Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Bagaimana Untuk Mengira Nisbah Khidmat Hutang Anda?

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 21 March, 2019

Apa Itu Nisbah Khidmat Hutang (debt service ratio)?

Jika anda penah memohon pinjaman untuk membeli kereta, rumah, ataupun pinjaman peribadi, anda mungkin pernah dengar istilah DSR yang digunakan oleh pegawai bank sewaktu menerangkan ciri pinjaman yang anda mohon. DSR (debt service ratio) atau nisbah khidmat hutang ialah  antara kriteria penting yang digunakan oleh bank sewaktu menentukan kelayakan peminjam. Nisbah ini mengira berapa jumlah pinjaman yang anda mampu pinjam sebelum anda sampai ke tahap dimana anda tidak mampu lagi untuk lakukan pembayaran balik pinjaman. Pengiraan nisbah ini mengambil kira baki tertunggak dan juga hutang lain yang anda ada. Kemudian jumlah tersebut dibandingkan dengan pendapatan anda.

Selain daripada nisbah khidmat hutang, terdapat factor lain yang digunakan oleh pihak bank seperti laporan CCRIS dan CTOS anda untuk memastikan mereka tidak meluluskan pinjaman kepada pemohon yang berisiko. Namun, dalam artikel ini, kita akan fokus ke nisbah khidmat hutang dan bagaimana ia boleh mempengaruhi kelulusan pinjaman anda.

Mengapa Nisbah Khidmat Hutang Saya Penting?

Nisbah khidmat hutang anda penting kerana ia menjadi salah satu faktor yang menentukan sama ada bank akan meluluskan permohonan pinjaman anda ataupun tidak. Menurut laporan suku pertama 2016 oleh Bank Negara, “…kira-kira 80% daripada pinjaman baru telah dikeluarkan kepada peminjam dengan nisbah khidmat hutang agregat di bawah 60%”

Ini menunjukkan bahawa pihak bank giat berusaha untuk mengurangkan pendedahan risiko kredit apabila meluluskan pinjaman kepada peminjam, serta memastikan peminjam mampu mengekalkan kapasiti hutang mereka. Atau dari segi bahasa mudah: bank melindungi kepentingan mereka dan juga anda dengan memastikan anda tidak meminjam lebih dari kemampuan anda dan jatuh muflis, sekali gus menyebabkan pihak bank kehilangan wang melalui pinjaman yang tidak baik.

Jadi sama ada anda ingin mengaku ataupun tidak, nisbah khidmat hutang anda akan mempengaruhi peluang permohonan pinjaman anda untuk diluluskan, namun ia adalah untuk kebaikan anda sendiri.

Bagaimana Untuk Mengira Nisbah Khidmat Hutang Saya?

Langkah pertama yang anda perlu ambil sewaktu mengira nisbah khidmat hutang anda ialah dengan mengumpulkan semua dokumen berkaitan dengan pendapatan peribadi dan komitmen kewangan anda. Jadi kumpulkan slip gaji bulanan, penyata KWSP, perjanjian sewa beli, surat pinjaman peribadi atau gadai, dan dokumen lain yang berkenaan kewangan anda. Anda boleh rujuk senarai dibawah sebagai panduan:

Komitmen Bulanan

Pendapatan Bulanan

Ansuran kereta

Gaji bersih (selepas potongan KWSP, PERKESO dan cukai)

Ansuran pinjaman peribadi

Hasil sewaan (bilik, rumah, hartanah lain)

Ansuran rumah

Duit PRS (untuk pesara)

Bayaran minima kad kredit

Untung atau dividen perniagaan

Bergantung kepada jenis pinjaman yang anda mohon, bukan semua bank akan menerima bayaran minima kad kredit anda sebagai komitmen bulanan. Tetapi, kami cadangkan anda sertakan komitmen tersebut untuk meningkatkan peluang permohonan anda diluluskan.

pinjaman peribadi standard chartered

Setelah anda mengumpulkan semua dokumen yang diperlukan, gunakan formula dibawah untuk mengira nisbah khidmat hutang anda:

                              Komitmen bulanan

                            __________________     x 100% = nisbah khidmat hutang

                                Pendapat bulanan

Sebagai contoh:

                                    400

                                   _____     x 100% = 66.67%

                                   6000

Rosie memiliki pendapatan bulanan bersih sebanyak RM 6,000 dan sedang membayar 2 pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan pada jumlah kos RM 4,000 sebulan.

Walaupun Rosie mempunyai penjamin untuk pinjaman perumahan, pengiraan diatas menunjukkan nisbah khidmat hutangnya ialah 66.67%, iaitu hampir capai had 70%. Secara asasnya, komitmen kewangan tidak boleh melebihi 1/3 dari pendapatan bulanan anda. Tetapi, pihak bank mempunyai piawaian berbeza mengenai kadar nisbah khidmat hutang untuk meluluskan permohonan pinjaman.

Dalam kes Rosie, dia berkemungkinan berhadapan masaalah untuk memohon pinjaman di masa hadapan. Ini kerana jika ia diluluskan, komitmen kewangan Rosie akan membuatkan kadar nisbah khidmat hutangnya meningkat lebih dari 70%.

Bagaimana Untuk Menambah baik Nisbah Khidmat Hutang Saya?

Jika banyak permohonan pinjaman anda tidak diluluskan, sudah tiba masanya anda mengambil langkah untuk perbaiki kadar nisbah khidmat hutang anda dan mulakan pelan kewangan untuk mengatasi hutang anda. Ini boleh dilakukan dengan menguruskan pembayaran hutang anda dengan baik. Salah satu cara untuk anda langsaikan hutang anda satu-persatu ialah dengan menggunakan kaedah snowball.

Selain itu, beberapa orang juga pilih untuk satukan  beberapa pembayaran hutang mereka ke satu pinjaman untuk memudahkan urusan pembayaran semula dan mengurangkan kadar faedah yang dikenakan.

Nasihat kami, anda perlu kurangkan jumlah pinjaman dan kredit dibawah nama anda. Ini supaya pendapatan anda tidak akan dihabiskan untuk membayar pelbagai hutang yang juga akan memberi kesan buruk terhadap kedudukan kredit anda.

Sama ada anda memilih untuk melangsaikan hutang anda satu persatu ataupun mengumpulkannya dalam satu pinjaman, melangsaikan hutang anda akan menguntungkan anda di masa hadapan, seperti untuk kelulusan permohonan pinjaman rumah atau kereta.

Save

Save

ZERO Annual Fee, FREE for Life

1X Happy Points for every 1RM spend

FREE BSN Zing PLUSMiles Card

cta-apply-now

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals