Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Panduan Memilih Agensi Laporan Kredit yang Sesuai

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 22 March, 2019

Anda tahu sejarah kredit anda? Jika jawapan anda tidak, ini masanya untuk anda ketahui perkara ini. Kami bandingkan 3 agensi laporan kredit untuk melihat pro dan kontra setiap agensi tersebut supaya mudah anda memilih agensi yang sesuai dengan anda.  

Apa itu Laporan Kredit?

Apabila anda memohon kad kredit atau pinjaman dari bank, sebelum mereka menentukan untuk meluluskan atau menolak permohonan anda, ia akan melalui proses pengesahan kredit untuk mengkaji sejarah kredit anda. JIka mereka melihat anda ada terlepas membuat bayaran, kebarangkalian untuk bank menolak permohonan anda adalah tinggi.

Bank juga akan meneliti laporan kredit individu untuk mengira dan menentukan nisbah khidmat hutang (debt service ratio) sewaktu proses meluluskan permohonan. Pihak bank tidak mahu mengambil risiko, jadi laporan kredit akan digunakan sebagai salah satu faktor penentu sebelum meluluskan permohonan anda.

Analogi yang paling rapat ialah seperti sejarah melayari internet, tetapi sangat sukar untuk anda ubah atau padamkan maklumat didalamnya. Laporan kredit mengandungi maklumat seperti kemampuan membiaya kredit dan juga komitmen kewangan anda. Oleh itu, ia sangat penting untuk anda menjaga laporan kredit anda.

Di Malaysia, ada 3 cara untuk anda boleh memperoleh dan melihat status laporan kredit (sama ada baik atau buruk). Sumber utama untuk skor kredit ialah di Malaysia CCRIS, CTOS dan Personal Credit Report.

CCRIS

Central Credit Reference Information System (CCRIS) ialah satu sistem kredit yang mengumpul maklumat kewangan seseorang. Maklumat yang terkumpul akan disusun dalam laporan kredit. Sistem ini diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Maklumat yang dikumpul CCRIS ialah dari pelbagai penyedia perkhidmatan kewangan di Malaysia, seperti bank, broker insurans, dan termasuklah syarikat telekomunikasi.

Data dalam laporan kredit tersebut akan dipecahkan ke tempoh 12 bulan, dan mengandungi maklumat seperti:

  • Kredit tertunggak seperti pinjaman atau saman.
  • Akaun perhatian khas (Special Attention Account, SAA), hutang-hutang yang dibawah perhatian khusus pihak institusi kewangan.
  • Permohonan kredit dalam tempoh 12 bulan yang lepas yang telah diluluskan atau pun masih tertangguh.
  • Status muflis.

CCRIS bukan hanya mengandungi maklumat kredit yang negatif, ia juga memaparkan maklumat kredit positif bagi individu tersebut, seperti kelulusan pinjaman dan juga corak bayaran yang positif. Salah satu salah faham mengenai CCRIS ialah laporan ini akan membuatkan anda disenarai hitam jika rekod anda buruk. Sebenarnya, CCRIS tidak memberikan sebarang pandangan atau menyenaraihitamkan mana-mana individu, tetapi data dalam laporan tersebut yang akan digunakan oleh institusi kewangan untuk menyenarai hitam seseorang.

Bagaimana untuk dapatkan laporan CCRIS?

Untuk mendapatkan salinan laporan CCRIS, anda perlu ke Bank Negara. Laporan ini hanya boleh diakses oleh pemilik, jadi anda tidak boleh mewakilkan orang lain untuk ambil laporan anda. Anda perlu sediakan kad pengenalan dan dokumen sokongan yang lain. Laporan kredit boleh diperolehi di BNM ataupun cawangan-cawangan negeri.

MY_BLOG_CreditRatingComparison_2

CTOS

CTOS merupakan sebuah syarikat swasta yang menyediakan khidmat laporan kredit. Laporan CTOS juga digunakan meluas oleh institusi kewangan untuk menentukan kelayakan kredit seseorang selain CCRIS. Ini kerana, institusi kewangan akan menggunakan lebih dari satu laporan untuk membantu menentukan status kredit seseorang, dan CTOS digunakan secara meluas di Malaysia.

CTOS mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber umum seperti:

  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Insolvensi Negara
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Terbitan prosiding undang-undang, notis di akhbar, dan warta terbitan kerajaan.

Maklumat berkaitan kredit ini termasuklah status muflis, kes undang-undang, dan juga status kes mahkhamah. Ia juga akan mengandungi jenis perniagaan, pemilikan syarikat dan juga status pengarah syarikat seseorang individu.

Bagaimana untuk dapatkan laporan CTOS?

Anda boleh dapatkan laporan CTOS dari laman web MyCTOS. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan ID CTOS. Selepas mengaktifkan ID tersebut, anda boleh mengakses laporan kredit anda pada bila-bila masa, termasuklah melalui aplikas CTOS.

Personal Credit Report Plus (PCRP)

Personal Credit Report merupakan laporan kredit yang disediakan oleh RAM Credit Info Sdn Bhd (RAMCI). Terdapat 3 jenis laporan kredit yang ditawarkan, tetapi kami cadangkan anda pilih Personal Credit Report Plus yang lebih komprehensif.

Jenis Maklumat / Laporan

Personal Credit Report Basic

Personal Credit Report Plus

My Credit Watch

Maklumat Kredit RAMCI

Maklumat Kredit Bank

X

Maklumat SPGA ANGKASA

i-Score (Skor Kredit RAMCI)

X

Makluman harian terhadap perubahan penting

X

X

Makluman apabila maklumat anda dicari

X

X

Harga

RM 5 satu set

RM 10 satu set

RM 25 setahun

Sumber: RAM Credit Info Sdn Bhd

 Antara ciri tambahan laporan PCRP ialah i-Score, iaitu skor kredit yang dibangunkan oleh RAM Credit Information dan Experlan, biro kredit terbesar dunia. i-Score memberikan skor tiga digit yang bakal memberi gambaran kebolehan anda untuk membayar balik pinjaman dan komitmen kredit yang lain tepat pada masanya. Nombor yang tinggi bermakna kemampuan kredit anda ialah tinggi, dengan skor yang rendah pula sebaliknya.

Apa itu i-Score?

  1. Nombor 3 digit yang memberi gambaran sama ada anda akan membayar balik pinjaman dan komitmen kredit yang lain tepat pada masanya.
  2. Semakin tinggi skor, semakin rendah risiko anda untuk pemberi pinjaman dan kredit.
  3. Angka i-Score ditentukan berdasarkan tabiat kredit anda, melalui maklumat-maklumat yang dikumpul.
  4. i-Score tidak menentukan sama ada permohonan anda akan lulus ataupun gagal atau berapa kadar faedah yang dikenakan. Semua itu tertakluk kepada pemberi pinjaman. Seperti laporan-laporan lain, i-Score hanya akan menjadi panduan.

 

scvisaplatinum-png
  • Tiada yuran tahunan seumur
  • hidup
cta-bm

Laporan Kredit Mana yang Terbaik?

Laporan CCRIS percuma, dan mungkin menjadikannya lebih menarik berbanding 2 laporan yang lain. Tetapi, anda perlu pergi ke pejabat Bank Negara ataupun cawangannya untuk mendapatkan laporan tersebut.

Dari segi ketelitian maklumat, kami nasihatkan agar anda tidak bergantung kepada satu agensi laporan kredit sahaja. Ini kerana, maklumat yang dikumpulkan dari sumber yang berbeza. Maklumat dalam laporan CCRIS dari rakan kongsi kewangan, manakala CTOS dan PCRP mendapatkan maklumat dari sumber awam. Jadi, tidak salah untuk anda membayar caj yang dikenakan bagi mendapatkan maklumat yang lebih teliti dan komprehensif. Secara idealnya, gabungan CCRIS dan laporan kredit yang lain.

Untuk CTOS dan i-Score, kedua-duanya boleh diperoleh atas talian. Tetapi, sudah tentu ada caj yang dikenakan iaitu RM 10 untuk satu set laporan PCRB, manakan RM 25 untuk laporan CTOS.

Jika anda inginkan laporan yang menyeluruh, laporan PCRP mempunyai ciri-ciri tambahan yang menarik seperti mengetahui siapakah yang telah mencari maklumat anda, sejarah tindakan undang-undang, dan juga i-Score.

Anda kini sudah mengetahui agensi yang menawarkan laporan kredit serta kelebihan setiap satu.  Sudah tiba masanya anda berikan perhatian kepada sejarah kredit anda untuk mengelakkan permohonan anda ditolak oleh institusi kewangan. Cuba periksa laporan kredit anda sekurang-kurangnya setahun sekali untuk pastikan keadaan dan status kewangan yang positif.

 my_blog_genericproducts_cta_rev_021417

Save

Save

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals