8 Sebab Anda Perlukan Insurans Hayat


insurans-hayat-featured

Tidak pelik lagi sekarang untuk mendengar cerita tentang ibu tunggal dengan anak-anak kecil yang menanggung keluarga setelah kematian suami. Situasi ini barangkali berpunca dari kekurangan persediaan kewangan untuk masa hadapan, dan ini hanya antara beberapa situasi yang sering berlaku di seluruh negara.

Mendapatkan perlindungan insuran sebenarnya penting sebagai persediaan kewangan untuk menghadapi malang yang tidak berbau. Namun, masih ramai rakyat Malaysia tidak memahami kepentingan untuk mendapatkan insurans untuk diri mereka dan keluarga dari usia muda. Situasi ini masih berlaku walaupun kesedaran tentang kepentingan insurans hayat dan perubatan kini semakin meningkat berbanding dahulu.

Dengan hanya membayar premium sekitar RM100 hingga RM200 sebulan (bergantung kepada pilihan anda), anda boleh melindungi diri dan keluarga anda jika kejadian yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang.

 Ini Adalah 8 Sebab Mengapa Anda Perlukan Insurans Hayat:

1. Untuk menyara keluarga

Kehilangan ahli keluarga yang juga merupakan individu utama mencari rezeki merupakan sesuatu yang tragik. Oleh itu, mendapatkan insurans hayat dengan premium yang berpatutan bermaksud anda seorang yang bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli keluarga.

Dengan jumlah wang  yang diberikan oleh perlindungan insuran selepas kematian anda, ahli keluarga anda boleh menyara hidup (bergantung kepada saiz perlindungan yang anda ambil) sehingga mereka mampu mencari sumber pendapatan yang baru.

2. Untuk menanggung kos pengebumian

Proses pengebumian jenazah boleh menelan kos yang tinggi, dan jika anda mempunyai perlindungan insuras, ahli keluarga anda boleh menggunakan wang tersebut untuk menanggung kos pengebumian, tanpa perlu menggunakan wang simpanan ataupun membuat pinjaman.

3. Untuk membayar hutang

Tanggungan hutang anda seperti pinjaman perumahan, perniagaan, dan pinjaman peribadi (yang dijamin) mungkin akan dipindahkan oleh ahli keluarga selepas kematian anda jika anda tidak membuat perancangan yang betul. Jadi, insurans hayat boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang tersebut dan mengelakkan ahli keluarga anda dari bebanan hutang.

citibank-philips-juicer-v2

4. Boleh digunakan sebagai pelan simpanan

Banyak pelan insurans di pasaran turut menawarkan ciri simpanan yang membolehkan anda untuk menuntut simpanan sebaik sahaja polisi anda matang pada masa akan datang. Kebiasaannya, jumlah simpanan tersebut lebih tinggi berbanding dengan premium yang perlu anda bayar.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai ciri simpanan tersebut dari syarikat insurans. Pastikan anda dapatkan penerangan tentang pulangan simpanan tersebut sama ada pulangan itu dijamin ataupun tidak untuk bantu anda memilih insurans yang sesuai. Pelan insurans seperti ini menarik kerana ia menawarkan perlindungan dan juga simpanan pada masa yang sama.

5. Mengurangkan kadar cukai

Jika anda telah mula memfailkan cukai pendapatan, anda patut tahu insurans yang anda beli melayakkan anda untuk mendapat pengurangan cukai sehingga RM6,000 setiap tahun. Ditambah dengan insentif pengurangan cukai yang lain, and boleh jimat hampir ribuan ringgit di masa hadapan.

insurans-hayat-01

6. Untuk ketenangan fikiran

Dengan mempunyai perlindungan insurans hayat bermakna anda bertanggungjawab keatas ahli keluarga bawah jagaan anda. Kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku di masa hadapan tetapi perlindungan insurans hayat membolehkan anda dan keluarga untuk bersedia. Walaupun jumlahnya mungkin kecil sahaja, jika sesuatu yang tidak diingini terjadi, ia boleh membantu keluarga anda.

7. Sebagai tabung pendidikan anak-anak

Jika anda mempunyai anak-anak, anda boleh anggap  insurans hayat sebagai alternatif untuk tabung simpanan pendidikan mereka, terutamanya untuk pengajian tinggi, jika anda telah meninggal dunia atau memindahkan hak milik insurans menggunakan pelan endowmen.

Seperti yang teleh dibincangkan sebelum ini, sesetengah pelan insurans hayat menawarkan ciri simpanan ysng akan berkembang seiring waktu, jadi sebaik sahaja anak anda meningkat dewasa, dana yang diperoleh akan bertambah.

Ingat, anda perlu tunggu sehingga pulangan tersebut melebihi premium yang perlu anda bayar (biasanya mengambil lebih kurang 30 tahun). Jika anda mengeluarkan wang tersebut sebelum masanya, anda bakal menanggung kerugian untuk simpanan tersebut.

Setiap produk insurans akan mempunyai syarat dan tempoh yang berbeza. Oleh itu, pastikan anda semak dengan konsultan insurans untuk mendapatkan penjelasan.

8. Melindungi aset dan simpanan

Dengan memiliki insurans hayat, keluarga anda tidak perlu menggadaikan aset atau simpanan, sama ada untuk membayar hutang atau kos lain kesan dari pemergian anda. Malah, mereka juga mungkin akan memperolehi dana tambahan selepas membayar kos terebut dengan tuntutan insurans.

Kesimpulannya, mengambil insurans hayat merupakan langkah persediaan jangka panjang yang memerlukan perancangan teliti untuk memastikan anda memilih pelan yang betul dan bermanfaat.

my_blog_genericproducts_cta_rev_021417

Save