Cara Banding, Pilih & Apply Kad Kredit Yang Paling Bagus Untuk Anda


pilih-kad-kredit

Anda bakal memilih kad kredit untuk digunakan. Tetapi, dengan bilangan bank dan lebih dari 150 kad kredit di pasaran, bagaimana anda ingin membuat pilihan?

Ianya mungkin mengelirukan. Apa perbezaan antara kad kredit rebat tunai, air miles, mata ganjaran, tanpa yuran tahunan, dan Islamik? Artikel ini bakal memberi gambaran ringkas untuk setiap jenis kad kredit bagi membantu memilih kad kredit yang sesuai dengan gaya hidup anda. Pilih kategori yang anda inginkan, ataupun telusuri seluruh artikel ini untuk mendapatkan maklumat menyeluruh.

Sebelum memohon kad kredit juga, pastikan yang gaya perbelanjaan anda mampu menanggung bayaran tambahan dari penggunaan kad kredit. Jika tidak, anda mungkin akan terjebak dalam beban hutang yang tinggi (kadar faedah kad kredit di Malaysia ialah sekitar 18%).

Jenis-jenis Kad Kredit

Dalam memilih kad kredit, anda seharusnya mengenalpasti gaya perbelanjaan anda terlebih dahulu. Kemudian, pilih kad yang mampu menambahbaik dan memberi ganjaran berdasarkan perbelanjaan tersebut.

Antara kad kredit dipasaran ialah:

Kad kredit rebat tunai untuk perbelanjaan harian

Kad kredit ini akan memberikan anda pulangan rebat tunai untuk setiap Ringgit yang dibelanjakan. Kad ini merupakan antara yang paling popular di Malaysia disebabkan penjimatan yang ditawarkan.

Rebat tunai tersebut akan direkod setiap hujung kitaran penyata yang akan dikreditkan dalam akaun kredit kad anda. Sebagai contoh:

Kadar rebat kad kredit: 5%

Perbelanjaan pada bulan Julai 2017: RM100

Rebat / Penjimatan: 5% x RM100 = RM5

Belanja Bersih: RM95

Namun begitu, kadar rebat yang dikenakan biasanya tidak seringkas seperti diatas. Ada terma dan syarat yang bakal dikenakan, seperti had rebat, kadar rebat, perbelanjaan minima yang diperlukan, waktu perbelanjaan (Isnin – Jumaat @ Sabtu – Ahad), dan banyak lagi.

Siapa yang sesuai untuk menggunakan kad kredit rebat tunai?

Kad kredit rebat tunai biasanya sesuai untuk bagi pengguna yang berbelanja dalam kategori berikut:

  • Bayaran bill automatik
  • Perbelanjaan online
  • Petrol
  • Di Pasar Raya
  • Farmasi
  • Belanja Dapur
  • Telekomunikasi

Jika anda berbelanja dalam kategori diatas, anda patut mendapatkan kad kredit rebat tunai. Tetapi, dengan kadar rebat yang berbeza, buat kajian dan perbandingan terlebih dahulu untuk memiilih kad yang sesuai untuk anda.

Kad kredit rebat tunai yang betul akan membantu anda untuk mendapatkan penjimatan maksima.

my_creditcardpinarticle_blog01

3 Kad Kredit Rebat Tunai Terbaik di Malaysia

Kad Kredit Standard Chartered JustOne Platinum  Mastercard®

Kadar rebat tunai tertinggi di pasaran, dengan rebat sehingga RM1,000 setahun!

Pro

  • Kadar rebat 15% untuk bayaran bill automatik, perbelanjaan online, dan petrol. (Tertinggi di pasaran)
  • Kadar rebat 15% untuk perbelanjaan bulanan dari RM2,500
  • kadar rebat 10% untuk perbelanjaan bulanan dari RM1,500 , 5% untuk RM1000, dan 0.2% untuk perbelanjaan-perbelanjaan lain
  • Tawaran-tawaran eksklusif untuk jenama-jenama di seluruh negara

Kontra

  • Kadar rebat dihadkan kepada RM85 sebulan

Promosi

Mohon kad kredit melalui CompareHero.my dan pilih SALAH SATU hadiah berikut sebaik sahaja permohonan diluluskan dan kad diaktifkan:

  • Morphy Richards Accents 4 Slice Toaster bernilai PERCUMA

ATAU

  • 20″ + 24″ Condotti Trolley Bags bernilai RM999 PERCUMA

Gaji bulanan minima: RM2,000

Yuran tahunan: RM265 (termasuk GST)

Kad Kredit Alliance Bank You:nique Rebates

Kadar rebat tanpa had untuk semua perbelanjaan, dan anda boleh memilih reka bentuk kad dengan muka anda atau apa juga gambar yang anda inginkan

Pro

  • Kadar rebat tanpa had untuk semua perbelanjaan
  • Yuran tahunan dimansuhkan untuk 3 tahun pertama
  • Imej kad kredit berdasarkan pilihan sendiri
  • 3% rebat tunai untuk belanja RM2,001 – RM3,000 sebulan, 1.5% rebat tunai untuk belanja RM1,001 – RM2,000 sebulan, 0.5% rebat tunai untuk belanja RM0 – RM1,000 sebulan, dan 0.3% untuk belanja RM3,000 ke atas

Kontra

  • Kadar rebat yang rendah (0.3%) untuk perbelanjaan yang lebih tinggi, tetapi ianya tiada had jadi anda tetap memperoleh penjimatan

Promosi

Mohon kad kredit melalui CompareHero.my dan dapatkan 20″ + 24″ Condotti Trolley Bags bernilai RM999 PERCUMA sebaik sahaja permohonan diluluskan dan kad diaktifkan.

Gaji bulanan minima: RM2,000

Yuran tahunan: RM156.88 (termasuk GST)

Kad Kredit Citi Cash Back

Walaupun kadar rebat kad ini mungkin tidak tinggi berbanding kad-kad lain, tetapi pilihan kategorinya lebih banyak untuk pengguna.

Pro

  • Kategori rebat yang lebih meluas termasuklah perbelanjaan runcit, di restoran, dan banyak lagi
  • Yuran tahunan dimansuhkan untuk tahun pertama
  • Rebat automatik ke akaun anda sebaik sahaja mencecah nilai RM20
  • Rebat 5% untuk petrol dan 2% untuk perbelanjaan farmasi, barangan dapur, dan telekomunikasi

Kontra

  • Had rebat bulanan RM15 untuk petrol dan RM30 (barangan dapur)

Promosi

Mohon kad kredit melalui CompareHero.my dan dapatkan Phillips Juicer bernilai RM229 PERCUMA sebaik sahaja permohonan diluluskan dan kad diaktifkan.

Gaji bulanan minima: RM3,000

Yuran tahunan: RM127.20 (termasuk GST)

MY_AirMiles_blog01

Kad kredit Air Miles untuk yang selalu melancong

Kad kredit ini membolehkan anda memperoleh mata Air Miles untuk setiap Ringgit yang anda belanjakan dalam dan luar negara. Air Miles boleh digunakan untuk menebus tiket penerbangan atau menaik taraf tiket anda. Kad ini amat popular bagi mereka yang sering menggunakan penerbangan, kerana ganjaran-ganjaran tambahn yang ditawarkan seperti akses ke ruang plaza premium, insurans perjalanan percuma, dan diskaun untuk tempahan hotel ataupun restoran di luar negara.

Harus diingat, RM1 tidak sama dengan 1 Air Mile. Setiap bank memiliki kadar tukaran yang tersendiri, jadi pastikan anda memilih kad yang menawarkan Air Mile yang tertinggi untuk kegunaan anda. Sebagai contoh:

Kadar Air Miles:  RM 2 = 4 AirAsia BIG Points ATAU RM6 = 1 Enrich Mile

Perbelanjaan bulan Julai 2017: RM100

Air Miles terkumpul: 200 AirAsia BIG Points ATAU 17 Enrich Miles

Walaupun begitu, contoh ini tidak mengambil kira terma dan syarat yang dikenakan, seperti jenis mata ganjaran yang boleh ditebus, kadar Air Miles, tarikh tamat Air Miles, dan banyak lagi. Ketahui maklumat lebih lanjut mengenai kad kredit Air Miles dengan artikel ini: Terbang Lebih Jauh Dengan Kad Kredit Air Miles!

Siapa yang sesuai untuk menggunakan kad kredit Air Miles?

Kad kredit Air Miles sesuai digunakan bagi pengguna berikut:

  • Mereka yang sering menggunakan penerbangan, sama ada dalam ataupun luar negara
  • Gemar berkunjung ke ruang plaza premium di lapangan terbang
  • Sering menggunakan penerbangan AirAsia, Malaysia Airlines, atau Singapore Airlines
  • Inginkan ganjaran berkaitan dengan kelab golf, termasuklah fi hijau percuma
  • Inginkan diskaun semasa membuat tempahan di hotel
  • Selalu menggunakan kad kredit semasa di dalam atau luar negara
  • Ingin menebus tiket penerbangan percuma, atau menaik taraf kelas penerbangan
  • Inginkan insurans perjalanan tambahan

Jika anda memiliki ciri-ciri diatas, kad Air Miles sesuai untuk anda. Jadi, apa tunggu lagi? Bandingkan kad Air Miles di pasaran segera dan dapatkan lebih ganjaran setiap kali anda terbang!

3 Kad Kredit Air Miles Terbaik di Malaysia

Standard Chartered World Miles Mastercard®

Nikmati antara kad kredit Air Miles terbaik di pasaran

Pro

  • 3 WorldMiles setiap RM2 (luar negara); 1 WorldMiles setiap RM3 (dalam negara)
  • 2 WorldMiles = 1 AirMile Asia Miles, KrisFlyer, Enrich atau AirAsia BIG
  • Akses tanpa had ke Ruang Plaza Premium di KLIA dan KLIA2
  • Rebat tunai sehingga RM80 untuk Limosin Lapangan Terbang atau KLIA Ekspress sewaktu anda pulang dari penerbangan, dengan membuat 3 transaksi dalam tempoh 30 hari.

Kontra

  • Yuran tahunan yang mahal: RM600

 Promosi

Mohon kad kredit melalui CompareHero.my dan pilih SALAH SATU hadiah berikut sebaik sahaja permohonan diluluskan dan kad diaktifkan:

  • Morphy Richards Accents 4 Slice Toaster bernilai PERCUMA

ATAU

  • 20″ + 24″ Condotti Trolley Bags bernilai RM999 PERCUMA

 

Pendapatan Bulanan Minima: RM7,500

Yuran tahunan: RM636 (termasuk GST)

Maybank 2 Premier

Kad kredit dengan tukaran Air Miles terpantas

Pro

  • Tebus 1000 Air Miles: Enrich Miles (MAS)/ KrisFlyer Miles (Singapore Airlines) / Asia Miles dengan 4,770 mata TreatPoints.
  • 5 akses percuma ke Ruang Plaza Premium di Malaysia (untuk pemegang kad kredit prinsipal sahaja)
  • Insurans perjalanan sehingga RM2,000,000
  • Fi Hijau percuma di lebih 79 Kelab Golf di 15 negara
  • Diskaun sehingga 50% di SPG Hotel & Resorts

Kontra

  • TreatPoints tidak boleh didapati melalui perbelanjaan di agensi kerajaan

Promosi

Mohon kad kredit melalui CompareHero.my dan dapatkan Wireless JBL GO Speaker bernilai RM99 PERCUMA sebaik sahaja permohonan diluluskan dan kad diaktifkan.

Gaji bulanan minima: RM10,000

Yuran tahunan: RM848 (termasuk GST)

HSBC Visa Signature

Setiap perbelanjaan bakal diambil kira

Pro

  • 8 Reward Points untuk perbelanjaan luar negara dan online (matawang luar negara)
  • 5 Reward Points untuk perbelanjaan di pasaraya tempatan dan online (matawang RM), dan 1 Reward Point untuk perbelanjaan-perbelanjaan lain
  • Sehingga 100,000 Reward Points untuk pelanggan baru
  • 6 akses percuma ke Ruang Plaza Premium di KLIA, Lapangan Terbang Changi, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
  • Insurans perjalanan sehingga RM750,000

Kontra

  • Mata ganjaran untuk pembelian online berbeza mengikut matawang yang digunakan

Promosi

Mohon kad kredit melalui CompareHero.my dan dapatkan Wireless JBL GO Speaker bernilai RM99 PERCUMA sebaik sahaja permohonan diluluskan dan kad diaktifkan.

Gaji bulanan minima: RM6,000

Yuran tahunan: RM636 (termasuk GST)

MY_GroceryShoppingSuperhero_blog02

Kad kredit mata ganjaran untuk pelanggan setia

Kad kredit ini memberikan mata ganjaran untuk setiap Ringgit yang anda belanjakan. Mata ganjaran ini boleh digunakan untuk menebus hadiah-hadiah melalui katalog yang disediakan bank, yang terdiri dari peralatan rumah, pakaian berjenama, aksesori, alatan elektronik, dan banyak lagi.

Sama seperti kad kredit air miles, nilai 1 mata ganjaran tidak semestinya RM1. Setiap bank memiliki program mata ganjaran tersendiri. Sebagai contoh, Maybank menggunakan program TreatPoints, jadi pastikan anda semak program ganjaran setiap bank terlebih dahulu untuk mengetahui program yang sesuai dengan anda.

Contoh penebusan mata ganjaran adalah seperti berikut:

Program ganjaran: 8x Reward Points untuk setiap RM1 perbelanjaan runcit

Belanja runcit bulan Julai: RM75

Mata ganjaran: 600 Reward Points

600 mata ganjaran ini mungkin kelihatan banyak, namun anda harus sedar apakah nilai mata ganjaran tersebut dalam Ringgit. Contohnya, 600 Reward Points mungkin boleh menebus baucer AEON bernilai RM10 sahaja. Jadi, rujuk katalog program ganjaran sebelum memilih kad bagi memastikan mata ganjaran anda benar-benar bernilai.

Siapa yang sesuai untuk menggunakan kad kredit mata ganjaran?

Kad kredit mata ganjaran sesuai untuk pengguna yang:

  • Inginkan kad yang menawarjan ganjaran untuk setiap pembelian, tanpa banyak syarat
  • Pengguna setia satu jenis kad kredit sahaja
  • Ingin kebebasan untuk memilih ganjaran kad kredit berbanding terikat kepada satu sahaja (rebat, ataupun air miles)
  • Tidak sesuai untuk mereka yang gemarkan rebat ataupun air miles

Kad kredit ini secara amnya sesuai jika anda gemar menebus ganjaran-ganjaran yang berbeza. Jika anda inginkan rebat petrol atau rebat tunai, kad kredit dengan rebat lebih sesuai untuk anda. Jadi, jangan berlengah dan mohon kad kredit ini segera!

3 kad kredit mata ganjaran terbaik di Malaysia

Maybank 2 Gold Card

Kad kredit tanpa yuran tahunan dan dengan mata ganjaran sehingga 5 kali ganda untuk semua perbelanjaan.

Pro

  • Tanpa yuran tahunan
  • 5x TreatPoints untuk semua pembelian menggunakan kad kredit American Express Reserve , dalam dan luar negara
  • 1x TreatPoint untuk pembelian dengan kad Visa/Mastercard®
  • Diskaun sehingga 50% di SPG Hotel & Resorts di Malaysia

Kontra

  • Tiada mata ganjaran diberikan untuk perbelanjaan di Jabatan Kerajaan

Promosi

Mohon kad kredit melalui CompareHero.my dan dapatkan Wireless JBL GO Speaker bernilai RM99 PERCUMA sebaik sahaja permohonan diluluskan dan kad diaktifkan.

Gaji bulanan minima: RM3,000

Yuran tahunan: TIADA

HSBC Visa Platinum

Kad kredit yang menawarkan 8x mata ganjaran untuk perbelanjaan anda

Pro

  • 8x Reward Points untuk pembelian di Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall
  • 5x Reward Points untuk pembelian di pasaraya terpilih, dan 1x Reward Points untuk pembelian-pembelian lain
  • Ganjaran eksklusif dan diskaun di lebih dari 6,500 pasaraya seluruh negara

Kontra

  • 8x Reward Points terhad sehingga RM3,000 sebulan

Promosi

Mohon kad kredit melalui CompareHero.my dan dapatkan Wireless JBL GO Speaker bernilai RM99 PERCUMA sebaik sahaja permohonan diluluskan dan kad diaktifkan.

Gaji bulanan minima: RM3,000

Yuran tahunan: RM254.40 (termasuk GST)

Standard Chartered Visa Platinum Card

Ganjaran berganda untuk perbelanjaan anda

Pro

  • Tiada yuran tahunan
  • 5x 360o Reward Points untuk perbelanjaan di Restoran, Pasaraya, dan di luar negara
  • 1x 360o Reward Point untuk pembelian lain
  • Akses ke Global Helpdesk 24/7 jika sesuatu berlaku dengan kad anda

Kontra

  • Kad ini memiliki kadar faedah yang agak tinggi, iaitu sekitar 15%

Promosi

Mohon kad kredit melalui CompareHero.my dan pilih SALAH SATU hadiah berikut sebaik sahaja permohonan diluluskan dan kad diaktifkan:

  • Morphy Richards Accents 4 Slice Toaster bernilai PERCUMA

ATAU

  • 20″ + 24″ Condotti Trolley Bags bernilai RM999 PERCUMA

 

Gaji bulanan minima: RM2,000

Yuran tahunan: TIADA

The Best HSBC Credit Cards | CompareHero.my

Kad kredit tanpa yuran tahunan untuk penjimatan berganda

Kad kredit ini tidak mengenakan sebarang yuran tahunan untuk pengguna. Di Malaysia, yuran tahunan kad kredit, yang bertujuan sebagai caj peyelenggaraan oleh bank, adalah sekitar RM75 hingga RM800. Ini bermakna anda boleh menjimatkan sehingga ratusan Ringgit tanpa sebarang yuran tahunan. Kadang kala, faedah dan ganjaran yang ditawarkan menyamai dengan kad kredit dengan yuran tahunan.

Siapakah yang sesuai menggunakan kad kredit tanpa yuran tahunan?

Jika anda mencari kad kredit asas, ianya sesuai untuk anda yang:

  • Jarang menggunakan kad kredit, dan hanya menggunakannya untuk keperluan sahaja
  • Graduan yang baru bekerja dan ingin membina sejara kredit
  • Pengguna pertama kad kredit yang masih belum biasa dengan cara menggunakan kad kredit dengan betul

Jika anda memiliki ciri-ciri diatas, teruskan ke laman ini untuk membandingkan kad kredit tanpa yuran tahunan yang sesuai dengan anda.

Kad kredit tanpa yuran tahunan terbaik di Malaysia

Citi Simplicity+ Card

Seperti nama kad ini, memudahkan dan meringkaskan ialah motif utama.

Pro

  • Tiada yuran tahunan
  • Rebat faedah 10% untuk pembelian dan tunai pendahuluan setiap bulan jika anda membuat sekurang-kurangnya bayaran tertunggak minima tepat pada masanya
  • Rebat akan dikreditkan secara automatik pada penyata yang akan datang

Kontra

  • Kadar faedah yang tinggi sehingga 15% setahun

 Promosi

Mohon kad kredit melalui CompareHero.my dan dapatkan Phillips Juicer bernilai RM229 PERCUMA sebaik sahaja permohonan diluluskan dan kad diaktifkan.

Gaji bulanan minima: RM2,000

Yuran tahunan: TIADA

Alliance Bank You:nique Rewards

Dapatkan ganjaran berganda

Pro

  • 2x Timeless Bonus Points untuk setiap RM1
  • Pendaftaran automatik ke Program Alliance Bank OneRewards, yang membolehkan anda untuk meraih mata ganjaran melalui produk-produk Alliance Bank yang lain

Kontra

  • Yuran tahunan percuma hanya untuk 3 tahun pertama

Promosi

Mohon kad kredit melalui CompareHero.my dan dapatkan 20″ + 24″ Condotti Trolley Bags bernilai RM999 PERCUMA sebaik sahaja permohonan diluluskan dan kad diaktifkan:

Gaji bulanan minima: RM2,000

Yuran tahunan: TIADA untuk 3 tahun pertama (RM166.42 selepas tempoh tersebut)

islamic credit card

Kad kredit Islamik untuk transaksi patuh Syariah

Kad kredit Islamik juga dikenalpasti kad kredit-i di Malaysia. Mempunyai fungsi sama seperti kad konvensional, kad ini mempunyai ciri-ciri Islamik untuk memastikan urusniaga yang berjalan patuh Syariah. Contohnya, kad ini tidak mengenakan sebarang faedah, kerana ianya haram disisi Syariah. Sebaliknya, ia menggunakan kadar keuntungan yang tetap. Kad kredit Islamik juga biasanya datang dengan perlindungan Takaful.

Bank-bank di Malaysia yang menawarkan kad kredit Islamik ialah:

  • BSN
  • HSBC Amanah
  • Public Islamic Bank
  • Bank Rakyat
  • RHB Islamic
  • CIMB Islamic
  • AmBank Islamic
  • Bank Islam
  • Maybank Islamic

Lihat juga: Kad kredit Islamik Terbaik di Malaysia

Siapa yang sesuai menggunakan kad kredit Islamik?

Kad kredit Islamik sesuai untuk mereka yang mencari produk yang patuh Syariah, dan juga mempunyai perlindungan Takaful untuk pengguna dan keluarga. Malah, kad-kad kredit Islamik turut menawarkan faedah seperti mata ganjaran dan rebat tunai seperti kad konvensional. Jadi, pengguna bukan Muslim juga boleh mengambil kesempatan untuk memohon kad ini!

3 Kad Kredit Islamik Terbaik di Malaysia

Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card

Kad kredit yang membantu anda berbakti kepada masyarakat

Pro

  • Rebat 5% untuk Petrol dan Belanja Dapur
  • 1x TreatPoints untuk pembelian dalam dan luar negara
  • Kad Maybank Touch ‘n Go ZING percuma
  • Pengguna bertuah bakal menerima pakej Umrah untuk dua orang setiap minggu (pakej percutian untuk pengguna bukan Muslim)

Kontra

  • Rebat hanya pada hari Jumaat dan Sabtu
  • Had rebat ialah RM50 sebulan

Promosi

Mohon kad kredit melalui CompareHero.my dan dapatkan Wireless JBL GO Speaker bernilai RM99 PERCUMA sebaik sahaja permohonan diluluskan dan kad diaktifkan.

Gaji bulanan minima: RM2,500

Yuran tahunan: TIADA

CIMB Islamic PETRONAS Mastercard®

Gunakan kad ini untuk ganjaran istimewa di Petronas sepanjang tahun

Pro

  • Rebat 7% di Petronas bagi baki penyata dari RM3,000
  • Rebat 3% di Petronas bagi baki penyata dibawah RM3,000, dan 0.2% untuk pembelian-pembelian lain
  • Ganjaran istimewa di outlet Automobil seperti CARs International dan Lim Tayar

Kontra

  • Had rebat bulanan sebanyak RM50

Gaji bulanan minima: RM2,000

Yuran tahunan: TIADA

HSBC Amanah MPower Visa Platinum Credit Card-i

Nikmati ganjaran untuk pembelian anda setiap hari.

Pro

  • Rebat 8% untuk Petrol dan Belanja Barangan Dapur
  • Rebat 2% untuk pembelian lain
  • Ganjaran eksklusif dan layanan VIP di lebih 6,500 outlet seluruh negara

Kontra

  • Rebat 8% memerlukan pembelian bulanan RM2,000 ke atas
  • Had rebat RM50 sebulan

Promosi

Mohon kad kredit melalui CompareHero.my dan dapatkan Wireless JBL GO Speaker bernilai RM99 PERCUMA sebaik sahaja permohonan diluluskan dan kad diaktifkan.

Gaji bulanan minima: RM3,000

Yuran tahunan: RM254.40 (termasuk GST)

Dengan pelbagai kategori yang ditawarkan, anda pasti ingin tahu kad-kad dengan tawaran terbaik dari CompareHero.my. Gunakan sahaja jadual perbandingan kad kredit dan mohon kad kredit yang sesuai untuk anda.

Save

Tags: