Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Produk Pelaburan Yang Sesuai Untuk Pelabur Baharu

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 09 November, 2021

Kita telah bincangkan aspek asas pelaburan seperti 5 Langkah Mudah untuk Melabur Saham. Kini tiba masanya untuk anda ketahui produk pelaburan yang terdapat di Bursa Malaysia untuk memudahkan anda mulakan pelaburan.

Pelan Pelaburan Ideal untuk Pelabur Pasif

Jika konsep pelaburan mengelirukan anda, anda tidak keseorangan! Jadual kerja yang padat, kesibukan harian, dan tugasan yang bagaikan tidak habis menyebabkan ramai kekurangan masa untuk melabur. Tahukah anda, walaupun berhadapan dengan situasi diatas, anda boleh melabur tanpa perlu mengawasi pelaburan anda setiap minggu?

Mungkin anda terfikir, bagaimana dengan penjualan dan pembelian saham yang merupakan perkara utama dalam pelaburan? Selamat berkenalan dengan produk pelaburan pasif, seperti Amanah Pelaburan Hartanah (Real Estate Investment Trust REIT), Dana Dagangan Bursa (Exchange Traded Fund ETF) dan Bon Dagangan dan Sukuk (Exchange Traded Bond and Sukuk). Bursa Malaysia menawarkan produk ini dengan modal kelayakan yang lebih rendah dari apa yang anda sangka.

Tanpa perlu menghabiskan masa dan wang untuk memulakan pelaburan, ia sebenarnya amat mudah untuk membina portfolio pelaburan anda dengan 3 produk ini.

Amanah Pelaburan Hartanah (REIT)

REIT ialah sebuah dana atau badan amanah yang memiliki dan mengurus hartanah komersial yang menghasilkan keuntungan (contohnya pusat membeli-belah, hospital, ladang, hartanah perindustrian, hotel, dan pejabat).

Cara dagangan REIT adalah sama seperti saham yang lain, tertakluk dengan tatacara, bayaran dan undang-undang yang sama. Anda perlu membuka akaun CDS (Central Depository System) dan dagangan dengan organizasi yang mengambil bahagian (contohnya firma broker saham berdaftar di Malaysia).

Terdapat lebih kurang 14 REITs di Malaysia untuk anda pilih yang terdiri dari pusat membeli belah, pejabat, hospital, kilang, atau kombinasi hartanah tersebut.

Tertakluk dibawah undang-undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM), setiap REIT perlu mengagihkan sekurang-kurangnya 90% dari pendapatan bersih mereka untuk pemegang unit pada setiap suku pengumuman prestasi diumumkan. Pengurus amanah akan mengumumkan jumlah dividen diagihkan seunit. Disinilah nilai dividen dan hasil dividen memainkan peranan penting dalam pelaburan REIT. Hanya dengan modal serendah RM 200, anda boleh mula melabur dalam REIT dan memperoleh dividen yang stabil, ditambah dengan keuntungan modal pada masa akan datang. Selain itu, lebih tinggi nilai hasil dividen, lebih tinggi nilai REIT  tersebut. (Hasil Dividen = Dividen Seunit / Harga Saham Seunit).

Untuk dapatkan lebih maklumat tentang senarai REIT di Malaysia, anda boleh lihat disini.

Dana Dagangan Bursa (ETF)

Sebelum mula melabur dalam ETF, anda digalakkan untuk memahami apa itu indeks terlebih dahulu, kerana pelaburan ETF merupakan dana indeks dan ciri-ciri pelaburan saham.

Indeks merupakan sebuah ‘bakul’ sekuriti (securities basket) (contohnya bon, komoditi, ekuiti) yang menunjukkan pergerakan atau perubahan pada pasaran saham. Beberapa stok atau bon dipilih sebagai penanda aras untuk menggambarkan pergerakan pasaran saham. Apa yang menarik, anda tidak akan dikenakan caj jualan apabila membeli ETF (hanya caj pengurusan yang kurang dari 1%).

Pada masa ini, terdapat 8 ETF yang disenarai di Bursa Malaysia, dengan pembayaran dividen dilakukan setengah tahun atau setahun sekali, bergantung kepada pengurusan. Proses pelaburan ETF adalah sama seperti proses pelaburan saham.

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu anda kaji sebelum melabur dalam mana-mana ETF:

  1. Objektif pelaburan dan strategi ETF
  2. Informasi indeks yang dijejak ETF
  3. Polisi dividen
  4. Fi dan caj yang ditanggung pelabur
  5. Sumber maklumat dagangan ETF
  6. Maklumat syarikat pengurusan

Bon Dagangan dan Sukuk (ETBS)

ETBS ialah sekuriti pendapatan tetap yang juga dikenali sebagai bon sukuk (versi patuh Shariah), yang disenarai dan didagang di pasaran saham. Ia dikeluarkan oleh pihak kerajaan atau syarikat swasta untuk mengumpul dana.

Tidak seperti saham dan ETF, bon atau sukuk sebenarnya seperti suatu hutang dimana pelabur akan meminjamkan wang kepada pengeluar bon dan sukuk yang tertakluk pada syarat  kadar faedah kupon atau kadar berubah, kekerapan kupon, dan juga tarikh matang.

Namun begitu, pelaburan dalam ETBS mempunyai kecairan yang sama seperti saham dan ETF (dagangan secara harian dengan nilai dan harga masa sebenar). Ini memudahkan anda untuk membuat pelarasan terhadap portfolio pelaburan anda berdasarkan maklumat yang terdapat di Bursa Malaysia. ETBS didagangkan pada jumlah minima sebanyak 10 unit setiap satu saiz lot. Dengan harga seunit pada RM 100, kos satu lot adalah RM 1000, tidak termasuk kos transaksi.

Jika anda merancang untuk melabur dalam ETBS, berikut merupakan faktor utama yang perlu diambil kira:

  1. Harga dan hasil:

Pelabur semestinya mahukan hasi pulangan yang tinggi untuk pelaburan mereka. Apabila harga ETBs rendah, pelabur lebih cenderung untuk membayar lebih murah untuk satu lot ETBS, dan seterusnya menjana lebih pulangan hasil. Sebaliknya, harga ETBS yang tinggi bermaksud pulangan yang lebih rendah, dengan bayaran kupon telah ditetapkan pada nilai prinsipal bon.

  1. Kadar faedah

Apabila kadar faedah berubah, harga ETBS turut berubah. Andainya purata kadar faedah meningkat, hasil pulangan ETBS  akan berkurangan. Ini menyebabkan permintaan dari pelabur berkurangan, menyebabkan harga ETBS jatuh sehingga hasil menjadi lebih menarik.

  1. Risiko

Risiko yang terbabit disini ialah kebarangkalian pengeluar bon atau sukuk tidak mampu untuk membayar bayaran prinsipal dan faedah pada tempoh matang, terutamanya apabila ia melibatkan ETBS dari syarikat korporat.

Untuk mengurangkan risiko ini, ETBS telah dinilai oleh pelbagai agensi, termasuklah Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) atau Ratings Agency Malaysia Berhad (RAM), dan Moody’s serta Standard & Poor’s. Kedudukan yang tinggi (AAA) bermaksud risiko kredit yang rendah, dan sebaliknya.

  1. Tempoh matang

Dalam dunia kewangan, ketidakpastian masa hadapan sentiasa mendatangkan risiko. Jadi, ETBS dengan tempoh matang yang panjang mempunyai risiko yang lebih tinggi dan mempunyai harga yang lebih murah (atau pulangan yang lebih tinggi). Semakin hampIr dengan tempoh matang, harga ETBS akan menghampiri nilai par, kerana pelabur tahu mereka akan memperoleh wang mereka kembali, dan risiko akan berkurangan.

Dengan pelbagai produk yang menawarkan pulangan yang stabil serta modal yang rendah, pastikan anda buat kajian yang secukupnya sebelum memulakan pelaburan anda.

10% Cashback for Dining, Grocery, Petrol & Grab spend

No minimum Cashback accumulation

cta-apply-now

Disclaimer: Neither CompareHero.my nor the content on it is intended as securities brokerage, investment, tax, accounting or legal advice, as an offer or solicitation of an offer to sell or buy, or as an endorsement, recommendation or sponsorship of any company, security or fund. The content on CompareHero.my is for general information purposes only and is not intended to be personalised investment advice or a solicitation for the purchase or sale of securities.

Compargo Malaysia Sdn. Bhd. and/or its affiliates cannot and do not assess, verify or guarantee the adequacy, accuracy or completeness of any information, the suitability or profitability of any particular investment, or the potential value of any investment or informational source. CompareHero.my may receive compensation from the brands or services mentioned on this website.

Save

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals