Kad Kredit UOB Terbaik


kad kredit UOB

Anda sedang mencari kad kredit untuk memenuhi gaya perbelanjaan anda? Tidak kira tujuan anda menggunakan kad kredit, kad kredit dari UOB boleh menepati citarasa anda. Dalam artikel ini, kami senaraikan kad-kad kredit terbaik dari UOB yang harus anda mohon.

Keistimewaan Kad Kredit UOB

Had kredit tambahan (Credit Limit Increase)

Maksimakan kelebihan kad kredit UOB anda dengan fungsi ini. Samada penambahan kekal atau sementara, pilihan diberi berdasarkan keperluan anda. Namun begitu, kelulusan untuk meningkatkan had kredit tertakluk kepada pihak bank, jadi ianya bagus sebagai alternatif ketika waktu kecemasan, bukannya untuk kegunaan harian.

Pelan Pinjaman Fleksibel (Flexi Credit Plan)

Pelan ini merupakan salah satu alternatif untuk mendapatkan tunai. Dengan kadar faedah yang rendah dan tempoh pembayaran yang fleksibel, UOB Flexi Credit Plan ini menawarkan pemegang kad kredit UOB tempoh pemprosesan yang pantas. Jumlah yang boleh dipohon adalah sehingga 80% dari had kredit dengan jumlah minima RM 1,000 setiap satu permohonan. Tempoh pembayaran semula pinjaman ini pula adalah sehingga 24 bulan, dengan kadar 9.2% setahun.

MY_BLOG_EatingOut

Perlindungan kad kredit (Credit Card Shield)

Melalui ciri ini, anda tidak lagi perlu risau tentang keselamatan kad kredit anda! Sebaik sahaja permohonan diluluskan, anda akan diberi perlindungan percuma sehingga 60 hari untuk hal-hal yang tidak diduga.

UOB menawarkan pelbagai jenis kad kredit, antaranya ialah UOB Infinite, UOB Lady’s, UOB ONE dan banyak lagi. Berdasarkan pemerhatian kami, berikut ialah kad-kad kredit terbaik dari UOB yang harus anda miliki.

Kad Klasik UOB Lady’s

Para wanita sekalian, kad kredit ini bakal menjadi BFF baru anda! Direka khusus untuk menepati citarasa dan gaya hidup wanita, kad ini menawarkan ganjaran hebat ketika anda membeli belah.

Keistimewaan

  • 3x UNIRM bagi setiap Ringgit yang anda belanjakan di pusat membeli belah terpilih (i.i. AEON Store, SOGO)
  • 10% rebat tunai untuk perbelanjaan keperluan harian di Tesco, Cold Storage, Giant dan Jaya Grocers
  • LuxePay Plan yang menukarkan perbelanjaan melebihi RM 2,000 (untuk tas tangan, kasut, barang kemas, jam tangan) kepada pelan ansuran 6-12 bulan pada kadar 0%.

Yuran dan syarat kelayakan

  • Khas untuk wanita berumur lebih 21 tahun sahaja.
  • Pendapatan minima: RM 24,000 setahun ( RM 2000 sebulan)
  • Yuran tahunan RM 68. Pengecualian dengan 16,000 UNIRM

uobladysclassicmastercard
  • 3x UNIRM bagi setiap Ringgit yang anda belanjakan di pusat membeli belah terpilih (i.i. AEON Store, SOGO)
cta-apply-now

MY_BLOG_ShoppingList

Kad Kredit UOB One

Berbelanjalah tanpa risau tentang akaun bank anda! Kad iini menawarkan penjimatan untuk setiap perbelanjaan anda, tidak kira untuk petrol, keperluan harian, hiburan dan lain-lain.

Keistimewaan

  • Rebat sehingga 5% untuk petrol dan wayang, sehingga 2% untuk barangan keperluan harian dan bil telefon serta 0.2% untuk perbelanjaan lain
  • SMART$ Rebate: Rebat tambahan sehingga 10% untuk outlet-outlet terpilih, seperti GSC dan Timberland.
  • Easi-Payment Plan: Tukar pembelian anda (lebih dari RM 500 dalam satu resit) kepada ansuran bulanan. Anda hanya perlu bayar faedah permulaan serendah 2%.

 Yuran dan syarat kelayakan

  • Umur: 21 tahun.
  • Pendapatan minima: RM 24,000 setahun ( RM 2000 sebulan)
  • Yuran tahunan RM 68. Pengecualian dengan 16,000 UNIRM
uobonevisa
  • Rebat sehingga 5% untuk petrol dan wayang
cta-apply-now

 Anda inginkan lebih banyak pilihan dan maklumat? Gunakan aplikasi perbandingan kad kredit kami dan dapatkan kad kredit yang sesuai dengan anda!