Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Berapakah Jumlah Simpanan Anda Perlu Menjelang Usia 30 Tahun?

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 10 November, 2021

Memiliki simpanan sebagai merupakan aspek penting dalam pengurusan kewangan peribadi. Tindakan ini ialah langkah pertama dan termudah untuk membina portfolio kewangan sebelum beralih ke komponen yang lebih kompleks, seperti pelaburan, pengurusan hartanah, dan memulakan perniagaan sendiri.

Bagi generasi millennial yang bakal memasuki usia 30an,  dan masih tidak tahu bagaimana untuk mula menyimpan wang, panduan dibawah boleh memberikan gambaran berapa yang anda perlu ada dalam simpanan menjelang usia 30an.

Mengapa 30 tahun?

Ianya agak subjektif dan mungkin berbeza bagi setiap individu, tetapi pada usia ini, anda biasanya akan lebih rasional dan matang dalam membuat keputusan, sama ada untuk kerjaya, pelaburan, perhubungan, dan kehidupan. Jadi, menetapkan matlamat kewangan pada usia ini akan membantu anda untuk memilih tindakan yang diperlukan untuk memastikan matlamat tersebut dicapai pada usia 30.

Ia agak sukar untuk menentukan jumlah yang tepat untuk simpanan yang diperlukan menjelang usia 30, kerana setiap individu memiliki gaji dan pengalaman berkerja yang berbeza. Jadi, kami gunakan formula berikut untuk mengira jumlah simpanan yang perlu dibuat setiap bulan untuk membentuk kewangan yang kukuh.

Formula Pengiraan Simpanan

Perhatian: formula dan cadangan dibawah hanya untuk tujuan maklumat dan sumber rujukan sahaja.

Formula Simpanan:
[23% (Persaraan) + 10% (Kecemasan) + 10% (Tujuan Khas)] x Pendapatan Bulanan Kasar (Sebelum Pemotongan KWSP)

Sebagai contoh, Amin, seorang akauntan berusia 24 tahun, dengan pendapatan kasar RM3500 sebulan. Menggunakan pengiraan formula di atas, Amin perlu membuat simpanan sebanyak RM1505 sebulan, untuk memastikan kewangannya kukuh. Dengan baki pendapatan sebanyak RM1,995 sebulan, Amin masih boleh memiliki kereta dengan bayaran pinjaman RM500 sebulan, dan menjalani kehidupan seharian dengan secukupnya.

Mari kita lihat komponen formula simpanan ini, dan mengapa peratus tersebut digunakan untuk setiap komponen.

MY_Blog_Food_app_02_121316.jpg

Simpanan Persaraan

Awal tahun ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kenaikan kadar minimum simpanan asas daripada RM196,800 kepada RM228,000.

Menurut KWSP, “kadar Simpanan Asas ini merujuk kepada jumlah minima yang dikira cukup untuk menampung keperluan asas ahli kami  selama 20 tahun, dari umur 55 tahun sehingga 75 tahun, berdasarkan kadar jangkaan umur rakyat Malaysia. Kuantum baru ini (rujuk jadual dibawah) menggunakan jumlah pencen minima pekerja sektor awam, yang dinaikkan daripada RM820 kepada RM950 sebulan untuk lingkungan umur 55 sehingga 75 tahun”.

Simpanan Asas Pada Usia 55 tahun – RM228,000
Umur Simpanan Asas (RM) Umur Simpanan Asas (RM)
18 1,000 37 60,000
19 3,000 38 66,000
20 5,000 39 72,000
21 6,000 40 78,000
22 8,000 41 85,000
23 10,000 42 92,000
24 12,000 43 100,000
25 14,000 44 108,000
26 17,000 45 116,000
27 20,000 46 125,00
28 23,000 47 134,000
29 26,000 48 144,000
30 29,000 49 154,000
31 33,000 50 165,000
32 37,000 51 176,000
33 41,000 52 188,000
34 45,000 53 201,000
35 50,000 54 214,000
36 55,000 55 228,000

Sumber: KWSP

Berdasarkan jadual diatas, seseorang perlu memiliki sekurang-kurangnya RM29,000 pada usia 30 tahun, untuk memastikan kita di landasan yang betul dalam memiliki jumlah minima yang diperlukan bagi menampung hidup selepas bersara sehingga umur 75 tahun.

Namun, jumlah yang perlu disimpan hendaklah lebih tinggi, jika mengambil kira faktor inflasi dan anda inginkan hidup yang lebih senang selepas bersara.Ini seiring dengan cadangan CEO Private Pensioners Administration (PPA), Dato’ Steve Ong agar setiap rakyat Malaysia memiliki simpanan sehingga 33% dari pendapatan bulanan untuk persaraan.

Untungnya, anda telah mencarum 11% dari pendapatan bulanan, dan 12% sumbangan dari majikan untuk akaun KWSP. Jadi, anda hanya perlu memperuntukkan lebih kurang 9%-10% lagi dari pendapatan anda untuk mengikuti cadangan tersebut. Untuk memastikan 10% simpanan tersebut berkembang, anda boleh laburkannya di 56 Skim Persaraan Swasta (PRS) di Malaysia yang ditawarkan oleh 8 bank dan institusi kewangan berlesen, bergantung kepada perancangan anda.

simpanan-30-01

Simpanan kecemasan

Sebarang kemalangan yang tidak diingini boleh berlaku, dan boleh menelan kos yang tinggi. Oleh itu, simpanan kewangan yang kukuh penting untuk menghadapi situasi ini. Insiden seperti ini termasuklah masalah kesihatan, kerosakan kenderaan, diberhentikan kerja, ataupun bahagian rumah anda rosak dan perlu diperbaiki.Jika melihat pada objektif simpanan ini, tidak dinafikan ia mungkin simpanan yang paling penting dan perlu diutamakan.

Namun, masih ramai rakyat Malaysia yang memandang remeh penyediaan simpanan kecemasan berpunca dari sikap ambil ringan terhadap ketidakpastian dan akibat yang bakal berlaku. Sejak beberapa tahun lepas, kita telah saksikan banyak syarikat besar di Malaysia mengumumkan penstrukturan semula, ataupun menutup cawangan mereka.

Ramai pekerja telah diberhentikan oleh sebab itu.Malangnya, menurut Laporan Kestabilan Kewangan Bank Negara Malaysia, hanya 6% rakyat Malaysia memiliki simpanan kecemasan untuk menanggung belanja selama 6 bulan sekiranya mereka kehilangan punca pendapatan.

Walaupun menyediakan simpanan sebanyak 6 bulan gaji kelihatan sukar, anda perlu bersedia dari awal. Jika tidak, anda sukar untuk menghadapi musibah jika ia melanda.Sebagai permulaan, peruntukkan 10% dari gaji anda ke akaun simpanan yang fleksibel. Jika gaji anda RM3,500, 10% yang anda peruntukkan itu boleh berkembang ke RM3,500 dalam tempoh 10 bulan. Dalam tempoh 5 tahun, anda sudah mempunyai simpanan yang cukup untuk 6 bulan, iaitu sebanyak RM21, 000 dalam akaun anda.

Simpanan tujuan khas

Simpanan ini khusus untuk matlamat jangka pendek dan sederhana anda, seperti melancong, membeli kereta, deposit rumah, ataupun untuk berkahwin. Memandangkan simpanan lain telah diperuntukkan, anda boleh meletakkan 10% dari gaji untuk tujuan ini.Jika anda ingin menggunakan kelebihan faedah atau dividen pada masa akan datang, laburkan simpanan in ke unit amanah ataupun deposit tetap.

Mula dari sekarang

Ia tidak pernah terlalu lewat untuk mula menyimpan untuk diri anda. Selain itu, jangan bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Cuba cari kerja sambilan atau freelance untuk menambah pendapatan di luar waktu kerja. Tetapi, jangan lupa untuk pastikan hutang yang sedia ada dibayar!

Disclaimer: Neither CompareHero.my nor the content on it is intended as securities brokerage, investment, tax, accounting or legal advice, as an offer or solicitation of an offer to sell or buy, or as an endorsement, recommendation or sponsorship of any company, security or fund. The content on CompareHero.my is for general information purposes only and is not intended to be personalised investment advice or a solicitation for the purchase or sale of securities.

Compargo Malaysia Sdn. Bhd. and/or its affiliates cannot and do not assess, verify or guarantee the adequacy, accuracy or completeness of any information, the suitability or profitability of any particular investment, or the potential value of any investment or informational source. CompareHero.my may receive compensation from the brands or services mentioned on this website.

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals