Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Pelan Pindahan Baki Terbaik di Malaysia

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 22 March, 2019

Anda rasa beban dengan hutang kad kredit yang tertunggak dengan kadar faedah tinggi? Lihat pelan pindahan baki terbaik untuk bantu anda dapatkan lebih penjimatan dan langsaikan hutang kad kredit anda dengan lebih cepat.

Pelan Pindahan Baki BSN (BSN Balance Transfer Program)

Pelan pindahan baki ini menawarkan fleksibiliti melalui 6 jenis pelan pindahan yang boleh anda pilih. Tempoh pelan adalah dalam lingkungan 3 hingga 36 bulan, dengan pembayaran balik yang juga fleksibel. Anda juga boleh satukan semua akaun kad kredit anda di bawah satu penyata.

Selain itu, Pelan Pindahan Baki BSN ini juga tidak mempunyai sebarang caj pemprosesan atau pendahuluan yang perlu dibayar. Tetapi, pelan ini hanya dibuka untuk pemegang Kad Kredit BSN sahaja, dengan pendapatan bulanan minima RM 2,000.

Jumlah maksima hutang yang boleh anda pindahkan ialah sebanyak 80% dari had kad kredit anda. Jumlah minima pula bergantung kepada pelan yang anda pilih. Anda boleh rujuk jadual dibawah untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pelan pindahan baki yang ditawarkan oleh BSN:

Pelan

Tempoh

Kadar Pindahan Baki (Bulanan)

Jumlah Pindahan Minima

A

3 bulan

0.30%

RM 500

B

6 bulan

0.30%

RM 1,000

C

9 bulan

0.30%

RM 1,000

D

12 bulan

0% untuk 6 bulan pertama, dan 0.30% untuk 6 bulan berikutnya

RM 1,000

E

24 bulan

0% untuk 12 bulan pertama, dan 0.375% untuk 12 bulan berikutnya

RM 1,000

F

36 bulan

0.375%

RM 2,000


Pelan Pindahan Baki Maybank (Maybank Balance Transfer Programme)

Ini merupakan salah satu pelan pindahan baki yang  patut menjadi pilihan anda. Pelan yang ditawarkan Maybank ini mempunyai 5 pilihan yang terdiri dari tempoh 6 hingga 36 bulan. Kadar faedah bulanan yang dikenakan pula antara 0% - 0.413%. Tetapi, untuk menikmati kadar 0%, pilihan yang anda ada hanya untuk pelan tempoh 12 bulan sahaja, dan jumlah pindahan minima RM1,000. Anda akan dikenakan caj pendahuluan 3% jumlah pindahan yang anda buat untuk Pelan Pindahan Baki Maybank ini.

Pelan pindahan baki Maybank ini terbuka untuk pemegang kad kredit konvensional dan juga Islamik dengan pendapatan minima RM2,500 sebulan. Anda akan dikehendaki untuk membayar sekurang-kurangnya 5% dari baki tertunggak kad kredit anda dan bayaran penuh untuk ansuran bulanan pindahan baki. Jika tidak, anda akan dikenakan kadar faedah 18% untuk baki yang tinggal.

Tempoh

Kadar Pindahan Baki (Bulanan)

Jumlah Pindahan Minima

6 bulan

0.50%

RM 1,000

9 bulan

0.75%

RM 1,000

12 bulan

0%

RM 1,000

24 bulan

0.375%

RM 2,000

36 bulan

0.413%

RM 2,000


Pelan Pindahan Baki Standard Chartered (Standard Chartered Balance Transfer Plus)

Ini merupakan pelan pindahan baki yang patut anda pilih jika anda inginkan proses permohonan yang mudah! Tiada sebarang caj pendahuluan yang dikenakan untuk semua tempoh pindahan baki. Pelan ini juga tidak memerlukan anda untuk menyediakan sebarang dokumen sokongan. Tetapi, kadar faedah yang dikenakan ialah 5.99% setahun untuk semua tempoh. Untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai bayaran yang bakal anda buat, rujuk jadual dibawah:

Jumlah Pindahan Baki

Jumlah Bayaran Balik Bulanan

12 bulan

18 bulan

24 bulan

36 bulan

RM 1,000

RM 88.33

RM 60.55

RM 46.66

RM 32.77

RM 5,000

RM 441.63

RM 302.74

RM 233.29

RM 163.85

RM 10,000

RM 883.25

RM 605.47

RM 466.58

RM 327.69

RM 15,000

RM 1324.88

RM 908.21

RM 699.88

RM 491.54

RM 20,000

RM 1766.50

RM 1210.94

RM 933.17

RM 655.39


Pelan Pindahan Baki Hong Leong (Hong Leong Balance Transfer)

Dari segi tempoh pembayaran balik yang ditawarkan, boleh dikatakan bahawa pelan ini antara yang terbaik dikalangan pelan pindahan baki di Malaysia. Pelan pindahan baki Hong Leong ini menawarkan  tempoh pembayaran balik tanpa had pada kadar faedah 4.99% setahun. Tetapi, kemudahan ini hanya ditawarkan kepada pemegang kad kredit Hong Leong yang baharu sahaja (mereka yang tidak pernah memiliki kad kredit Hong Leong sebelum ini).

Tempoh Pembayaran Balik

Kadar Pindahan Baki

Kelayakan

Seumur hidup (tiada tempoh tetap)

4.99% setahun

Pemegang kad kredit Hong Leong yang baru sahaja (mereka yang tidak pernah memiliki kad kredit Hong Leong sebelum ini).

6 atau 12 bulan

6.99% setahun

Pemegang kad kredit Hong Leong yang sedia ada

Kedua-dua pilihan di atas memerlukan jumlah pindahan minima RM1,000. Tetapi, ingat bahawa kadar faedah yang dikenakan pelan ini lebih tinggi berbanding pelan lain. Oleh itu kami cadangkan agar anda memilih pelan ini jika anda tidak ingin terikat dengan tempoh pembayaran balik yang terhad.

Salah satu faktor yang anda perlu ambil kira ialah kemampuan anda untuk membuat bayaran balik. Ingat, jika anda terlepas membuat bayaran, kadar faedah yang dikenakan untuk baki hutang yang tinggal boleh mencecah 18% setahun. Kesannya, niat anda untuk berjimat dan melangsaikan hutang kad kredit dengan cepat akan bertukar menjadi masalah, oleh itu berhati-hati apabila anda menggunakan kemudahan pelan pindahan baki.

Save

Save

Save

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.