anda akan mendapat 8x TreatsPoints bagi setiap RM 1 yang anda belanjakan untuk petrol dan barang keperluan pada hujung minggu.

Dengan On-The-Spot Redemption, anda boleh menebus mata ganjaran anda dengan lebih mudah di kedai-kedai yang mengambil bahagian. Ganjaran-ganjaran yang ditawarkan meliputi peralatan elektronik, baucer dan kelengkapan rumah yang boleh anda tuntut serta-merta.

EzyPay Plus

Jika jumlah yang anda ingin belanjakan adalah besar, Maybank menawarkan EzyPay Plus untuk meringkan beban anda. Pelan ini akan menukar pembelian anda dari jumlah serendah RM 500 kepada pembayaran ansuran. Anda cuma  perlu memaklumkan Maybank tentang perbelanjaan yang ingin anda tukarkan kepada pelan EzyPay Plus.

Peringatan: jumlah yang anda gunakan untuk EzyPay Plus hanya akan tertera pada baki kredit anda apabila anda telah melangsaikan bayaran.

Jumlah EzyPay Plus

Ansuran

Kadar Faedah

RM 500

6 – 12 bulan

9% setahun

RM 3,000

Sehingga 18 bulan

-

RM 5,000

Sehingga 24 bulan

-

Credit Care Plus

Jika anda khuatir kejadian yang tidak diingini berlaku, (contho: kemalangan, penyakit) yang akan menyebabkan ahli keluarga anda terpaksa membayar baki kad kredit tertunggak, Credit Care Plus adalah pelan yang ditawarkan oleh Maybank untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut. Hanya dengan bayaran premium RM 0.65 sebulan bagi setiap RM100 baki tertunggak anda, Maybank akan mengambil alih baki kad kredit anda untuk jumlah sehingga RM 100,000.

Maybank Secure Online Shopping (MSOS)

Anda minat membeli-belah secara dalam talian namun risau maklumat kad kredit anda bakal dicuri, MSOS menyediakan perlindungan tambahan untuk pembeli dan peniaga. Sistem ini menggunakan One-Time-Password (OTP), yang akan dihantar ke telefon bimbit anda setiap kali anda membuat pembelian secara ‘online’.

Maybank Cash Treats

Jika anda memerlukan wang tunai dengan segera, anda boleh meminjam sehigga 90% dari had kredit anda dengan Maybank Cash Treats pada kadar faedah 8.88% setahun. Pinjaman ini hanya dibenarkan untuk pemegang kad kredit utama dengan had minimum RM 3,000. Anda juga akan dikenakan caj RM 100.

Untuk penggemar mata ganjaran dan rebat:

Maybank 2 Gold Card

Kad ini sesuai untuk individu yang kerap berbelanja menggunakan kad kredit dan ingin mendapatkan pulangan dari perbelanjaan mereka. Dengan dua jenis kad yang bakal anda miliki iatu Maybank 2 American Express dan Maybank 2 Mastervard/Visa, pelbagai ganjaran akan menanti anda, antaranya:

  • 5% rebat tunai untuk perbelanjaan menjamu selera di hujung minggu, dengan had rebat tunai RM50 setiap bulan
  • 5x TreatsPoints untuk semua perbelanjaan di dalam dan luar negara dengan Maybank 2 American Express
  • 1x TreatsPoints untuk semua perbelanjaan menggunakan Maybank 2 Mastercard / Visa

Kad kredit ini juga mengenakan kadar faedah yang rendah, iaitu 8.88%

 Syarat kelayakan

  • Yuran tahunan: TIADA
  • Umur: 21 hingga 65 tahun
  • Pendapatan minima: RM 2500 sebulan (Gold); RM 5000 sebulan (Platinum)
maybankardgoldmastercard 5% rebat tunai untuk perbelanjaan menjamu selera di hujung minggu cta-apply-now


Kad Terbaik Untuk Airmiles:

Maybank World MasterCard

Jika anda seorang yang berpendapatan tinggi dan sering ke luar negara, kad kredit Maybank World MasterCard akan memberikan tawaran terbaik dan keistimewaan eksklusif untuk perjalanan anda.  Dengan kad ini, anda boleh gunakan Treats Airmiles yang anda peroleh melalui setiap perbelanjaan untuk menebus Enrich Miles yang tiada tarikh luput.

Sebaik sahaja permohonan anda diluluskan, anda bakal menerima 50,000 Treats Airmiles. Dengan kad ini, anda bakal menerima 5x Treats Airmiles untuk setiap RM 1 yang anda belanjakan di luar negara, manakala RM 2 untuk dalam negara. Setiap 6360 Treat Airmiles boleh ditukar ke 1,000 Enrich Miles.

Kad ini juga menawarkan ganjaran eksklusif yang lain, antaranya Kad Keahlian Hilton Premium percuma, akses ke 79 Kelab Golf di 15 negara, akses percuma ke Ruang Plaza Premium di lapangan-lapangan terbang seluruh dunia; dan jika anda membeli tiket penerbangan dengan kad kredit anda, anda bakal menerima insurans pelancongan sehingga RM 2,000,000! Maklumat lanjut disini.

Syarat Kelayakan:

  • Yuran tahunan: RM 1,000. Pengecualian untuk tahun-tahun seterusnya sekiranya anda berbelanja lebih RM 120,000. Tiada yuran tahunan untuk kad tambahan.
  • Pendapatan minima: RM 15,000 sebulan.
  • Umur: 21-65 tahun
maybankworldmastercard 5x Treats Airmiles untuk setiap RM 1 cta-apply-now

 

Kad Terbaik Untuk Penjimatan Petrol:

Petronas Maybank Visa

Anda kerap memandu untuk ke mana-mana destinasi dan ingin mendapatkan penjimatan setiap kali mengisi minyak? Kad Pertonas Maybank Visa adalah jawapannya! Dengan 8x TreatsPoints untuk perbelanjaan keperluan dan petrol pada hujung minggu (5x TreatsPoints untuk Isnin – Jumaat), lebih banyak anda belanja, lebih tinggi peluang anda untuk menebus petrol percuma! Anda juga akan menerima Kad Touch n Go Zing percuma bersama kad kredit ini.

Jika anda inginkan kad kredit Islamik yang mempunyai ciri-ciri yang sama, Maybank turut menawarkan Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa.

Syarat Kelayakan

  • Yuran tahunan: Tiada
  • Kadar faeadah: 15% setahun
  • Pendapatan minima: RM 2,500 sebulan
  • Umur: 21- 65 tahun

 

petronasmaybankvisa 8x TreatsPoints untuk perbelanjaan keperluan dan petrol pada hujung minggu cta-apply-now

Kad Premium Islamik Terbaik:

Maybank Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i

Jika anda mencari kad kredit yang mematuhi Shariah dan pada masa yang sama menawarkan ganjaran untuk anda, kad ini merupakan salah satu kad yang patut anda pohon!

Sebaik sahaja pengaktifan, anda akan terus menerima ganjaran 10,000 TreatsPoints. Inginkan lebih TreatsPoints? Guna kad kredit ini untuk perbelanjaan anda, kerana setiap RM 1 yang anda belanjakan, anda akan menerima TreatsPoints (2x untuk perbelanjaan dalam negara, 5x untuk luar negara).

Sebagai sebahagian dari pakej ganjaran pelancongan, anda boleh menebus 1000 Air Miles dengan hanya 4470 TreatsPoints. Selain itu, seperti Maybank World MasterCards, anda akan menerima ganjaran-ganjaran eksklusif, seperti:

  • Akses Golf Eksklusif
  • 5 Akses percuma ke Ruang Plaza Premium

Syarat Kelayakan:

  • Yuran tahunan: RM 800 (Pengecualian untuk tahun pertama. Pada tahun-tahun seterusnya, pengecualian diberikan dengan perbelanjaan minima RM 50,000 setahun.
  • Pendapatan minima: RM 10,000 sebulan.
maybankislamicikhwaninfiniteivisa Terima 10,000 TreatsPoints Percuma Apbila Kad Baru Anda Diaktifkan cta-apply-now

CompareHero.my sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat-maklumat terbaik untuk membantu meningkatkan kefahaman kewangan anda. Sekiranya anda ingin bandingkan lebih banyak kad-kad kredit yang terdapat di Malaysia, sila kesini!

 

 

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals