Pelan Prabayar Terbaik Di Malaysia

|Posted by | Bahasa Malaysia, Broadband, Internet, Lifestyle

Pelan Prabayar Terbaik Di Malaysia | CompareHero.my

 Pelan prabayar adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk memudahkan anda mengawal penggunaan talian mudah alih anda bagi menjimatkan wang. Seperti yang kita semua tahu, penggunaan pelan pasca bayar boleh membawa kepada pembaziran jika anda tidak berhati-hati dengan penggunaan internet atau panggilan anda.

Ia juga merupakan pilihan yang terbaik jika anda tidak mahu terikat dalam sebarang kontrak, membayar yuran bulanan tetap dan pelbagai caj tambahan setiap bulan. Jadi apakah pelan prabayar yang terbaik untuk penggunaan seharian anda? Kami telah menyenaraikan 4 pelan prabayar yang terhebat di pasaran untuk membantu anda mendapatkan nilai dan penjimatan yang terbaik.

Pertama sekali, lihat jadual perbandingan pelan prabayar di bawah yang ditawarkan oleh 4 syarikat telekomunikasi yang paling popular di Malaysia:

Pelan Prabayar Terbaik Di Malaysia | CompareHero.my

 

Mari kita lihat apa yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi untuk setiap pelan prabayar dengan lebih terperinci:

Xpax Magic SIM

 Xpax Magic SIM

** Pelan ini telah dikemaskini, teruskan membaca untuk maklumat lanjut.

Xpax Magic SIM menawarkan pelan prabayar yang paling murah, hanya RM5 setiap satu. Ia dimuatkan dengan nilai sebanyak RM3 yang sah selama 5 hari. Pelan ini juga dilengkapi dengan 200MB Internet kelajuan tinggi (4G LTE) dan Internet asas 500MB (sehingga 64Kbps) percuma pada setiap bulan.

Pelan ini menawarkan ciri Internet Burung Hantu yang sesuai bagi mereka yang gemar melayari Internet di larut malam. Ia memberi anda penggunaan data tanpa had dari jam 1.00 pagi hingga 7.00 pagi setiap hari apabila anda melanggan pelan data mingguan atau bulanan. Pengguna pelan ini juga boleh menikmati Yonder Muzik secara percuma.

Xpax Magic SIM menawarkan liputan yang luas di seluruh negara dan sambungan Internet yang stabil. Kadar panggilannya adalah antara yang paling rendah jika dibandingkan dengan pesaing yang lain, pada hanya RM0.25 seminit kepada rangkaian yang sama dan RM0.10 seminit kepada semua rangkaian yang lain. Walau bagaimanapun, kadar untuk sistem pesanan ringkasnya adalah setara dengan Hotlink pada harga RM0.12 untuk semua rangkaian.

Pelan data Internet ditawarkan dalam bentuk pakej harian, mingguan atau bulanan. Pakej harian berharga RM5 untuk 300MB 4G LTE Internet, manakala pakej mingguan boleh didapati pada harga RM10 (500MB) sehingga RM15 (800MB). Pakej bulanannya boleh didapati daripada RM30 (1.5GB) sehingga RM60 (4.5GB), dan semua pakej ditawarkan dengan 4G LTE Internet (bagi lokasi yang mempunyai liputan).

Kesemua pakej Xpax Magic SIM ditawarkan bersama dengan panggilan dan sistem pesanan ringkas percuma (3 minit panggilan percuma + 3 sistem pesanan ringkas untuk pakej harian, 15 minit panggilan percuma + 15 SMS untuk pakej mingguan dan 75 minit panggilan percuma + 75 SMS untuk pakej bulanan). Xpax Magic SIM sememangnya pilihan yang bijak untuk mereka yang gemar melayari Internet di waktu malam dan ingin berjimat dalam penggunaan talian telefon.

Hotlink starter pack

Pelan Prabayar Hotlink

** Pelan ini telah dikemaskini, teruskan membaca untuk maklumat lanjut.

Pelan dari Hotlink telah dinobatkan sebagai salah satu pelan prabayar mudah alih yang paling mahal di pasaran oleh para pengguna prabayar. Walau bagaimanapun, Hotlink telah menggandakan usahanya untuk menarik minat pengguna dengan menawarkan 60 hari tempoh percubaan percuma untuk iFlix dan Viu, serta 30 hari tempoh percubaan percuma untuk Eros Now.

Tawaran tersebut boleh didapati di sini. Jangan risau tentang yuran langganan bulanan sebanyak RM10. Ini kerana selepas tempoh percubaan percuma berakhir anda akan menerima SMS peringatan sebelum akaun anda dikenakan bayaran, jadi pastikan anda sentiasa memeriksa mesej anda! Hotlink juga menawarkan ciri Activ10 yang membolehkan anda mendaftar 10 nombor Hotlink atau Maxis untuk menikmati kadar panggilan rata pada 12sen seminit dan 1sen untuk setiap SMS.

Walaupun kadar tersebut tidaklah sebagus panggilan percuma Digi untuk 3 Buddyz, anda masih boleh menikmati penjimatan untuk 10 nombor kegemaran anda di rangkaian Maxis. Pelan ini berharga RM15 dan menawarkan kredit sebanyak RM5 (sah selama 5 hari). Ia juga dilengkapi dengan Internet 500MB asas yang percuma setiap bulan.

Pada sekali imbas, memang kelihatan seperti tidak banyak faedah yang boleh anda nikmati dengan pelan prabayar Hotlink ini. Namun, Maxis masih lagi salah satu pembekal Internet mudah alih yang terpantas di Malaysia, dengan liputan rangkaian 4G LTE yang paling luas di seluruh negara. Ia menawarkan pelan Internet 4G LTE yang berharga antara RM8 seminggu (300MB) sehingga RM48 sebulan (4GB).

Malangnya, pelan ini tidak didatangi dengan panggilan atau sistem pesanan ringkas percuma, melainkan ciri Weekend Super Savernya. Ciri ini membolehkan pengguna menelefon mana-mana nombor Maxis atau Hotlink pada kadar RM1 sejam setiap hujung minggu daripada pukul 12.00 tengah hari hingga 11.59 malam.

Pelan Prabayar Terbaik Di Malaysia | CompareHero.my

Pelan Prabayar U Mobile Power

Xpax Magic SIM mungkin merupakan pelan prabayar yang paling berpatutan jika dilihat daripada jadual di atas, tetapi ia masih tidak boleh mengalahkan U Mobile Power dari segi faedah dan hadiah percuma. Harganya berpatutan, hanya RM8.50 dengan kredit sebanyak RM5.

Pelan ini juga menawarkan panggilan percuma selama 150 minit yang sah selama 10 hari. Bukan itu saja, anda juga mendapat 200MB Internet kelajuan tinggi (4G LTE) percuma selepas diaktifkan. Pelan prabayar U Mobile Power mengatasi para pesaingnya dengan menawarkan 1GB kelajuan tinggi (4G LTE) percuma setiap bulan dengan tambah nilai minimum sebanyak RM10 setiap bulan.

Pengguna pelan ini juga ditawarkan Internet asas percuma sebanyak 2GB setiap bulan dan panggilan 15 minit percuma ke semua nombor U Mobile dengan tambah nilai bulanan sebanyak RM10. Anda juga mempunyai pilihan untuk melanggan pelan UMI30 yang menawarkan 2.5GB Internet berkelajuan tinggi (4G LTE) dan 30 minit panggilan percuma ke SEMUA rangkaian.

Selain daripada itu, anda juga masih dapat menikmati semua faedah yang dinyatakan sebelum ini dengan pelan UMI30! Kadar panggilan pelan prabayar U Mobile Power adalah antara yang terendah di pasaran, pada hanya 10sen seminit. Kadar sistem pesanan ringkas adalah 8sen bagi setiap satu. Sudah tentu U Mobile Power adalah pelan prabayar kegemaran kami, kerana ia menawarkan penjimatan yang hebat kepada para pengguna dengan hadiah percuma dan kadar panggilannya yang rendah.

Pelan Prabayar Terbaik Di Malaysia | CompareHero.my

Pelan Prabayar Digi Smart

Digi Smart adalah pelan prabayar yang terbaik bagi anda yang suka berbual di WhatsApp dan laman sosial kerana pelan ini menawarkan ciri Sozial yang percuma. Ia juga merupakan pelan yang sesuai bagi mereka yang gemar berbual di talian telefon kerana ia memberikan anda panggilan dan sistem pesanan ringkas percuma tanpa had kepada 3 nombor Buddyz.

Kadar panggilan dan sistem pesanan ringkas untuk semua rangkaian lain adalah 30sen seminit dan 12sen untul setiap sistem pesanan ringkas. Pek permulaan yang berharga RM10 ini dimuatkan dengan kredit sebanyak RM7 dan sah selama 7 hari. Apa yang unik tentang pelan ini adalah ia menawarkan pas Digi Live Web secara percuma. Ia merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan anda menikmati muzik dengan menggunakan Internet tanpa sebarang caj.

Jika anda menyertai pelan prabayar ini, pastikan anda menggunakan panggilan percuma tanpa had kepada 3 nombor Buddyz anda!

Jadi apa pendapat anda tentang pelan-pelan prabayar di atas? Adakah anda bersetuju bahawa pelan tersebut adalah 4 pelan prabayar yang terbaik di Malaysia? Berikan pendapat atau cadangan anda di ruang komentar di bawah!

** Maklumat dikemaskini pada 5/3/2016

M4gic SIM baru daripada Xpax

Celcom baru sahaja menggantikan pelan Magic SIMnya ke pelan New M4gic SIM pada minggu lalu. Pelan prabayar baru ini mengatasi pelan sebelumnya dengan menawarkan pelbagai faedah yang lebih menarik, walaupun ciri Internet Burung Hantu percuma tidak lagi ditawarkan oleh Xpax.

Walau bagaimanapun, ia masih dianggap sebagai pilihan yang paling murah dalam senarai ini kerana ia masih dijual pada harga RM5 (termasuk GST) di laman web Xpax. Xpax M4gic SIM juga dimuatkan dengan kredit bernilai RM3 yang sah selama 5 hari. Para pengguna juga boleh menikmati 200MB Internet berkelajuan tinggi (4G LTE) dan Internet asas 500MB (Sehingga 64Kbps) percuma pada setiap bulan.

Tiada perubahan dibuat ke atas Yonder Muzik yang percuma setiap bulan, tetapi pelan baru ini membolehkan anda membawa data Internet yang tidak digunakan ke bulan hadapan (hanya untuk Pek Magic mingguan dan bulanan). Perubahan yang ketara tentang pelan ini adalah kadar panggilannya yang kini dinaikkan pada RM0.24 seminit ke semua rangkaian.

Kadar system pesanan ringkas kekal pada 12sen / SMS. Ciri Internet Burung Hantu merupakan ciri yang sebelumnya percuma, tetapi kini boleh didapati pada harga RM2 untuk 2GB atau RM5 untuk 10GB, sah dari pukul 1.00 pagi hingga 7.00 pagi. Pelan prabayar M4gic SIM menawarkan panggilan percuma tanpa had ke semua nombor di bawah pelan prabayar M4gic SIM.

Jika anda pengguna pelan prabayar M4gic SIM, yakinkan ahli keluarga dan rakan-rakan anda untuk bertukar ke pelan yang sama supaya anda semua boleh berbual di talian telefon selama berjam-jam tanpa sebarang caj! Pelan datanya kini diberi nama baru iaitu Magic Pek, yang ditawarkan dalam pakej harian, mingguan atau bulanan. Semua Pek Magic menawarkan panggilan percuma tanpa had ke nombor pelan prabayar sama.

Pek Magic harian berharga RM8 untuk 1GB 4G LTE Internet menawarkan pelan yang jauh lebih baik daripada pelan yang lama. Pek Magic mingguan pula menawarkan Internet 1GB pada harga RM18 manakala Pek Magic bulanan Magic boleh didapati pada harga di antara RM38 (4GB) sehingga RM68 (7GB). Pelan prabayar M4gic SIM yang baru ini – pada pendapat kami – adalah pelan prabayar yang terbaik di kalangan semua pesaingnya. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pelan prabayar yang terkini di sini!

Hotlink menawarkan Internet 4G 8GB PERCUMA setiap bulan, sepanjang hayat!

Hotlink telah meningkatkan kuota data Internet untuk semua penggunanya minggu lepas dengan pengumuman yang mengejutkan. Syarikat telekomunikasi tersebut kini menawarkan Internet 8GB 4G PERCUMA setiap bulan untuk sepanjang hayat, tetapi ianya dibahagikan kepada 2GB pada setiap hujung minggu SAHAJA (1GB untuk hari Sabtu dan 1GB untuk Ahad).

Tiada bayaran tambahan atau langkah untuk dipenuhi, anda hanya perlu memastikan akaun Hotlink anda sentiasa aktif.  Kuota data percuma ini hanya diberikan apabila telefon bimbit anda disambungkan kepada talian 4G LTE. Syarat ini adalah mudah bagi mereka yang tinggal di bandar, tetapi data percuma ini tidak bermakna kepada majoriti rakyat Malaysia yang tinggal di luar bandar.  Dalam usahanya untuk menarik lebih pengguna, Hotlink telah memperkenalkan pelan data baharu dengan pilihan pakej harian, mingguan dan bulanan.

Pakej hariannya berharga RM3 untuk 1GB, dan pakej mingguannya terdapat dalam pilihan RM7 untuk 200MB atau RM10 untuk 600MB. Kedua-dua pakej ini sangat tidak berbaloi, kerana siapa lagi yang masih membeli data dalam MB? Tetapi pengguna bernasib baik kerana pakej data bulan yang ditawarkan kini lebih munasabah, bermula dari RM30 untuk 2GB sehingga RM48 untuk 5GB. Semua pakej data hanya boleh didapati untuk mereka yang di bawah pelan FAST. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pelan tersebut di sini!

Jika anda ingin mendapat tahu pelan broadband yang terbaik untuk rumah atau pejabat, bandinglah sekarang di sini juga!

 

Syaza Abd Jani

About Syaza Abd Jani

Syaza is a Content Writer at CompareHero.my, with sharp eyes on the latest sales and bargains. When not busy with work, she can be found at breezy and airy corners leisurely reading whilst munching on something chocolaty.