Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

5 Tip Untuk Lulus Permohonan Kad Kredit

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 21 March, 2019

Anda ingin memohon untuk kad kredit? Baca artikel ini untuk ketahui 5 petua untuk meningkatkan peluang permohonan kad kredit anda diluluskan.

1. Dapatkan salinan laporan kredit anda 

Apabila menilai permohonan kad kredit anda, pihak bank anda akan dapatkan salinan laporan kredit anda dari biro kredit. Satu sumber laporan kredit di Malaysia ialah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), yang diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Sumber lain yang boleh anda periksa sejarah kredit anda ialah CTOS, salah satu agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia.  Anda harus dapatkan salinan laporan kredit anda Ia untuk pastikan semua maklumat tepat.

2. Perbaiki markah laporan kredit anda

Jika anda mendapati terdapat sebarang percanggahan pada laporan kredit anda, anda boleh menghubungi Biro Kredit secara langsung untuk meminta sebarang ralat untuk diperbetulkan. Pastikan anda menyediakan dokumen sokongan untuk membuktikan bahawa anda telah menyelesaikan sebarang hutang atau bayaran yang muncul pada laporan kredit anda.

Memandangkan sejarah pembayaran anda dengan syarikat seperti utiliti dan telekom juga akan dimasukkan ke dalam laporan kredit anda, pastikan anda sentiasa lakukan pembayaran tepat pada masanya untuk semua bil untuk mengelakkan sebarang kesan buruk kepada laporan kredit anda.

credit-card-01

3. Ketahui pendapatan tahunan minima yang diperlukan

Anda mungkin tertarik dengan kad kredit yang menawarkan 50,000 ganjaran airmiles dan segera memohon. TETAPI ingat bahawa setiap kad kredit di pasaran mempunyai keperluan minima pendapatan tahunan untuk layak memiliki kad tersebut. Kad emas biasanya mempunyai syarat pendapatan minimum yang lebih rendah, jadi anda mungkin mahu memohon sebaliknya dan kemudian memohon kad premium di kemudian hari, memandangkan pendapatan anda semakin besar. Kebanyakan bank akan dengan senang hati menaik taraf kad anda jika anda mempunyai rekod prestasi terbukti sebagai pembayar gaji yang baik.

4. Semak borang permohonan anda untuk kesilapan 

Kadang-kadang, permohonan anda untuk kad kredit akan ditolak kerana anda membuat kesilapan dalam borang permohonan anda. Semak semua borang permohonan anda sebelum anda menyerahkannya ke  pihak bank, ini terutamanya jika anda memohon untuk kad kredit secara online.

cc_blog_banner_final

5. Dapatkan pengalaman pekerjaan secukupnya

Bank juga boleh menafikan permohonan kad kredit jika pemohon belum bekerja cukup lama. Jika anda baru keluar dari universiti dan baharu sahaja memulakan kerja, pihak bank mungkin teragak-agak untuk meluluskan permohonan kad kredit anda. Oleh itu, pastikan anda telah bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan atau 1 tahun supaya permohonan anda mempunyai peluang lebih baik untuk diluluskan.

Bank sebenarnya mengambil risiko apabila mereka memberikan individu kad kredit, sebab itu mereka berhati-hati dengan mengeluarkan kad kredit. Sebelum anda memohon kad kredit, pastikan anda mampu dan bersedia dari segi kewangan untuk mengelakkan daripada masalah hutang.

5_tips_approved_credit_card_bm

Lihat juga: Ketahui Bagaimana Kad Kredit Islamik Berfungsi

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals