Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Ketahui Jika Anda Lebih Atau Kurang Perlindungan Insurans

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 23 August, 2019

Tahukah bahawa anda boleh terlebih atau terkurang perlindungan insurans? Ketahui bagaimana anda boleh pastikan perlindungan insurans anda mencukupi.

Apa maksud kurang perlindungan insurans?

Ini merupakan situasi apabila perlindungan insurans anda tidak mencukupi untuk membayar tuntutan. Mengurankan perlindungan insurans bermaksud bayaran premium yang lebih rendah. Namun, ingat bahawa ini juga bermakna anda bakal berhadapan dengan kerugian. Walaupun anda mungkin ingin berjimat dengan mengurangkan perlindungan insurans, terdapat risiko untuk kerugian kerana anda perlu bayar baki kerana anda tidak bolen menuntuk sepenuhnya. Ini kerana anda telah mengurangkan perlindungan insurans.

Insurans Telefon Pintar

Ini merupakan sejenis insurans yang boleh dipilih oleh pemilik telefon bimbit untuk berikan perlindungan pada telefon mereka jika berlaku kehilangan, kecurian, atau kerosakan. Di Malaysia, perlindungan untuk telefon pintar ditawarkan oleh syarikat pembekal telekomunikasi, kerana masih belum ada syarikat pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan ini. Sebagai contoh,  U Care Plus 8 dari U Mobile dan Mobisure Insurance dari Digi.

Kurang perlindungan insurans bagi situasi ini bermaksud telefon anda tidak akan dilindungi sekiranya kerosakan tanpa sengaja berlaku, seperti terjatuh dalam air.

Insurans Pinjaman Perumahan

Di Malaysia, terdapat dua jenis insurans untuk pinjaman perumahan iaitu Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Mortgage Level Term Assurance (MLTA). Insurans ini akan terikat pada  pinjaman perumahan. MRTA menggunakan konsep dimana baki pinjaman perumahan anda akan semakin berkurangan serta jumlah jaminan turut berkurangan. Ini bermaksud boleh berjimat dari segi jumlah bayaran untuk premium. Bayaran premium MRTA juga lebih murah berbanding MLTA, tetapi perlindungannya akan terikat hanya pada hartanah tersebut.

Bagi MLTA pula, jumlah jaminannya ialah tetap, dan kos premium juga lebih tinggi dari MRTA. Tetapi, insurans ini boleh dipindah milik kepada hartanah yang lain. MLTA akan melindungi ahli keluarga dan waris dari bebanan bayaran pinjaman perumahan jika anda meninggal dunia ataup ditimpa kemalangan. Jika anda tiada waris pula, insurans ini tidak menjadi satu keutamaan.

Individu akan mengalami situasi kurang perlindungan insurans jika mengambil perlindungan insurans pada jumlah lebih rendah dari pinjaman. Ini sering berlaku  kerana individu beranggapan ia akan ditampung oleh insurans hayat. Namun, insurans hayat mungkin tidak mencukupi untuk menampung, jadi jadi kurangkan risiko tersebut dengan memastikan anda mempunyai perlindungan insurans hartanah yang mencukupi.

Insurans Kad Kredit

Insurans ini bertujuan untuk memastikan baki tertunggak kad kredit yang perlu dibayar tidak akan membebankan tanggungan sekiranya anda diserang penyakit, kemalangan, atau kematian. Status kurang perlindungan insurans dapat dikenalpasti sekiranya pemegang kad kredit tiada insurans, lebih lagi kerana sesetengah bank tidak mewajibkan insurans ini. Tanpa insurans ini, ahli keluarga pemegang kad kredit akan dipertanggungjawabkan untuk membayar baki kad kredit tertunggak sekiranya pemegang kad kredit hilang keupayaan bekerja atau dalam situasi kematian.

insurance-coverage

Insurans Hayat

Tahukah anda, hampir 90% rakyat Malaysia yang memiliki insurans hayat sebenarnya kurang perlindungan insurans? Pemegang insurans hayat, terutamanya individu yang merupakan punca utama untuk pendapatan keluarga perlu memiliki perlindungan insurans hayat 10 kali ganda dari pendapatan tahunan mereka. Ini untuk memastikan jika perkara yang tidak diingini berlaku, tanggungan mereka boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 10 tahun.

Insurans Perubatan

Kurang perlindungan insurans perubatan akan menyebabkan pemegang insurans tidak boleh mendapat tuntutan untuk kos perubatan sepenuhnya. Bagi memastikan perlidungan perubatan yang menyeluruh, pastikan anda memohon insurans perubatan semasa muda dan sihat. Ini kerana, jika anda hanya mahu mendapatkan perlindungan insurans perbuatan  setelah ditimpa penyakit, ia lebih sukar untuk mendapatkan perlindungan insurans, dan premium insurans juga akan jauh lebih mahal.

Insurans Kereta

Sebuah kereta akan dianggap mempunyai kurang perlindungan insurans jika nilai insurans lebih rendah berbanding nilai pasaran kereta tersebut. Jika situasi ini berlaku, anda perlu membayar sendiri untuk baki  jika anda perlindungan insuran kereta tidak boleh menampung keseluruhan tuntutan apabila berlaku kemalangan. Jadi, pastikan anda periksa nilai pasaran semasa kereta anda untuk memastikan anda mempunyai perlindungan insurans anda cukup.

Insurans Perjalanan (Travel Insurance)

Anda bakal mengalami situasi kurang perlindungan insurans jika pelan yang anda pilih tidak menawarkan perlindungan untuk situasi kritikal seperti kehilangan bagasi dan kecurian. Situasi ini mungkin kerap berlaku kerana pelancong tidak peka pada terma dan syarat pelan insurans mereka. Sebagai contoh, pelan insurans anda menawarkan perlindungan untuk kehilangan bagasi sehingga RM2,500. Ia mungkin tidak cukup sekiranya bagasi anda memiliki barangan berharga seperti kamera, komputer riba, dan lain-lain. Jadi, baca terma dan syarat insurans anda dengan teliti untuk memastikan situasi kurang perlindungan insurans tidak berlaku, dan anda elak kerugian.

life-insurance-medical-insurance-my

Apa yang dimaksudkan jika terlebih perlindungan insurans?

Pemegang insurans dikira terlebih perlindungan insurans jika premium yang dibayar lebih dari apa yang diperlukan. Ini bermakna perlindungan insurans lebih tinggi berbanding situasi yang bakal dihadapi.

Sebagai contoh:

Anda membeli perlindungan insurans untuk televisyen  dari kerosakan atau kecurian pada premium RM5 sehari. Katakan harga televisyen tersebut RM5,000. Ia mungkin dikira pelan yang bagus, tetapi fikir semula, berapa kerap televisyen anda akan rosak atau dicuri?

Katakan televisyen anda berhenti berfungsi selepas 5 tahun. Dalam tempoh 5 tahun tersebut, anda telah membayar premium sebanyak RM9,152 (365 hari x 5 tahun x RM5). Dengan bayaran tersebut, anda boleh membeli sebuah televisyen baru pada harga yang sama, dan masih memiliki baki RM4,125. Oleh itu, situasi ini contoh dimana terlebih perlindungan insurans.

Insurans Telefon Pintar

Terlebih perlindungan insurans untuk telefon bimbit berlaku apabila individu memilih pelan insurans dengan bayaran premium melebihi  daripada nilai telefon tersebut. Contoh, anda telah memiliki sebuah telefon pintar selama setahun, kemudian ingin mendapatkan insurans untuk telefon tersebut. Pada situasi ini, ia dikira sebagai terlebih perlindungan insurans kerana nilai telefon anda berkurangan dan susut harga dengan cepat kerana ia bukan sebuah komoditi.

Insurans Perlindungan Perumahan

Situasi terlebih perlindungan insurans akan berlaku jika pemilik insurans memilih insurans perlindungan perumahan, tetapi sudah memiliki insurans hayat yang menyeluruh. Jika jumlah perlindungan insurans hayat adalah besar, ia cukup untuk menampung pinjaman perumahan jika pemilik meninggal dunia. Jenis pelan insurans juga akan menentukan sama ada anda terlebih perlindungan insurans atau tidak. Contohnya, MLTA merupakan sejenis perlindungan jangka panjang, jadi jika anda merancang untuk membuat pembayaran semula pada tempoh singkat, anda akan terlebih perlindungan insurans oleh kerana kos premium yang lebih tinggi.

MY_CreditCardToPayBills_blog01

Insurans Kad Kredit

Insurans kad kredit biasanya merupakan perkhidmatan tambahan yang ditawarkan oleh pembekal kad kredit. Melainkan anda memiliki pekerjaan yang berisiko tinggi (kemungkinan untuk kemalangan atau dipecat), insurans kad kredit merupakan terlebih perlindungan insurans, tidak kira berapa jumlahnya. Ini kerana perlindungan insurans untuk kad kredit merupakan salah satu cara pihak bank mendapatkan keuntungan. Oleh itu, perlindungan insurans untuk kad kredit tidak perlu dijadikan prioriti seseorang individu. Jika seseorang hilang pekerjaan sekalipun, individu tersebut sepatutnya mempunyai simpanan kecemasan untuk situasi seperti ini. Buat sementara waktu, ia mencukupi untuk menggunakan simpanan kecemasan tersebut untuk lakukan bayaran minima untuk kad kredit. Oleh itu, ambil kira situasi anda sebelum anda mengamil perlindungan insurans untuk kad kredit.

Insurans Hayat

Bagi insurans hayat, ramai yang ingin perlindungan menyeluruh, terutama jika mereka merupakan sumber pendapatan utama keluarga. Tetapi, jika anda mengambil insurans hayat pada premium tinggi, melebihi apa yang keluarga anda perlukan, situasi terlebih perlindungan insurans boleh berlaku. Seperti yang telah dibincangkan, jumlah perlindungan insurans hayat sekurang-kurangnya 10 kali ganda dari pendapatan tahunan. Jika perlindungan lebih daripada itu, conthonya 20 kali ganda ini bermakna anda telah terlebih perlindungan insuran.

Selain daripada itu, terlebih perlindungan insurans juga boleh menyusahkan waris anda. Ini kerana mereka mungkin berhadapan kesukaran membuat tuntutan kerana anda terlebih perlindungan insurans. Syarikat insurans akan mengadakan siasatan untuk mengenalpasti punca anda mempunyai perlindungan yang terlalu tinggi. Walaupun tiada unsur yang meragukan pada kematian, syarikat insurans boleh menangguhkan bayaran insurans semasa siasatan berjalan. Ini akan menyukarkan keluarga serta waris anda.

Insurans Perubatan

Situasi terlebih perlindungan insurans perubatan berlaku apabila perlindungan diluar keperluan dan mempunyai faedah yang tidak diperlukan. Tetapi, boleh jadi pemilik perlindungan insurans tidak memahami pelan insurans yang dimiliki, dan oleh itu tidak menggunakan manfaat yang diberikan. Salah satu cara untuk mengelakkan situasi ini ialah dengan mengenalpasti perbelanjaan perubatan anda pada tahun lepas. Berapa yang anda perlukan untuk rawatan penyakit, dan apa kemungkinan anda akan ditimpa penyakit serius? Jika anda berpendapat premium yang dibayar lebih tinggi berbanding keperluan, semak semula pelan insurans perubatan anda.

Insurans Kereta

Jika anda memiliki insurans kereta pada nilai yang lebih tinggi berbanding nilai pasaran semasa kereta tersebut, jumlah tuntutan maksima yang anda boleh terima hanya berdasarkan nilai pasaran semasa kereta, dan bukan berdasarkan pelan anda.

How Does Travel Insurance Fit In Your Budget?

Insurans Perjalanan (Travel Insurance)

Terlebih perlindungan insurans berlaku apabila jumlah premium yang dibayar melebihi nilai bagasi dan kerugian yang bakal berlaku. Contohnya, jika anda tidak membawa banyak barang ketika melancong, tetapi polisi insurans anda memberikan perlindungan sehingga RM7,500. Barangan yang anda bawa, seperti pakaian dan kelengkapan peribadi sudah tentu tidak akan mencecah nilai tersebut walaupun bagasi anda hilang atau berlaku kecurian. Untuk mengelakkan situasi ini, semasa mengemas bagai sebelum perjalanan, lakukan pengiraan untuk tentukan nilai barangan yang  anda akan bawa bersama sebelum anda memilih pelan insurans perjalanan.

Mengapa situasi terlebih atau terkurang perlindungan insurans berlaku?

Kurang Kefahaman Kewangan

Statistik menunjukkan hanya 1 dari 3 rakyat Malaysia yang memiliki kefahaman kewangan. Oleh itu, situasi terkurang atau terlebih perlindungan insurans berlaku disebabkan pemilik tidak jelas terhadap terma dan syarat polisi insurans mereka. Terma dan syarat insurans yang biasanya kompleks juga tidak membantu, dan ia lebih sukar difahami apali terdapat perlindungan tambahan. Sebagai contoh, insurans hayat yang juga menawarkan insurans perlindungan perubatan. Pemilik polisi mungkin menjangkakan polisi insuans seperti ini memudahkan. Tetapi, tuntutan kematian yang boleh diberikan kepada waris akan lebih rendah jika ia juga menawarkan insurans perubatan. Jadi, situasi kurang perlindungan insurans akan berlaku.

Tiada Perancangan yang Betul

Apabila individu tidak membuat perancangan kewangan yang betul, situasi terlebih atau terkurang perlindungan insurans berpotensi untuk berlaku. Ia boleh berlaku melalui polisi insurans yang bertindih. Ini akan menyebabkan pemegang polisi insurans tersebut terlebih perlindungan insurans. Selain itu, pertukaran perancangan secara tiba-tiba juga boleh menyumbang kepada situasi ini. Sebagai contoh, seseorang memegang polisi insurans yang bakal tamat, dan tidak membuat perancangan untuk memperbaharui polisi tersebut. Selepas polisi tersebut tamat, premium yang lebih tinggi bakal dikenakan sekiranya individu tersebut ingin meneruskan perlindungan insurans. Oleh kerana tiada perancangan kewangan, seseorang individu kemudiannya akan akur dengan perlindungan insurans yang kurang kerana tidak mampu bayar premium insurans tinggi untuk dapatkan perlindungan menyeluruh, kemudian mewujukan situasi kurang perlindungan insurans.

Apa akan jadi jika polisi insurans saya bertindih?

Polisi insurans yang bertindih biasanya berlaku jika polisi insurans peribadi bertindih dengan perlindungan insurans syarikat.

Jika anda pemegang polisi insurans kesihatan peribadi, dan sebagai pekerja anda juga mendapat perlindungan insurans yang ditawarkan syarikat, anda tetap disyorkan untuk terus memegang polisi insurans peribadi anda. Ini kerana salah satu polisi tersebut memiliki perlindungan yang lebih rendah. Oleh itu, dengan menjadi pemegang kepada dua polisi boleh membantu anda sekiranya salah satu polisi tidak boleh memberi tanggungan menyeluruh.

Namun, jika polisi yang ditawarkan oleh syarikat anda sudah lebih daripada mencukupi, memiliki polisi insurans peribadi mungkin akan membebankan kewangan anda. Oleh itu, anda boleh memilih untuk mengurangkan perlindungan bagi polisi insurans peribadi anda. Jangan batalkan insurans peribadi kerana anda tidak akan tahu sama ada anda akan kekal bekerja untuk tempoh masa yang lama.

Untuk memastikan anda menerima perlindungan yang mencukupi, tidak kira apa jua jenis insurans, pastikan pilihan yang anda buat memiliki manfaat untuk jangka panjang dan tidak mendatangkan kos tambahan, seperti bayaran premium yang tinggi. Rancang dengan betul, dan pastikan terdapat sedikit fleksibiliti agar anda boleh menyemak semula polisi bergantung kepada situasi semasa anda.

my_blog_genericproducts_cta_rev_021417

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals