Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Mengapa Rakyat Malaysia Mempunyai Hutang Kad Kredit?

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 04 March, 2019

Bias kognitif yang juga dikenali sebagai bias sauh (anchoring effect) boleh menjadi punca seseorang dibebani hutang kad kredit, tetapi pinjaman peribadi penyatuan hutang (debt consolidation) boleh membantu mereka untuk melangsaikan hutang ini.

Kajian menunjukkan antara punca utama ramai rakyat Malaysia muflis ialah disebabkan oleh hutang rumah dan kereta,  serta hutang kad kredit turut menyumbang peratus yang tinggi dalam menyebabkan rakyat Malaysia muflis. Malah, bilangan muflis disebabkan kad kredit ini meningkat pada kadar yang membimbangkan. Lebih merisaukan, Laporan Keadaan Isi Rumah Khazanah menunjukkan hanya 10% rakyat Malaysia memiliki simpanan yang mencukupi untuk menghadapi krisis kewangan! Cuba bayangkan apa yang bakal berlaku sekiranya negara kita dilanda krisis kewangan sekali lagi.

Walapun ganjaran yang ditawarkan (rebat, mata ganjaran, air miles) dikira berbaloi utuk menggunakan kad kredit, jangan lupa tentang kadar faedah tahunan yang tinggi dan juga caj tambahan yan dikenakan, seperti caj bayaran lambat. Kedua-dua elemen ini memerlukan penggunaan kad kredit yang bijak, kerana sejarah penggunaan kad kredit turut mendatangkan kesan terhadap markah kredit anda, seperti CTOS dan CCRIS, yang amat penting untuk kelulusan permohonan produk kewangan pada masa akan datang.

Seperti yang dinyatakan di atas, sesetengah bias kognitif dapat menerangkan punca rakyat Malaysia tidak dapat bebas dari hutang kad kredit.

credit card fraud

Apa Itu Bias Sauh (Anchoring Bias)?

Sebelum kita memahami mengapa rakyat Malaysia mempunyai hutang kad kredit, mari kita lihat salah satu bias kognitif yang mampu menerangkan situasi diatas, iaitu bias sauh.

Secara mudah, bias ini meyebabkan individu menggunakan maklumat terkini yang diketahui sebagai sumber rujukan utama (sauh). Dalam situasi yang membabitkan keputusan kewangan ataupun berkaitan dengan angka, kita biasanya akan menjadikan nombor pertama yang kita lihat dan ingat sebagai panduan, walaupun angka tersebut tidak ada kaitan dengan situasi.

Dalam satu kajian oleh MIT, pelajar MBA telah diminta untuk menyatakan berapa harga yang mereka sanggup bayar untuk barangan tertentu, dimana harga dan nilai barang tidak diketahui. Tetapi, sebelum mereka beri jawapan, pelajar tersebut diminta untuk untuk memberikan dua angka terakhir dari Nombor Sekuriti Sosial (SSN)masing-masing.

Menariknya, kajian tersebut menunjukkan harga yang dinyatakan oleh pelajar tersebut banyak dipengaruhi oleh dua angka terakhir SSN mereka, meskipun angka itu tidak ada kaitan dengan nilai barangan tersebut. Lantas, mereka yang memiliki dua angka terakhir yang tinggi, memberikan harga barangan yang lebih mahal berbanding pelajar yang memiliki dua angka terakhir yang rendah.

Disebabkan bias ini boleh memberi kesan keatas semua orang, adakan ia turut memberi kesan pada rakyat Malaysia juga? Jika ya, bagaimana?

Bias Sauh Terhadap Had Kredit Menjadikan Rakyat Malaysia Boros Berbelanja

Untuk memudahkan pemahaman, mari kita lihat dua situasi dibawah:

Situasi 1: Pendapatan bulanan anda ialah RM5,000 sebulan. Anda telah merancang untuk membeli sebuah Macbook yang berharga RM4,000. Pernyataan yang mana lebih berkait rapat pada anda?

  1. Harga Macbook tersebut nampak berpatutan
  2. Harga Macbook tersebut mahal

Situasi 2: Pendapatan bulanan anda masih lagi RM5,000. Tetapi, anda telah memiliki kad kredit, dengan had kredit sebanyak RM12,000. Harga Macbook kekal RM4,000. Sekarang, pernyataan yang mana yang anda fikirkan?

  1. Harga Macbook tersebut nampak berpatutan
  2. Harga Macbook tersebut mahal

Jika anda menjawab (a) untuk situasi 2, anda bakal berhadapan dengan risiko untuk menanggung hutang kad kredit pada masa akan datang.

Mengapa? Dengan menjadikan had kredit sebagai sumber rujukan (sauh) kepada kemampuan anda untuk membeli Macbook tersebut, ini menunjukkan anda sanggup untuk berbelanja lebih dari kemampuan sebaik sahaja anda memiliki kad kredit, walaupun anda tidak memiliki wang tersebut. Ingat, kad kredit ialah pinjaman jangka pendek tanpa cagaran, dan anda meminjam wang tersebut untuk membuat belian. Had kredit RM12,000 bukan bermakna pendapaan anda bertambah.

Bias Sauh Terhadap Bayaran Minimum Menjadikan Hutang Kad Kredit Meningkat dengan Kadar Faedah yang Tinggi

Seperti yang telah dibincangkan di atas, persepsi yang salah terhadap had kredit boleh membuatkan anda untuk menjadi boros berbelanja, disebabkan anda menyangka anda memiliki wang tambahan.

Sama juga jika anda menjadikan bayaran minimum sebagai ‘sauh’ dalam proses membayar kembali baki tertunggak kad kredit, anda hanya menempah bencana. Kajian dari University of Warwick menunjukkan pengguna kad kredit dengan baki tertunggak yang tidak mampu dibayar setiap bulan akan menumpukan perhatian kepada baki minimum pada penyata kad kredit mereka.

Peserta kajian tesebut didapati akan membuat bayaran kad kredit berdasarkan jumlah minimum, dengan tanggapan itulah jumlah yang hanya perlu dibayar. Tabiat ini juga sama untuk mereka yang mampu membuat bayaran lebih dari jumlah tersebut.

Apabila baki minimum ditingkatkan, ataupun dibuang, mereka mampu untuk membuat bayaran bulanan yang lebih tinggi. Dalam kata lain, bias sauh ini telah menyebabkan pengguna kad kredit menjadikan bayaran minimum sebagai satu-satunya tanggungjawab yang perlu dipenuhi. Kesannya, hutang mereka akan meningkat, ditambah lagi dengan faedah yang dikenakan keatas baki tertunggak.

Untuk mengelakkan situasi di atas belaku kepada anda, pastikan bayaran penuh dibuat setiap bulan supaya kadar faedah yang tinggi tidak dikenakan keatas anda (sehingga 18%).

The Best HSBC Credit Cards | CompareHero.my

Menjadikan Bias sebagai Satu Kelebihan

Bukan semua bias mampu kita kawal, jadi kita perlu faham situasi ini dan cuba untuk memastikan kesan buruknya tidak terlalu kritikal. Tetapi, kita boleh menjadikan bias sauh ini sebagai satu ‘senjata’. Caranya, dengan menjadikan jumlah bayaran bulanan kad kredit (sauh) melebihi dari bayaran minimum. Untuk permulaan, pilih jumlah yang mampu melangsaikan hutang anda dalam tempoh 12 bulan. Ambil kira sekali kadar faedah yang bakal dikenakan. Gunakan pengiraan dibawah:

(Baki tertunggak x1.yy) / 12, dimana yy = kadar faedah tahunan.

Katakan anda berhutang RM5,000, dengan kadar faedah 18% setahun. Jadi:

(RM5,000x1.18) / 12 = 491.6667

Anda perlu membayar RM492 untuk melangsaikan hutang tersebut kurang dari 12 bulan. Jika anda tidak mampu, cuba gunakan tempoh 18 bulan, ataupun 24 bulan. Tetapi, kadar faedah akan dicaj setiap bulan. Semakin besar jumlah bayaran bulanan anda, semakil kecil apa yang perlu dibayar untuk caj faedah keseluruhan.

Letakkan angka tersebut di lokasi yang mudah anda lihat sebagai peringatan.

Had Kredit ≠Duit Tambahan!

Bank menetapkan had kredit berdasarkan berapa banyak yang mereka sanggup pinjamkan kepada anda, oleh itu kad kredit tidak lebih dari sebuah pinjaman. Ini tidak semestinya sama dengan jumlah yang anda boleh dan mampu bayar, yang banyak bergantung kepada tabiat berbelanja serta kebolehan anda untuk merancang kewangan anda. Maka, tindakan Bank Negara Malaysia perlu dipuji kerana telah mengehadkan had kredit pemohon kepada jumlah maksima dua kali ganda dari gaji bulanan untuk pemohon berpendapatan RM36,000 setahun, dan kebawah. Langkah ini merupakan had untuk menghalang anda dari berbelanja melebihi kemampuan.

Bagi pengguna kad kredit, pastikan anda juga letakkan bajet untuk perbelanjaan menggunakan kad kredit. Jadikan nilai tersebut sebagai HAD KREDIT SEBENAR. Sebaik sahaja perbelanjaan anda menghampiri nilai itu, jangan gunakan kad kredit tersebut sehinggalah tempoh penyata baru.

Jika anda gunakan kad kredit dengan betul, ianya mampu membantu status kewangan. Fahami bagaimana bias tersebut mempengaruhi tabiat perbelanjaan boleh membantu untuk menjauhkan anda dari hutang kad kredit.

cards used by companies to make tracking the expenses of their employees easier to manage their expenses and find out what they spend money on.

Gunakan Pinjaman Peribadi Penyatuan Hutang untuk Membayar Hutang Kad Kredit

Jika anda masih sukar untuk membayar baki tertunggak bulanan dan sentiasa berhadapan dengan kadar faedah yang tinggi, cuba gunakan Pinjaman Peribadi Penyatuan Hutang (Debt Consolidation) untuk mengurangkan kadar faedah tersebut.

Pinjaman ini dapat membantu sekiranya kadar faedah yang ditawarkan lebih rendah dari kadar faedah kad kredit semasa. Seperti namanya, pinjaman ini akan menyatukan hutang anda yang mempunyai kadar berbeza kepada satu pinjaman dengan satu kadar faedah. Ini bakal mengurangkan bayaran bulanan yang perlu anda buat, sekaligus membolehkan anda untuk menyimpan.

Antara pinjaman yang boleh anda pilih ialah Alliance CashFirst Personal Loan, yang menawarkan kadar faedah pada hanya 4.99% setahun untuk tempoh bayaran semula sehingga 7 tahun!  Kadar ini sudah tentu lebih rendah berbanding dengan kadar faedah kad kredit pada sekitar 15% setahun. Selain itu, anda juga boleh mohon pinjaman CashOne dari Standard Chartered, dengan kadar hanya 6.99% sahaja untuk setahun.

Jika anda berhasrat untuk memohon pinjaman tersebut, kami boleh membantu anda. Gunakan laman web kami untuk membandingkan pinjaman-pinjaman penyatuan hutang yang ditawarkan bank di Malaysia untuk mengetahui kelayakan anda, dan mohon sekarang.

Save

Save

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals