Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Pembiayaan Islam Terbaik Di Malaysia

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 22 March, 2019

Adakah anda memerlukan bantuan kewangan tetapi mahu ianya menepati tuntutan shariah? Atau adakah anda mencari lebih banyak pilihan kewangan? Mengapa tidak anda mempertimbangkan pinjaman peribadi islamik? Mari lihat apakah sebenarnya pinjaman islamik?

Pinjman peribadi islamik adalah satu-satunya pinjaman yang mengikut prinsip perbankan islamik. Pinjaman peribadi islamik juga dikenli sebagai pembiyaan peribadi islamik yang dikendalikan oleh Bank-bank di Malaysia. Pembiayaaan menggunakan konsep Bai’ Al-‘Inah menjadikannya patuh shariah. Adanya pemantuhan shariah bermaksud pinjaman ini tidak mempunyai kadar faedah atau caj tetap mahupun terapung (Dikenali sebagai RIBA) untuk pinjaman wang. Berdasarkan prinsip-prinsip perbankan islamik ia sama sekali dilarang. Di bawah kami telah menyelesaikan kerja anda dengan menyusun senarai pinjaman peribadi islamik terbaik di Malaysia.

1. Maybank Islamic Personal Financing-i

Ini merupakan pinjaman peribadi islamik yang memberangsangkan daripada Maybank. Anda tidak memerlukan penjamin atau cagaran. Tiada setem dokumen, tiada caj pemprosesan, dan tiada caj pengendalian. Ini memberikan anda lebih banyak penjimatan wang. Maybank turut menawarkan kelulusan yang cepat namun ia tertakluk kepada terma dan syarat. Jumlah minimum pinjaman adalah RM5,000 sehingga RM10,000 maksimum atau sehingga 4 kali gaji bulanan bergantung mana satu jumlah yang terendah. Tempoh pinjaman dari 2 tahun sehingga 6 tahun tempoh maksimum.
Jumlah caruman takaful akan ditolak kedepan daripada jumlah pinjaman yang telah diluluskan, tetapi ia adalah kemudahan yang boleh dipilih. Anda juga perlu membuka simpanan peribadi Maybank islamik atau akaun semasa sebelum menyerahkan permohonan pinjaman, antara kekurangan pinjman peribadi islamik ialah tiada rebate diberikan walaupun anda telah membuat penyelesaian awal sebelum berakhirnya tempoh pinjaman anda.
Kadar keuntungan adalah tetap dan kelasnya seperti di bawah:

Untuk memberikan anda idea, di bawah adalah jadual bayaran ansuran bulanan mengikut kepada jumlah pinjaman yang diambil berserta tempohnya:

Untuk jadual bayaran ansuran yang lengkap boleh klik di sini:

Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia berumur 21 sehingga 60 tahun
  • Minimum pendapatan bulanan ialah RM2500

Adakah anda mencari lebih banyak pilihan pembiayaan patuh shariah? Mengapa tidak membandingkan kad kredt islamik dan pinjaman peribadi islamik yang lain secara percuma di comparehero.my. Berikan diri anda tawaran terbaik di Malaysia.

2. Kuwait Finance House

Merancang untuk sebuah perkahwinan impian ataupun percutian, mana yang anda sentiasa inginkan? Perlukan dana untuk memulakan apa yang berada di fikiran anda? KFH Financing-I adalah cara terbaik untuk anda mulakan. Salah satu cara terbaik yang anda boleh pertimbangkan ialah Murabah Personal Financing-I Generic. Lihat beberapa ciri di bawah.

Berapakah jumlah pembiayaan maksimum yang dibenarkan?

  • Jumlah pembiayaan sehingga 10 kali ganda gaji kasar bulanan anda sehingga RM25000 untuk tempoh maksimum 10 tahun.

Kelayakan:

  • Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun. Maksimum umur bergantung kepada umur dan tempoh pembiayaan.
  • Pekerja sektor swasta dengan minimum gaji kasar RM3000 sebulan.
  • Group Credit Term Takaful (GCTT) perlu diambil oleh pelanggan.
    Apakah kos yang dikenakan kepada anda dan bagaimana anda akan dikenakan caj?

1 kali caj yang ditetapkan:

  • Duti setem sebanyak 0.5% ke atas jumlah pembiayaan ditolak kedepan sebelum pembayaran pembiayaan. (Seperti Duti Stem Akta 1989)

Bayaran Ulangan

  • Bayaran bulanan yang terdiri daripada jumlah principal dan caj keuntungan untuk tempoh pembiayaan 2 hingga 10 tahun. Kadar keuntungan lingkungan 6% setahun.

Caj denda lewat

  • 1% daripada jumlah terkumpul.

3. Alliance Islamic Bank Cashvantage Personal Financing-i

Pembiayaan peribadi islamik yang tidak bercagar sehingga 7 tahun untuk warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang bekerja dan bermaustautin di Malaysia. Pelan ini melibatkan bayaran ansuran bulanan yang rendah dan tempoh pembiayaan yang fleksibel. Skim ini berfungsi pada kadar rata dan tawaran kadar keuntungan serendah 8.38% p.a. Kemudahan ini membolehkan anda untuk menggabungkan hutang semasa dan 4 kredit atau komitmen pembiayaan peribadi menjadi satu bayaran ansuran bulanan individu.

4. Al Rajhi Islamic Personal Loan

Al Rajhi Personal Financing-I membantu anda memenuhi kelayakan kewangan anda. Al Rajhi Bank’s Personal Financing-I menyediakan anda platform untuk mengumpul tunai sebagai kegunaan peribadi. Sama ada digunkaan untuk megubai suai rumah atau sebagai dana pendidikan anak-anak di mana kemudahan yang disediakan memenuhi keperluan tersebut. Lihat beberapa ciri utama pinjaman tersebut.

Al Rajhi Bank merupkan salah satu daripada bank peruncitan terunggul islam selama bertahun tahun namun prestasinya pada tahun 2017 masih kukuh dalam ruang peruncitan perbankan.

Kami telah menyediakan anda maklumat terperinci pembiayaan islamik terbaik yang anda perlukan.

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals