Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Contoh Kes Penipuan Duit Dan Modus Operandi Scammer Di Malaysia

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 02 August, 2019

*Dikemaskini pada 2 Nov 2017

Menurut satu kaji selidik dari syarikat telekomunikasi Telenor Group, rakyat Malaysia amat mudah diperangkap sindiket penipuan. Hampir setiap hari, ada sahaja berita mengenai rakyat Malaysia ditipu hampir ratusan ribu Ringgit terpapar. Jadi, kami senaraikan antara sindiket penipuan yang kerap memerangkap rakyat Malaysia untuk memudahkan anda waspada tentang ciri-ciri sindket tersebut dan modus operandi yang sering digunakan.

Sindiket Pakej Pelancongan

Berhati-hati jika anda ditawarkan pakej pelancongan dengan harga yang terlampau murah, terutamanya melalui media sosial. Sindiket ini semakin kerap berlaku, dan taktik yang biasa digunakan ialah:

  • Iklan melalui media sosial (Facebook, Instagram)
  • Pakej yang disediakan ke lokasi pelancongan popular (i.e. Pulu Redang, Pulau Perhentian)
  • Lebih murah dari harga pasaran iaitu RM 200 – RM 250 untuk pakej 3 malam.
  • “Ejen” tiba-tiba tidak dapat dihubungi selepas pembayaran dilakukan.

Kebelakangan ini, antara sindiket yang sering berlaku ialah sindiket penipuan pakej Umrah dan Haji.

Salah satu cara mudah untuk anda mengenalpasti sindiket penipuan adalah melalui harga yang ditawarkan. Untuk kes Umrah contohnya, harga pakej yang kurang dari RM 5000 hendaklah diselidik dengan teliti terlebih dahulu. Ini kerana pakej Umrah biasanya akan meliputi 12 – 14 hari, dan tidak logik ejen boleh menjana keuntungan dengan pakej semurah itu. Bagi pakej menunaikan Haji pula, kami sarankan agar anda memohon melalui Tabung Haji untuk mengelak risiko ditipu.

Jika anda ingin mencari pakej pelancongan yang murah, anda boleh dapatkanya di ekspo pelancongan seperti MATTA Fair (bakal dianjurkan pada 17-19 Mac di PWTC, KL). Agensi pelancongan yang membuat pameran disana telah melalui saringan oleh MATTA (Malaysian Association of Tour and Travel Agents), jadi anda tidak perlu risau tentang risiko ditipu.

Tip tambahan: Periksa melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk mengesahkan status ejen pelancongan.

Sindiket Visa Pelancongan

Sindiket penipuan Visa Australia merupakan antara yang paling popular. Modus Operandi adalah dengan membuat tawaran untuk penjimatan masa dan wang dengan menggunakan servis mereka. Malangnya, penipuan tersebut bakal menyebabkan wang mangsa ‘hangus’, dan terkandas tanpa visa.

Tip: Berurus melalui saluran yang disahkan (kedutaan atau agensi pelancongan yang berlesen). Untuk Visa Australia, anda boleh membuat permohonan melalui Australian Visa Application Centre di VFS Global.

Anda juga perlu berhati-hati dengan tawaran Visa untuk bekerja di Australia, terutamanya untuk pekerjaan pemetik buah. Bukan semua Visa membenarkan anda untuk bekerja disana. Jika anda bekerja di Australia tanpa Visa yang sah, anda boleh ditahan dan dilarang untuk memasuki Australia untuk tempoh hampir 3 tahun.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai sindiket penipuan visa Australia, anda boleh menghubungi Pesuruhjaya TInggi Australia melalui email visakl@dfat.gov.au. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut tentang visa Australia di laman web Australian High Commission.

my_blog_scams_3-jpg

Sindiket Penipuan Hartanah

Sebelum membeli tanah, pastikan anda telah melakukan kaji selidik dengan teliti terlebih dahulu. Sindiket penipuan hartanah di Malaysia kebiasaannya akan menawarkan hartanah yang lebih murah dari harga pasaran.Malangnya, selepas membuat bayaran, mangsa baru sedar geran tanah yang telah dipalsukan dan tanah tersebut telah berdaftar dibawah nama orang lain.

Untuk melindungi diri anda dari sindiket ini, pastikan semua perjanjian dibuat dengan jelas. Jangan lupa untuk menggunakan khidmat peguam bagi melindungi anda, terutamanya jika anda tidak mahir tentang proses pembelian hartanah.

  • Pastikan hartanah yang anda ingin beli dibawah geran individu. Jangan terpedaya dengan helah lawatan tapak ke lokasi hartanah tersebut. Minta salinan geran individu hartanah tersebut dan periksa di pejabat pengarah tanah.
  • Periksa kawasan tanah tersebut. Jika anda membeli tanah dengan niat untuk membina rumah, pastikan ianya di kawasan perumahan. Contohnya jika tanah tersebut di kawasan perindustrian, hasrat anda akan terhalang.
  • Gunakan khidmat peguam sewaktu urusan jualbeli bagi melindungi hak anda. Jangan bergantung kepada khidmat peguam yang disediakan penjual, kerana terdapat risiko yang peguam tersebut akan lebih berat sebelah ke pihak penjual.
  • JANGAN sesekali menurunkan tandatangan ke atas perjanjian atau dokumen sebelum membacanya dengan teliti dan mendapatkan penjelasan dari peguam anda.

Selain itu, jangan lakukan sebarang pembayaran deposit jika anda boleh mendapatkan dokumen dan belum lakukan pemeriksaan. Walaupun pihak penjual mungkin memaksa anda untuk menyegerakan urusan dengan mengatakan anda boleh terlepas peluang untuk memiliki hartanah tersebut, beritahu bahawa anda mahu melalui proses yang betul.

personal-loan-generic-banner

Sindiket penipuan loteri

Jika anda perfikiran bahawa rakyat Malaysia tidak lagi terperdaya dengan sindiket penipuan loteri, seorang lelaki telah kehilangan RM120,000 duit simpananya setelah terpedaya sindikit loteri.

Anggota sindiket akan memaklumkan anda telah memenangi cabutan bertuah, atau mempelawa anda untuk mencuba cabutan loteri mereka. Kebiasaannya, anggota sindiket akan bergerak dalam satu kumpulan. Anda biasanya akan diberitahu telah memenangi hadiah bernilai (pakej pelancongan, barangan elektronik, telefon pintar dan lain-lain), tetapi anda perlu membuat bayaran terlebih dahulu untuk dapatkan hadiah anda. Seperti kes diatas, anggota sindiket juga boleh berpura-pura meminta pertolongan mangsa untuk menuntut hadiah, dengan menjanjikan sebahagian dari hadiah tersebut dengan syarat mangsa memberi sejumlah wang sebagai cagaran. Selepas memberikan wang tersebut, anggota sindiket terus menghilangkan diri.

Tip: Jika anda benar-benar memenangi cabutan bertuah atau hadiah, anda tidak perlu membuat sebarang bayaran deposit. Jika anda diminta untuk berbuat sedemikian, terus beredar dari situ dan supaya anda tidak terjebak dengan sindiket seperti ini.  

my_blog_scams_2-jpg

Sindiket Penipuan Afrika

Laporan pada awal 2016 telah menunjukkan rakyat Malaysia kerugian hampir RM 44 juta oleh kerana sindiket penipuan Afrika. Baru-baru ini, pihak polis telah menahan 44 anggota sindiket Afrika ini. Apa yang menyedihkan, walaupun laporan berita mengenai sindiket ini sering tersebar, masih ramai yang terpedaya, dengan 90% dari mangsa terdiri daripada golongan wanita.

Berikut merupakan taktik yang biasa digunakan sindiket ini:

  • Berkenalan melalui media sosial dan menggoda mangsa untuk menjalin hubungan. Sering menggunakan gambar lelaki berkulit putih.
  • Enggan untuk berjumpan, komunikasi terbatas hanya melalui email, panggilan telefon, atau mesej.
  • Anggota sindiket akan memberitahu mangsa yang mereka telah menghantar hadiah atau wang kepada mangsa tetapi menghadapi masalah di Jabatan Kastam, Imigresen atau bank.
  • Individu yang menyamar menjadi pihak berkuasa akan menghubungi mangsa dan meminta agar wang tersebut boleh didepositkan ke akaun bank peribadi mangsa.
  • ‘Pihak berkuasa’ tersebut akan meminta sejumlah wang cagaran bagi proses tersebut.
  • Apabila cagaran telah dibayar, ‘pihak berkuasa’ dan kenalan mangsa tidak dapat dihubungi.

Sindiket ini sukar dibendung kerana selain mengambil kesempatan terhadap sikap rakyat Malaysia yang murah hati, anggota sindiket masuk ke Malaysia dengan menyamar menjadi pelajar di kolej-kolej swasta.

my_blog_scams_1-jpg

Sindiket penyamaran bank

Jika anda menerima panggilan dari individu yang mendakwa sebagai pegawai bank atau wakil Bank Negara Malaysia, kemudian meminta maklumat peribadi anda untuk pengesahan kad kredit atau debit, tamatkan panggilan dengan segera.

Biasanya, mereka akan mengatakan maklumat peribadi anda terjejas dan kad anda mungkin telah digunakan. Sejumlah wang pula diminta sebagai jaminan penyiasatan. Taktik lain yang digunakan ialah dengan meminta maklumat peribadi yang sensitif seperti nombor kad, maklumat kad pengenalan, ataupun nombor CVV. Selepas itu, tanpa disedari akaun bank mangsa telah digunakan.

Tip: JANGAN berikan sebarang maklumat peibadi dan perbankan anda melalui telefon. Ingat bahawa pihak bank atau BNM tidak akan meminta maklumat tersebut melaui telefon, SMS atau email. Hubungi bank anda segera sekiranya kejadian ini berlaku.

Sindiket Penipuan Pelaburan

Mendapat keuntungan yang banyak untuk wang yang anda laburkan mungkin berbunyi seperti tawaran menarik, tetapi jangan cepat terpedaya.

Sindiket seperti tersebut menggunakan taktik menjanjikan keuntungan beripat kali ganda dalam masa yang singkat untuk mengambil kesempatan sikap rakyat Malaysia yang ingin keuntungan secara cepat dan mudah.

Antara sindiket pelaburan yang pernah menggemparkan Malaysia:

  • Sindiket Macau Scam: Mangsa biasanya dihubungi seseorang yang menyamar sebagai polis atau wakil bank dan memaklumkan mangsa dikehendaki untuk jenayah seperti penipuan wang dan bakal ditahan. Taktik menakutkan ini digunakan bagi mengugut mangsa untuk mendeposit sejumlah wang bagi membersihkan rekod jenayah tersebut. Jangan takut, sebaliknya hubungi pihak polis, Bank Negara atau bank, dan jangan menggunakan nombor yang diberi pemanggil tersebut.
  • Sindiket Mecca Investment: Sindiket yang menarik mangsa untuk melabur dibawah pelaburan ‘Patuh Syariah’ di Mekah dengan pulangan keuntungan sehingga 360% setahun. Juga dikenali sebagai Mecca Fund Global.
  • Sindiket Chicago Bond: Sindiket penipuan pelaburan yang beroperasi dibawah nama Federal Reserve Chicago Bond. Menjanjikan pulangan tinggi untuk pelaburan. Seramai 7600 individu telah menjadi mangsa, dengan kerugian sehingga RM 90 juta.

Oleh itu, jika anda ditawarkan pelaburan dengan keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat, kebarangkalian yang tinggi bahawa pelaburan tersebut merupakan satu penipuan.

Ingat, berhati-hati dalam pengurusan wang dan maklumat peribadi anda. Jika anda mendapat tawaran dengan ganjaran yang terlampau tinggi, ia biasanya perangkap sindiket yang mencari mangsa.

Lihat juga: Skim penipuan dalam talian yang anda perlu tahu.

Sindiket Penipuan Tawaran Kerja

Jika anda menerima tawaran perkerjaan bergaji tinggi melalui akaun media sosial dari  individu atau syarikat, siasat terlebih dahulu sebelum ghairah menerima tawaran tersebut. Satu sindiket baharu yang kian meningkat menggunakan modus operandi media sosial untuk memperdaya rakyat Malaysia sertai Sindiket Macau.

Mulanya, mangsa akan dipujuk dengan penawaran kerja bergaji RM6,000 – RM7,000 melalui WeChat. Mangsa akan diarahkan untuk menghadiri temuduga di kedai kopi, kemudian akan dilatih dan dihantar ke luar negara untuk bersubahat dengan sindiket tersebut.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID), SAC Mohd Sakri Ariffin ketika memberi komen menyarankan agar mereka yang mencari kerja agar berhati-hati dengan tawaran kerja seperti ini. “Tidak ada syarikat yang akan membuat temuduga untuk jawatan bergaji besar di kedai kopi”, ujarnya.

Beliau turut berkongsi bahawa rekrut sindiket ini turut dilatih untuk menyamar sebagai polis, pegawai Bank Negara, dan pegawai Jabatan Imigresen dan Kastam. Para penipu ini akan menggunakan teknologi VoIP untuk meniru nombor pihak berkuasa Malaysia.

Rekrut akan menghubungi bakal mangsa dan memberitahu mangsa dituduh atas kesalahan jenayah diluar negara, seperti menyeludup dadah ataupun terlibat dengan wang haram. Mangsa diminta untuk membayar sejumlah wang atau memindahkan semua wang mereka ke akaun yang lain bagi mengelakkan akaun bank mereka dibekukan.

Jika insiden diatas berlaku kepada anda, dapatkan nama pegawai tersebut dan JANGAN beri sebarang maklumat peribadi anda. Hubungi pihak berkaitan seperti polis, Kastam, dan Bank Negara sendiri dan JANGAN gunakan nombor yang telah diberi oleh “pegawai” tersebut.

Sindiket Kerja dari Rumah

Skim ini merupakan antara sindiket yang telah memperdaya jumlah mangsa paling ramai di kalangan rakyat Malaysia. Disebalik laman web yang mengiklankan kerja secara sah seperti Jobstreet.com, hati-hati dengan iklan kerja yang dipaparkan dalam talian. Salah satu cara untuk mengenali iklan kerja dari rumah yang berisiko ialah apabila anda diminta untuk membuat bayaran terlebih dahulu, dan menjanjikan maklumat tambahan selepas bayaran dibuat. Sesetengah sindiket juga tidak akan mengiklankan bayaran ini, sebaliknya hanya akan memaklumkan pencari kerja terhadap bayaran tersebut selepas dihubungi.

Perhatikan juga ayat dan perkataan yang sering digunakan, seperti:

  • “Kerja di mana sahaja”
  • “Waktu kerja yang fleksibel”
  • “Tetapkan jadual kerja anda sendiri!!!”
  • “Bayaran RM500 – RM1,000 SEMINGGU!!!”

Rujuk artikel ini untuk mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa penipuan sindiket kerja dari rumah.

Selain itu, sindiket-sindiket lain yang perlu diberi perhatian ialah:

  • Syarikat tidak berdaftar
  • Individu tidak berlesen, seperti individu yang menawarkan produk insurans tanpa memiliki lesen
  • Tawaran meminjam wang bagi tujuan pelaburan
  • Maklumat pelaburan yang meragukan
  • Akaun media sosial palsu yang kerap menghubungi anda bagi mendaftar dibawah skim mereka
  • Pengasas atau ahli skim yang mempamerkan kekayaan bagi menarik ahli

Tambahan pula, rakyat Malaysia juga boleh menggunakan portal yang disediakan oleh pihak polis untuk memeriksa kesahihan akaun bank dan memastikan sama ada akaun bank tersebut digunakan oleh sindiket penipuan. Portal tersebut masih lagi dalam mod percubaan, tetapi boleh digunakan disini.

Ingat, ambil langkah berhati-hati dalam menguruskan wang dan maklumat peribadi anda. Jika anda mendapat tawaran dAN ganjaran pada nilai luar biasa, ia biasanya perangkap penipu sindiket yang mencari mangsa.

Save

8X Rewards Points untuk perbelanjaan di Mid Valley Megamall & The Gardens Mall
mohon_sekarang

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals