Heboh Kebangkitan Pelaburan Bitcoin?


Kita sempat menyaksikan bersama-sama penurunan harga Bitcoin pada akhir tahun 2017 hingga awal 2018 lalu. Mata wang virtual paling popular di dunia ini pernah mencecah nilai $20,000 sebelum merosot perlahan-lahan. Namun kini petanda kenaikan harga Bitcoin mulai muncul.

Bulan Julai ini nampaknya menjadi bulan baik di mana trend peningkatan harga Bitcoin kembal. Untuk pertama kalinya setelah sekian lama, harga jualan Bitcoin $8,000. Data tersebut dinyatakan oleh Coinmarketcap baru ini pada laman web Cointelegraph.com.

Pada hari tersebut, Bitcoin diperdagangkan hingga $8,009, naik 3.9 peratus dari harga sebelumnya. Pemilik Bitcoin berjaya memperoleh keuntungan sehingga $200 hari itu hanya dalam masa beberapa jam sahaja. Keuntungan mingguan dan bulanan Bitcoin sekarang masing-masing sekitar 3.8 dan 34 peratus, menurut data dari CoinMarketCap.

Kekal pada harga sekitar $8,000

Kenaikan harga Bitcoin ini membawa khabar gembira bagi pemilik Bitcoine. Hal ini kerana setelah diperdagangkan $8,479,33 nilai Bitcoin BTCUSD turun sebanyak 0.03% dan akhirnya jatuh ke $8,136.78, turun 1.1% di bursa Kraken.

Walaupun nilai jualan Bitcoin berpotensi untuk jatuh, pemilik Bitcoin boleh menarik nafas lega kerana Bitcoin masih lagi diperdagangkan pada harga sekitar $8,000. Berdasarkan data Coinmarketcap, (setakat artikel ini ditulis), Bitcoin diperdagangkan dengan harga $8,175 dengan jumlah permodalann pasaran $140,380,324508 USD dan nilai perdagangan $5.623.520.000 USD selama 24 jam terakhir.

Pendapat Tom Lee tentang Bitcoin Saat Ini

Sebagai salah seorang penganalisa terkemuka bitcoin di Wall Street, pendapat Tom Lee sentiasa menjadi perhatian umum. Ketika harga cryptocurrency berada di sekitar $ 3,500 pada September 2017, beliau menganggarkan bahawa bitcoin akan menjadi “pelaburan terbaik anda sehingga akhir tahun”. Pendapat tersebut dikemukakan tiga bulan sebelum harga Bitcoin melonjak naik ke paras $19,000.

Ketua penyelidik Fundstrat ini sering kali memiliki memiliki pandangan optimis terhadap Bitcoin walaupun nilai matawang virtual itu telah jatuh 60% dari harga tertinggi, dibawah $6,000 pada bulan Jun. Berdasarkan maklumat dari Coinbase, harga jualan Bitcoin kini menunjukkan trend peningkatan, dengan harga terkini $8,300 pada hari Selasa.

“Kami masih percaya bahawa Bitcoin mungkin akan berjaya mencecah harga $25,000 pada hujung tahun ini,” ujar Lee dalam kenyataannya kepada CNBC melalui email pada hari Selasa.

Melihat bagaimana Tom Lee meramalkan harga Bitcoin sebelumnya, banyak trader berharap semoga berjaya strategist dari Wall Street ini kembali membuktikan ketepatan hipotesisnya.

Artikel ini diterbitkan dahulu di DuniaFintech.

Tags: