Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

5 Cara Mudah Untuk Dapatkan Skor Kredit Cemerlang

Fatin Haris

Fatin Haris

Last updated 31 March, 2022

Skor Kredit merupakan antara perkara penting yang akan diteliti oleh pihak bank sebelum meluluskan permohonan pinjaman anda. Untuk pengetahuan anda, bukan pihak bank sahaja yang akan menilai kesihatan kewangan anda, sesetengah majikan juga akan rujuk pada skor kredit anda semasa membuat semakan latar belakang sebelum menawarkan anda pekerjaan.

Jadi skor kredit memang penting! Anda harus pastikan ia berada dalam keadaan yang baik. Anda berpeluang menikmati kadar istimewa untuk pinjaman dan bank akan memberi keutamaan untuk meluluskan apa-apa pembiayaan kepada anda. Sebelum kita huraikan topik ini dengan lebih lanjut, jom kita fahami apa itu skor kredit?

Apakah skor kredit?

Secara ringkasnya, skor kredit merupakan indikasi sejarah kredit anda. Pihak bank atau institusi kewangan akan akses skor kredit anda untuk mengetahui sejarah kewangan anda. Bank kemudiannya akan menilai sama ada anda layak untuk menerima pinjaman atau tidak dan adakah anda akan membayar balik pinjaman tepat pada masanya atau sebaliknya.

Skor kredit ialah nombor antara 300-850 yang mewakili kelayakan kredit anda. Nilai yang tinggi menandakan skor kredit anda bagus. Faktor yang digunakan untuk menentukan skor kredit anda adalah corak pembayaran bil dan pinjaman serta banyak lagi. Terdapat beberapa agensi di Malaysia yang menyediakan skor kredit dan laporan. Antaranya ialah CTOS.

ways-to-improve-credit-score-4

CTOS memperoleh maklumat berkaitan kredit daripada pelbagai sumber awam seperti:

  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Penerbitan prosiding undang-undang dan notis dalam akhbar dan warta kerajaan.

Jenis maklumat berkaitan kredit yang akan dipaparkan dalam laporan kredit daripada CTOS termasuk kebankrapan dan tindakan undang-undang. 

Anda boleh mendapatkan laporan kredit anda daripada CTOS melalui Penilaian Skor Kredit CTOS kami. Anda hanya perlu klik pada pautan, kongsi maklumat anda dan anda akan mendapat skor kredit anda.

Apakah kesan skor kredit rendah?

Anda mempunyai peluang tipis untuk menerima pinjaman bank dan kad kredit. Institusi kewangan akan membuat keputusan untuk meluluskan permohonan pinjaman atau kad kredit berdasarkan skor kredit anda. Selain itu, skor kredit juga akan digunakan untuk menentukan berapa banyak faedah yang akan dicaj untuk pelan pembiayaan anda.

Jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, anda perlu berusaha untuk meningkatkan skor kredit anda.

Cara untuk meningkatkan skor kredit?

Pertama sekali, jangan panik! Anda cuma perlu mengikuti langkah berikut untuk memperbaiki skor kredit anda. 

1. Sahkan semua maklumat pada laporan kredit anda tepat

Jika anda merancang untuk berpindah, jangan lupa untuk memaklumkan pada Agensi Pelaporan Kredit ( contohnya CTOS) mengenainya. Anda hendaklah sentiasa memastikan semua butiran dikemas kini supaya laporan kredit terkini anda adalah tepat.

Mengemas kini butiran peribadi anda dalam laporan kredit boleh menjadi proses yang cepat kerana kebiasaanya Agensi Pelaporan Kredit akan menyediakan panduan tentang cara membetulkan ketidaktepatan laporan anda, jadi pastikan anda menghubungi Agensi Pelaporan Kredit anda untuk mendapatkan pertolongan.

2. Jelaskan hutang tepat pada masanya

Bayaran tertunggak antara sebab skor kredit anda rendah. Cuba sedaya upaya untuk menjelaskan hutang anda tepat pada masanya. Anda boleh menghubungi pemberi pinjaman untuk mengatur jadual pembayaran balik yang sesuai untuk anda sekiranya anda mengalami kesukaran untuk patuh jadual pembayaran semasa.

Dapatkan tips untuk mengurus wang anda dan bebas hutang di pautan ini.

3. Bayar bil secara konsisten

Adakah anda cenderung lupa untuk membayar bil? Ini bukan sahaja akan menyebabkan anda perlu membayar yuran penalti, anda juga akan merosakkan skor kredit anda. Pembayaran bil ialah peluang anda untuk menunjukkan kepada syarikat bahawa anda adalah pelanggan yang boleh dipercayai. Malah pembayaran lewat berterusan untuk bil telefon atau internet boleh menurunkan skor kredit anda. Akibatnya, bank dan institusi kewangan akan dapati bahawa anda tidak boleh mengawal kewangan anda, jadi pastikan anda bayar secara konsisten.

4. Semak perkongsian bayaran

Sekiranya anda berkongsi bayaran dengan orang lain, ini akan turut memberi kesan kepada skor kredit anda. Sebagai contoh, berhati-hati apabila anda berkongsi bil atau mempunyai kad kredit tambahan kerana pembayaran balik lewat boleh menjejaskan skor kredit anda. 

5. Mula bina sejarah kredit 

Sesetengah orang tidak mempunyai skor kredit dan ini sebenarnya sama teruk dengan mereka yang mempunyai skor kredit yang rendah. Anda mungkin menguruskan wang anda dengan baik, dan tidak perlu membuat apa-apa pinjaman namun tidak mempunyai sebarang sejarah kredit boleh dilihat secara negatif oleh agensi penarafan kredit.

Salah satu cara untuk membina sejarah kredit ialah dengan mendapatkan kad kredit. Pastikan anda pilih kad kredit yang bersesuaian dan mempunyai faedah yang relevan dengan corak perbelanjaan anda. Jelaskan hutang kad kredit tepat pada masanya setiap bulan dan skor kredit anda akan terlihat bagus.

Mengetahui skor kredit sendiri boleh memberi gambaran kasar mengenai perkara yang anda mampu dan tidak mampu, dan juga cara bank menilai anda sebagai bakal peminjam. Oleh itu, kami menasihati anda untuk menyemak skor kredit anda dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memperbaikinya jika perlu.

Untuk membantu rakyat Malaysia memahami kewangan mereka dengan lebih baik, CompareHero akan memberikan 5,000 penilaian skor kredit PERCUMA setiap bulan!


Dapatkan penilaian skor kredit percuma anda hari ini!

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals