Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Perbezaan Diantara Kadar Keuntungan dan Kadar Faedah

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 01 June, 2021

Adakah anda tahu perbezaan antara kewangan Islam dan kewangan konvensional? Beberapa kemungkinan menyatakan bahawa pinjaman Islamik melarang urus niaga yang berteraskan faedah. Ianya nampak seperti mudah untuk difahamkan tetapi sekiranya kadar faedah ini dilarang, bagaimana pula seseorang memperoleh keuntungan di awal pelaburan.

Sebelum kita beralih ke topik seterusnya, mari kita fahami dahulu ringkasan sejarah berkenaan kewangan Islamik di Malaysia. Sistem kewangan Islamik di Malaysia telah memperlihatkan peningkatan dalam keperluan, penerimaan dan kemajuan sejak ianya diperkenalkan pada 1963.

Ia bermula dengan pertubuhan Lembaga Tabung Haji Malaysia(Tabung Haji) dan bank Islam pertama negara, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang mana mula beroperasi pada 1 Julai 1983.

Kini, model kewangan Islam Malaysia merupakan satu-satunya sistem perbankan Islam paling maju di dunia. Matlamat model kewangan Islam Malaysia adalah untuk beroperasi sejajar dengan sistem kewangan konvensional Malaysia. Untuk mencapai tahap ini, sistem kewangan Islam telah telah memperkenalkan sistemnya sebagai satu alternatif lain yang lebih banyak fungsinya berbanding sistem konvensional.
Sekarang, mari lihat apakah sebenarnya 2 konsep ini.

Pembiayaan peribadi Islamik harus dirangka secara berbeza. Ini disebabkan institusi-institusi kewangan Islam adalah dilarang daripada menjana kewangan berunsurkan kadar faedah melalui peminjaman wang. Di sini terdapat pelbagai konsep, tetapi kebanyakkan daripadanya termasuklah penjualan dan pembelian komoditi serta perkhidmatan yang telah diluluskan mengikut undang-undang Islam bagi memastikan ianya patuh shariah.
Pembiayaan peribadi Islamik dirangka dengan kadar keuntungan untuk menamatkan kadar faedah konvensional. Ini kerana pinjaman Islam tidak dilaksanakan dengan cara yang sama seperti pinjaman peribadi.

Kewangan Islam yang berfungsi di bawah Mudarabah adalah pembentukan daripada hubungan perniagaan: Di mana dalam situasi ini anda menyediakan wang dan pihak bank yang akan menjalankan perniagaan tersebut. Menjadi bahagian daripada hubungan perniagaan ini, nisbah perkongsian keuntungan telah ditentukan. Secara ringkasnya, (95% keuntungan dimiliki oleh pihak bank, dan 5% keuntungan adalah milik anda).

Berbeza dengan faedah, yang mana pihak bank telah menentukan terlebih dahulu jumlah keuntungan yang anda peroleh (rujuk kepada PSR). Yang mana jumlah keuntangan dibahagikan dengan jumlah sebenar pelaburan. Hasil daripada pembahagian tersebut merupakan peratusan keuntungan yang anda peroleh.

Di sini terdapat beberapa butiran yang menjelaskan perbezaan antara 2 jenis kewangan ini.

Prinsipal Kewangan Konvensional.

  • Dalam kewangan konvensional, pemberi pinjaman akan memberi pinjaman kepada peminjam untuk memperoleh keuntungan daripada caj faedah yang dikenakan ke atas jumlah prinsipal. Untuk pinjaman hartanah, peminjam akan membuat bayaran faedah ke atas jumlah prinsipal yang masih belum dibayar. Kadar faedah boleh jadi kadar tetap atau berteraskan ke atas kadar terapung. (e.g Base Interest Rate (BLR), Kuala Lumpur Interbank Offer Rate (KLIBOR).
  • Kontrak pinjaman untuk kewangan konvensional dikenali sebagai Perjanjian Pinjaman Fasiliti. Bayaran dibuat secara ansuran mengikut kepada tempoh masa yang telah ditetapkan. Keberuntungan setiap ansuran yang dibayar pergi kepada faedah perkhidmatan manakala bakinya dibayar untuk menyelesaikan prinsipal. Semakin cepat peminjam membuat bayaran principal, semakin murah membayar jumlah prinsipal.

Prinsipal Kewangan Islam.

  • Kewangan Islam dilarang berurus niaga berteraskan faedah (Riba), sebaliknya memperkenalkan konsep membeli sesuatu bagi pihak peminjam dan menjual semula kepada peminjam beserta keuntungan. Menggunakan faedah, kadar keuntungan didefinisi di dalam kontrak. Seperti kewangan konvensional, kadar keuntungan boleh menjdi kadar tetap atau berteraskan ke atas kadar terapung (Base Financing Rate or BFR).
  • Riba merupakan konsep dalam Islam yang merujuk secara meluas terhadap konsep peningkatan, kenaikan atau lebihan. Secara kasarnya, riba juga diterjemahkan sebagai sesuatu yang haram, meningkatkan eksploitasi dalam perniagaan dan perdagangan yang dijalankan di mana ianya menyalahi undang-undang Islam.

Di sini ada beberapa kelebihan dan kekurangan di antara kedua-dua jenis kewangan ini.

table-1

 

 

 

(Sumber Video daripada Al Rayan Bank YouTube)

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals