Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

7 Sebab Tuntutan Takaful Anda Ditolak

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 24 December, 2021

Di antara banyak sebab mempunyai  perlindungan takaful adalah untuk memastikan anda dan keluarga tidak terbeban dari segi kewangan dengan bil perubatan, sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Bagaimanapun, untuk memperoleh manfaat daripada pelan takaful, ianya begitu  penting bagi memahami sebab-sebab tuntutan takaful anda berkemungkinan ditolak.

Walaupun mendapatkan polisi takaful adalah agak mudah, namun mendapatkan tuntutan diluluskan mungkin tidak semudah itu. Sama seperti insurans lain, terdapat kes di mana tuntutan takaful seseorang ditolak. Baca dan cari tahu bagaimana untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku.

Berjaya Tuntut Takaful Dengan 7 Langkah Mudah

1. Sentiasa Memaklumkan Segala Keadaan/Penyakit Yang Ada

Segala keadaan/penyakit yang ada mesti dimaklumkan semasa di awal permulaan menandatangani Polisi Takaful. Jika anda membuat tuntutan untuk keadaan/penyakit yang tersedia ada namun tidak memaklumkan daripada awal, tuntutan anda kemungkinan besar akan ditolak

Jangan sangka bahawa sebarang maklumat akan terlepas perhatian daripada dicatat kerana siasatan sentiasa dijalankan setelah tuntutan dikemukakan.

2. Fahamkan Segala Terma Perlindungan

Apabila berkaitan dengan insurans, ingat bahawa tidak semua polisi adalah sama. Setiap insurans mempunyai terma perlindungan mereka tersendiri yang mana anda perlu memahami segala terma perlindungan anda.

Disini adalah asas mengambil pelan takaful: Pelan perubatan hanya penggunaan untuk perubatan kecemasan yang memerlukan rawatan hospital, meliputi kos dalaman pesakit termasuk bilik hospital dan rawatan yang berkaitan. Pelan penyakit kritikal adalah penggunaan untuk penyakit yang di diagnosis dari segi perubatan dan tidak seperti pelan perubatan, ia tidak meliputi bayaran spesifik. Namun, ia datang dalam bentuk bantuan kewangan sekaligus dalam jumlah peratusan yang dipersetujui.

Walaubagaimanapun, ambil perhatian  bahawa kemungkinan terdapat beberapa keadaan/penyakit yang tidak dilindungi polisi takaful anda. Justeru itu, cara terbaik untuk memahami terma perlindungan dari segi luar dan dalam adalah bercakap dengan ajen takaful anda dan membaca polisi anda secara teliti.

3. Ambil perhatian terhadap had tahunan

Keseluruhan had hayat anda mungkin sekitar jutaan atau lebih, tetapi ia tidak bermaksud anda boleh menggunakan semuanya sekali. Ini merupakan tanggapan yang salah pada ramai orang, apabila lupa kenyataan bahawa terdapatnya had tahunan.

Sebagai contoh, polisi takaful anda mempunyai had tahunan RM50,000.00 untuk setahun. RM50,000.00 merupakan keseluruhan tuntutan yang anda boleh tuntut tanpa mengira kes atau had hayat anda. sekiranya anda perlu menuntut RM50,000.00, ia pastinya akan ditolak dan anda perlu menunggu pembaharuan pada tahun berikutnya sebelum anda dibolehkan membuat tuntutan semula.

4. Jangan Menghantar Maklumat Yang Tidak Lengkap

Bila malang menimpa diri anda atau insan yang tersayang, ia boleh jadi anda hilang pertimbangan dan stress. Jangkaan untuk ini, situasi mungkin jadi kelam kabut dan beberapa maklumat mungkin ketinggalan tanpa sengaja. Akibatnya, tuntutan anda mungkin ditolak.

Oleh itu, bertenang dan ambil masa anda bila ingin menghantar tuntutan. Semua borang mungkin nampak banyak ketika dilihat, tetapi dengan masa dan kesabaran anda pasti dapat melaluinya.

Disamping bantuan ajen, anda dapatkan juga bantuan ahli keluarga atau rakan untuk melalui proses itu dengan lebih sepasang mata. Anda  dapat mengurangkan ketinggalan maklumat pada borang yang perlu diisi.

5. Jangan Terlepas Tempoh Akhir

Seperti yang disebut di atas, bahawasanya bagus untuk anda mengambil masa dalam mengemukakan tuntutan tetapi ambil perhatian tempoh akhir penghantaran tuntutan. Ia tidak mengira jika anda mempunyai semua dokumen sokongan yang diperlukan namun apabila anda terlepas tarikh akhir, ia akan ditolak tanpa menghiraukannya.

Apabila tarikh akhir penghantaran berbeza dengan polisi tekaful, sentiasa buat semakan berkali pada tarikh akhir ketika tuntutan anda dibuat.

6. Ambil Perhatian Untuk Tempoh Menunggu

Apa itu tempoh menunggu? Ia adalah tempoh masa semasa anda memperoleh polisi takaful, sebelum boleh menggunakan perlindungannya. Bergantung kepada situasi, tempoh menunggu boleh berbeza antara 1 bulan hingga 3 bulan.

Yang mana sebarang tuntutan yang  dibuat antara tempoh menunggu pasti ditolak. Oleh itu, diasihatkan untuk mendapatkan perlindungan seawal mungkin untuk mengelakkan masa menunggu yang tidak perlu untuk keperluan masa depan.

7. Jangan Pernah Terlepas Bayaran

Langkah terakhir adalah yang paling penting dari semua di atas. Jangan terlepas membuat bayaran.

Kami faham, kemungkinan ada hari bila bajet anda sedikit ketat pada sesuatu bulan atau anda akan terlupa untuk membuat pembayaran. Bagaimanapun, apabila ia berkaitan sesuatu yang penting seperti insurans, anda harus mengutamakannya. Ini penting kerana kepentingannya tinggi-polisi takaful anda mungkin luput dan semua tuntutan akan ditolak.

Bayangkan, anda perlu membuat pengeluaran beribu ringgit sekiranya berlaku kemalangan dan ini semua disebabkan oleh kerana anda terlepas membuat beberapa bayaran. Ini menghalang tujuan polisi yang tersedia ada.

Jika bajet menjadi isu, anda boleh mengekhaskan akaun simpanan bulanan hanya untuk tujuan insurans. Dengan cara itu, anda tidak membelanjakan wang untuk takaful. Sebagai alternatif, bercakap dengan ejen takaful anda untuk menukar polisi ke peringkat lebih rendah yang mana anda lebih mampu sekarang ini.

Sekiranya kecelakaan merupakan masalah, ia lebih mudah. Hanya pastikan anda mengemaskini butiran kenalan untuk dihubungi bagi menerima peringatan pembayaran atau secara alternatif lain, tetapkan automatik bil secara langsung daripada bank anda.

Apa perlu dibuat sekiranya, jika semuanya gagal

Jika anda terlepas satu langkah di atas dan gagal mendapatkan tuntutan anda, cuba untuk redha dan membuat permohonan semula. Bagaimanapun, jika anda telah melakukan semuanya yang diperlukan dan tuntutan anda masih ditolak, panjangkan kepada Ombudsman For Financial services(OFS) untuk bantuan.

Bertujuan untuk membantu pengguna secara percuma, OFS adalah organisasi yang tidak berkeuntungan yang dibangunkan di bawah inisiatif Bank Negara Malaysia sebagai saluran penyelesaian kewangan untuk pengguna di Malaysia. Di bawah adalah produk dan perkhidmatan kewangan OFS yang boleh membantu anda dengan:

Jenis Pertikaian Had Kewangan
Konvensional/perbankan islamik/produk RM100,000.00
Kes penipuan melibatkan penggunaan reka bentuk

Instrument bayaran atau saluran bayaran

Kad kredit, caj kad atau automatic juruwang

Mesin (ATM) kad atau cheque

RM25,000.00
Insurans hayat/tuntutn takaful keluarga RM100,000.00
Motor dan insurans Bahan Api/tuntutan takaful RM200,000.00
Kerosakan Harta Pihak Ketiga

Insurans/tuntutan takaful

RM5,000.00
Insurans AM lain/tuntutan takaful RM100,000.00

Juga, ingat untuk menyimpan semua dokumen yang dihantar untuk tuntutan takaful. Resit asal biasanya diperlukan bagaimanapun buat salinan untuk rujukan sendiri sekiranya terdapat isu dengan tuntutan anda. Lebih baik berhati-hati daripada menyesal.

Tip

Dengan langkah mudah tersebut, tuntutan takaful anda akan lebih mudah diluluskan. Bagaimanapun, jika ianya ditolak, OFS ada untuk membantu. Jadi, anda tidak perlu terlalu bimbang. Kongsikan ini dengan dengan keluarga dan rakan-rakan yang mempunyai polisi takaful, jadi mereka juga akan tahu apa yang perlu dibuat pada masa akan datang.

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals