Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Tips Beli Barangan Guna Pelan Bayaran Ansuran

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 11 March, 2021

Jika anda merupakan pengguna kad kredit, salah satu ciri kad kredit ini sudah pasti anda ketahui. Tetapi, adakah anda tahu bagaimana pelan bayaran ansuran ini berfungsi? Artikel ini akan menghuraikan fakta tersebut dan juga membantu anda untuk memaksimakan kelebihan yang terdapat pada ciri tersebut.

Apa itu pelan bayaran ansuran?

Pelan bayaran ansuran (instalment payment plan) atau pelan bayaran mudah (easy payment plan)  adalah perkhidmatan yang sama. Ia memberikan kemudahan untuk menggunakan kad kredit anda untuk pembayaran berjumlah tinggi kemudian membuat bayaran ansuran untuk satu tempoh tertentu.

Tempoh tersebut bergantung kepada bank pengeluar kredit kad. Biasanya tempoh tersebut sekitar 3 hingga 36 bulan. Pelan bayaran ansuran ini berguna terutama untuk membuat bayaran bagi produk dengan harga yang tinggi, seperti barangan elektrik dan perabot. Namun ada beberapa perkara yang anda perlu tahu untuk mengambil kesempatan daripada perkhimatan ini.

Bagaimanakah anda boleh memaksimakan kelebihan pelan bayaran ansuran?

1. Pastikan caj faedah ialah sifar

Bagi memaksimakan kelebihan pelan bayaran ansuran anda, pastikan pelan tersebut menawarkan kadar faedah 0% . Kadar ini sebenarnya bergantung kepada bank dan juga peniaga yang mengambil bahagian dengan perkhidmatan ini. Kadangkala anda akan dikenakan caj apabila menggunakan pelan ini.

Tip: Pastikan anda membaca dengan teliti terma dan syarat pelan bayaran ansuran kad kredit anda bagi memastikan tiada kos tersembunyi.

Baca juga: Perbezaan Diantara Kadar Keuntungan dan Kadar Faedah

2. Pastikan anda membeli barangan di peniaga yang mengambil bahagian

Sebelum anda terburu-buru membeli barangan yang anda inginkan, pastikan peniaga tersebut merupakan sebahagian dari senarai peniaga yang mengambil bahagian dalam pelan bayaran ansuran kad kredit anda. Ingat, bukan semua peniaga tersenarai, jadi pelan ini hanya boleh digunakan dengan peniaga tertentu sahaja.

3. Fahami terma dan syarat pelan tersebut

Sepertimana pembelian dengan kad kredit, anda perlu membayar ansuran tepat pada masanya. Jika tidak, kadar faaedah 0% yang ditawarkan mungkin akan ditarik balik dan anda akan dikenakan faedah 12-18% untuk baki tertunggak ansuran. Jadi, jangan bertangguh dalam membuat bayaran!

Selain itu, sesetengah bank turut memberi kelonggaran bagi anda untuk membuat bayaran minima 5% atau sekurang-kurangnya RM 50 berbanding bayaran ansuran penuh. Tetapi, harus diingat yang baki tertunggak anda akan masih dikenakan kadar faedah penuh jika anda memilih cara ini.

my_blog_installmentpayment_1

Situasi anda tidak patut gunakan pelan bayaran ansuran

Gajet elektronik seperti telefon bimbit baharu atau komputer riba kebiasaanya berharga tinggi dan boleh memberi kesan kepada kewangan anda. Jika anda lakukan pembayaran menggunakan kad kredit, tetapi anda tidak mampu untuk melakukan pembayaran penuh pada akhir bulan anda kemudiannya akan perlu menanggung kadar faedah setiap bulan untuk baki yang anda tidak mampu bayar.

Oleh itu jika anda untuk membeli telefon bimbit baharu atau ingin beli gajet elektronik, anda disyokan untuk menggunakan bayaran ansuran. Ini boleh membantu anda untuk tidak perlu keluarkan satu jumlah wang yang besar sekaligus.

Contohnya anda ingin membeli Macbook. Jika anda memiliki kad kredit AmBank, anda boleh membayarnya dengan ansuran menggunakan Pelan Bayaran Mudah AmBank pada kadar faedah 0%. Tetapi ini hanya jika anda membeli di kedai Machines yang merupakan salah satu peniaga yang mengambil bahagian. Anda kemudiannya boleh lakukan bayaran ansuran sehingga 24 bulan.

Anda berminat? Klik dibawah untuk memohon kad kredit AmBank dan anda boleh menggunakan Pelan Bayaran Mudah AmBank pada kadar faedah 0%. 

Untuk peralatan perumahan seperti peti sejuk atau ketuhar yang juga merupakan barangan yang berharga mahal, sekiranya pilihan untuk membayar menggunakan pelan bayaran mudah anda juga seharusnya ambil kesempatan tersebut. Ini kerana dengan menggunakan pelan bayaran mudah akan bantu anda menguruskan aliran tunai anda.

Situasi sesuai untuk anda gunakan pelan bayaran ansuran

Jangan gunakan pelan bayaran ansuran untuk membayar pakej gymnasium atau salon. Ingat bahawa anda akan tetap perlu bayar kepada pihak bank walaupun pihak gim atau salon tersebut menutup perniagaan. Jadi elakkan daripada menggunakan pelan bayaran ansuran untuk membayar perkhidmatan.

Selain itu, jangan beli apa yang anda tidak mampu. Pelan bayaran ansuran seharusnya hanya digunakan untuk membantu aliran tunai anda apabila anda perlu lakukan pembelian yang memerlukan wang tunai yang banyak. Ia bukan untuk membeli barangan yang diluar kemampuan anda.

Ini kerana sekiranya anda melalukan pembelian diluar kemampuan anda menggunakan pelan pembayaran ansuran, anda boleh kehilangan wang anda jika anda tidak mampu dan tidak berdisiplin. Jika anda terlepas bayaran, kadar faedah 0% tersebut akan ditarik balik tanpa notis.

Anda kemudian akan dikenakan caj kadar faedah setinggi 18% untuk jumlah baki sehingga anda habis lakukan pembayaran. Selain daripada itu, anda juga akan dikenakan caj oleh kerana pembayaran lewat, jadi akhirnya anda perlu membayar lebih mahal daripada harga asal barangan tersebut.

Ingat apabila anda menggunakan pelan bayaran ansuran akan menjejaskan had kad kredit anda. Contohnya, jika kad kredit anda mempunyai had RM10,000 dan anda gunakan pelan bayaran ansuran untuk membeli telefon bimbit baharu berharga RM3,300. Had kad kredit anda kemudian akan menurun ke RM6,700. Tetapi jangan risau, had kad kredit anda akan kembali ke jumlah asal setelah anda melangsaikan bayaran ansuran tersebut.

Berkaitan: Kelebihan Menggunakan Kad Kredit Berbanding Tunai

Pelan bayaran ansuran terbaik di Malaysia

Pelan Ambank 0% Easy Payment

  • Kadar Faedah 0%
  • Pelan ansuran untuk 3 hingga 24 bulan
  • Belian minima: RM 500
  • Peniaga yang mengambil bahagian termasuklah: AEON, Harvey Norman, KPJ, Machines, Ogawa, dan Tomei Gold & Jewellery.
  • Tiada caj pengendalian.

Save

Save


APPLY NOW!

Pelan Maybank EzyPay

  • Kadar faedah 0%
  • Pelan ansuran untuk 3 hingga 36 bulan.
  • Peniaga yang mengambil bahagian: Harvey Norman, Benz & BMW Service Centre, Fotokem, Tropicana Medical Centre, dan Celcom.
  • Untuk pengguna kad kredit Mastercard, Visa, atau American Express yang dikeluarkan Maybank dan Maybank Islamic.
  • Tiada caj pengendalian.


APPLY NOW!

Pelan BSN 0% EasyPay

  • Kadar faedah 0%.
  • Pelan ansuran sehingga 36 bulan.
  • Belian minima: RM 500
  • Rakan Niaga: Gintell, Ogawa, Courts, Celebrity Warehouse, dan Seiketsu Enterprise Sdn Bhd.
  • Tiada caj tambahan.


APPLY NOW!

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals