Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Ketahui Bagaimana Kad Kredit Islamik Berfungsi

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 26 April, 2021

Anda ingin kemudahan kad kredit mematuhi shariah dan prinsipal perbankan Islam? Atau anda sedang mencari alternatif kepada kad kredit konvensional? Ketahui bagaimana kad kredit Islamik berfungsi, dan kad kredit Islamik terbaik di Malaysia melalui artikel ini.

Kad kredit Islamik, atau lebih dikenali sebagai Kad Kredit-i di Malaysia menawarkan pilihan untuk golongan Muslim untuk mendapatkan kemudahan penggunaan kad kredit sambil mengekalkan kepada shariah Islam.

Ia juga merupakan pilihan alternatif kepada golongan bukan Muslim kerana kad kredit Islamik tidak terhad hanya kepada golongan Muslim. Bagi golongan bukan Muslim, kad kredit Islamik boleh memberikan mereka lebih banyak pilihan selain daripada kad kredit konvensional.

Perbezaan kad kredit konvesional dan kad kredit Islamik

Kad kredit Islamik mempunyai fungsi yang sama seperti kad kredit konvensional, namun perbezaanya ialah pada ciri-ciri yang ditawarkan. Dibawah merupakan perbandingan ciri-ciri antara kad kredit konvensional dan kad kredit Islamik.

Ciri-ciri Kad Kredit Konvesional Kad Kredit Islamik
Faedah  Ya Tidak
Faedah kompaun  Ya Tidak, dan jumlah liability diketahui lebih awal
Rebat Pembayaran Awal  Tiada Ya
 Penapisan Transaksi Tiada Ya
Perlindungan Takaful Tiada, tetapi pemegang boleh dapatkan perlindungan insuran Ya
Bayaran Zakat  Tiada Ya

Ciri-ciri kad kredit Islamik

1. Mematuhi shariah

Kad kredit Islamik perlu mematuhi shariah dan bebas daripada sebarang aktiviti yang  melanggar undang-undang Islam. Perbezaan utama antara kad kredit Islamik dan kad kredit konvensional adalah larangan gharar dan riba. Gharar bermaksud berlebihan, manakala riba adalah mengenakan faedah. Selain itu, kad kredit Islamik tidak ada caj kompaun kerana caj berlebihan dilarang di bawah undang-undang shariah.

Kad kredit Islamik juga mempunyai sistem penapisan untuk memastikan bahawa kad kredit hanya akan digunakan untuk urus niaga halal. Ini bermaksud bahawa kad kredit Islamik tidak boleh digunakan untuk membeli alkohol, perjudian atau untuk aktiviti dan pembelian lain yang tidak dibenarkan Islam. Sekiranya kad digunakan untuk tujuan tersebut, pengeluar kad (iaitu pihak bank) tidak akan membenarkan dan transaksi tersebut akan ditolak.

2. Tiada faedah

Sebarang jenis caj faedah atau riba dilarang sama sekali di bawah undang-undang shariah, maka perkhidmatan yang disediakan oleh kad kredit Islam tidak boleh melibatkan apa-apa caj tersebut. Oleh itu, apa yang dilakukan oleh perbankan Islam adalah menyediakan kad kredit Islamik dengan mengenakan bayaran untuk perkhidmatan mereka, yang dikenali sebagai 'caj keuntungan'.

Caj tersebut akan hanya dikenakan sekiranya ada jumlah tertunggak yang tidak dibayar dalam tempoh yang ditentukan. Caj keuntungan biasanya dikira setiap hari pada 13.5% hingga 18% setahun. Caj tersebut akan dikenakan jika pemegang kad tidak lakukan bayaran sebelum tempoh yang ditetapkan bank.

Baca juga: Perbezaan Diantara Kadar Keuntungan dan Kadar Faedah

personal-loan-islamic

Caj keuntungan didasarkan pada sistem bertingkat, bermaksud jika anda ingin menikmati kadar yang lebih rendah untuk baki tertunggak anda, anda perlu memastikan anda menyelaraskan pembayaran anda tepat pada masanya. Ini kerana pembayaran lewat untuk baki tertunggak akan menyebabkan bank meningkatkan kadar keuntungan yang perlu anda bayar.

Kebiasaanya pembayaran balik bulanan minimum yang perlu dilakukan ialah sebanyak 5% daripada bil kad kredit (atau sekurang-kurangnya RM50 - bergantung kepada bank) pada tarikh matang setiap bulan.

Kegagalan untuk membuat pembayaran balik bulanan minimum akan menyebabkan caj kadar keuntungan ke atas baki tertunggak  naik ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, pemegang kad juga akan dikenakan denda lewat lewat 1% (atau sekurang-kurangnya RM10 - bergantung kepada bank) .

Sebagai contoh, kad kredit Islam ini dari Maybank mengenakan kadar keuntungan bergantung kepada jadual peringkat seperti di bawah:

Caj kadar keuntungan bertingkat

Caj Setiap Bulan Caj Tahunan Syarat Kadar Caj
1.25% 15%  Untuk pemegang kad kredit yang lakukan bayaran segera 12 kali dalam setahun
1.42% 17%  Untuk pemegang kad kredit yang lakukan bayaran segera 10 kali dalam setahun
1.50% 18% Untuk pemegang kad kredit yang lakukan bayaran segera kurang dari 10 kali dalam setahun

Kelebihan

Kad kredit biasanya menawarkan faedah dan keistimewaan, dan ia merupakan perkara yang sama untuk kad kredit Islamik. Kad kredit Islamik biasanya menawarkan perlindungan takaful, dan ada juga yang menawarkan perbelanjaan untuk khairiat kematian.

Ini bererti bank Islam yang menawarkan perbelanjaan khairiat kematian akan membayar premium untuk menampung sebahagian atau keseluruhan baki tertunggak pemegang kad kredit Islamik yang telah meninggal dunia. Selain itu, umat Islam juga akan menikmati kemudahan untuk membayar zakat mereka dengan kad kredit Islamik.

Lihat juga: Kad Kredit Islamik Terbaik di Malaysia

Konsep Shariah yang digunakan untuk kad kredit Islamik

Tawarruq

Konsep Tawarruq adalah berdasarkan asas di mana pembeli membeli komoditi dari penjual atas dasar pembayaran tertunda. Pembeli kemudian menjual komoditi yang sama kepada pihak ketiga di mana bayaran dibuat serta merta.

Apa yang dimaksud ialah pembeli meminjam wang tunai yang diperlukan daripada bank untuk membuat pembelian awal. Konsep ini menawarkan cara untuk mengambil pinjaman sambil memastikan pinjaman tersebut mematuhi prinsip shariah. Ini kerana sesuatu aset harus terlibat dalam semua jenis transaksi.

Konsep yang sama juga digunakan untuk kad kredit Islamik di mana seorang pelanggan akan membeli komoditi dari bank pada dasar keuntungan. Jadi konsep Tawarruq adalah pemindahan pemilikan sesuatu aset dari penjual kepada pembeli.

Oleh itu kad kredit di bawah konsep Tawarruq bermakna bank memberikan bantuan kepada pelanggan untuk membuat pembelian. Sebagai balasan pelanggan akan membayar bank untuk bantuan yang disediakan melalui cara caj keuntungan.

Contoh kad kredit Islam yang menggunakan konsep ini di Malaysia ialah Kad Kredit Platinum Visa Platinum - i dan Kad Kredit Klasik - i.

my_blog_islamiccc

Ujrah

Ujrah  ialah perkataan dari bahasa Arab yang jika diterjemahkan membawa maksud bayaran. Namun, biasanya ia digunakan secara khusus untuk bayaran yang dikenakan sebagai pertukaran untuk perkhidmatan.

Konsep shariah Ujrah yang digunakan oleh perbankan Islam merujuk kepada pembayaran yuran perkhidmatan sebagai pertukaran untuk perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Kebanyakan kad kredit Islamik di Malaysia berdasarkan konsep ini.

Pemegang kad kredit Islamik akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan, faedah dan keistimewaan yang disediakan oleh bank Islam dan bukan dikenakan faedah seperti perbankan konvensional. Pendahuluan tunai juga boleh didapati di bawah konsep Ujrah, dimana terdapat beberapa bank Islam yang menawarkannya bersama dengan perkhidmatan kad kredit Islamik. Kad kredit Islamik yang menggunakan konsep ini ialah Maybank Ikhwan dan CIMB Islamic MasterCard.

Umat Islam kini boleh yakin bahawa mereka mempunyai pilihan yang mematuhi shariah untuk kemudahan penggunaan kad kredit. Anda mahu mempunyai kemudahan kad kredit yang mematuhi shariah? Bandingkan kad kredit Islamik terbaik secara percuma di CompareHero.my hari ini.

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals