Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Kad Kredit Terbaik Public Bank

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 31 October, 2019

Ingin memohon untuk kad kredit Public Bank, namun tidak pasti kad mana yang sesuai dengan anda? Kami telah sediakan panduan untuk anda tidak kira anda mahukan rebat tunai, mata ganjaran atau kad kredit Islamik.

Kad kredit Public Bank Platinum Mastercard

Kad kredit ini direka khusus untuk menawarkan ganjaran eksklusif bagi mereka yang sering keluar negara; dengan 2x VIP Points bagi perbelanjaan luar negara dan 1x VIP Points bagi perbelanjaan dalam negara. Seperti namanya, VIP Points ini boleh digunakan untuk menebus barangan eksklusif dari jenama seperti Sony, Phillips dan Bosch, atau menebus BIG Points or Enrich Miles bagi mendapatkan tiket penerbangan percuma.

Keistimewaan lain

  • Insurans Pelancongan percuma dengan perlindungan sehingga RM 1,000,000.
  • Kelayakan untuk membuka Akaun Semasa di mana-mana cawangan Public Bank tanpa perlukan pengenal.

Syarat Kelayakan & caj

  • Umur: dari 21 tahun
  • Pendapatan minima: RM 60,000 setahun (RM 5,000 sebulan)
  • Yuran tahunan:
    • RM 352.98 setahun (termasuk 6% GST) – kad prinsipal
    • RM 159 (termasuk 6% GST) – kad tambahan
    • Yuran dimansuhkan pada tahun pertama, dan juga dengan minima 12 transaksi dalam tempoh 12 bulan.
  • Kadar faedah: 15% setahun

 Kad kredit Public Bank Visa Signature

Kad kredit dengan kadar rebat tunai terbaik dari Public Bank! Kad ini amat sesuai bagi anda yang memiliki gaya hidup yang pantas dengan servis Visa Paywave. Servis ini mampu memudahkan penganlaman membeli belah anda dengan hanya perlu mengimbas kad pada mesin ‘contactless reader’ ketika ingin membuat pembayaran.

Keistimewaan lain

  • 6% kadar rebat tetap untuk barangan keperluan harian, menjamu selera dan pembelian dalam talian. Had rebat ialah RM 60 sebulan.
  • VIP Points untuk perbelanjaan-perbelanjaan lain.
  • 3x akses percuma ke Ruang Plaza Premium di lapangan-lapangan terbang seluruh Malaysia.
  • Insurans Pelancongan percuma dengan perlindungan sehingga RM 1,500,000.

Syarat Kelayakan & caj

  • Umur: dari 21 tahun
  • Pendapatan minima: RM 100,000 setahun (RM 8,333+ sebulan)
  • Yuran tahunan:
    • RM 411.28 setahun (termasuk 6% GST) – kad prinsipal
    • RM 212 (termasuk 6% GST) – kad tambahan
    • Yuran dimansuhkan pada tahun pertama, dan juga dengan minima 12 transaksi dalam tempoh 12 bulan.
  • kadar faedah: 15% setahun.

Kad Kredit-i Public Islamic Bank Visa Gold

Satu-satunya kad kredit yang mematuhi undang-undang shariah (ujrah) dalam senarai kami. Kad ini menawarkan Bonus Hibah bagi setiap perbelanjaan bulanan anda. Rujuk jadual dibawah:

Perbelanjaan Bulanan dalam negara

Kadar Hibah

RM 10,000 dan kebawah

0.3%

Lebih RM 10,000

0.3%

Keistimewaan lain

  • 6% kadar rebat tetap untuk barangan keperluan harian, menjamu selera dan pembelian dalam talian. Had rebat ialah RM 60 sebulan.
  • Caj perkhidmatan bulanan yang tidak terkompaun.
  • Kelayakan untuk membuka Akaun Semasa di mana-mana cawangan Public Bank tanpa perlukan pengenal.
  • Insurans Pelancongan percuma dengan perlindungan sehingga RM 500,000.

Syarat Kelayakan & caj

  • Umur: dari 21 tahun
  • Pendapatan minima: RM 24,000 setahun (RM 2,000 sebulan)
  • Yuran tahunan:
    • RM 159 setahun (termasuk 6% GST) – kad prinsipal
    • RM 106 (termasuk 6% GST) – kad tambahan
    • Yuran dimansuhkan pada tahun pertama, dan juga dengan minima 12 transaksi dalam tempoh 12 bulan.
  • kadar faedah: 15% setahun.

Kami harapkan panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memohon kad kredit Public Bank. Sekiranya anda perlukan lebih maklumat, jangan lupa gunakan aplikasi perbandingan kami!

  • ZERO Annual Fee, FREE for life

  • 5X TreatsPoints for all spend on American Express Reserve Card
  • 1X TreatsPoints for Visa/Mastercard spend
cta-apply-now

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals