Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Gym Dengan Tawaran Terbaik di Malaysia

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 31 October, 2019

Mengapa Rakyat Malaysia ke Gymnasium?

Februari yang lepas, Al-Jazeera telah melaporkan yang Malaysia sedang mengalami gejala obesiti dalam kalangan rakyatnya. Statistiknya agak membimbangkan: 2 dekad yang lampau, hanya 4.4% rakyat Malaysia dikategorikan sebagai ‘obes’. Angka itu meningkat ke 14% dalam masa sedekad.

Lantas, dengan terdedahnya akan kesedaran mengamalkan gaya hidup sihat, pusat-pusat kesihatan dan kecerdasan serta gymnasium mula beroperasi di seluruh negara bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Umumnya, ciri-ciri yang dicari untuk menentukan gymnasium yang terbaik untuk pelanggan ialah harga pakej, kemudahan yang ditawarkan, kekerapan penyelenggaraan serta bilangan dan lokasi gymnasium. Persoalannya, wujudkah pengendali gymnasium yang sempurna untuk semua lapisan rakyat Malaysia? Sudah tentu, tafsiran sempurna itu amat subjektif, bergantung kepada setiap orang. Ditambah pula dengan fakta yang setiap pengendali gymnasium mempunyai sasaran pelanggan serta strategi pemasaran yang berbeza. Kini, pengendali gymnasium turut menawarkan kelas-kelas berkumpulan seperti tarian, yoga, seni mempertahankan diri dan banyak lagi untuk menarik pelanggan.

Antara ciri-ciri yang diutarakan , harga mungkin menjadi satu faktor terpenting, terutama bagi mereka yang baru mula berjinak-jinak untuk ke gymnasium. Salah satu tip yang boleh dicuba ialah dengan berkunjung ke gymnasium-gymnasium yang baru dibuka. Kebiasaannya, pengendali gymnasium baru akan menawaran diskaun untuk keahlian dan hadiah-hadiah untuk menarik pelanggan baru.

Dalam kajian kami, kebanyakan pelanggan mungkin keliru bagaimana caj yang dikenakan boleh berubah-ubah dalam jangka masa yang pendek. Hal ini demikian kerana yuran keahlian dikira secara individu, lantas pakej yang ditawarkan adalah berbeza bagi setiap bakal ahli. Apabila anda berhadapan dengan situasi ini, anda boleh gunakannya untuk memastikan setiap ringgit yang anda bayar untuk yuran keahlian berbaloi dengan memastikan pakej yang anda terima benar-benar memenuhi keperluan kecergasan anda.

CompareHero.my telah membandingkan dan mengenalpasti beberapa pengendali gymnasium terkemuka di ibu kota untuk mengetahui gymnasium yang mana yang boleh dikatakan sebagai yang terbaik. Kami mengambil kira ciri-ciri berikut: harga, lokasi serta bilangan cawangan, dan kemudahan yang ditawarkan. Jika dikira secara keseluruhan, gymnasium Celebrity Fitness merupakan yang terbaik di negara ini dengan pakej yang berpatutan serta peralatan yang berkualiti.

Gym Dengan Tawaran Terbaik

MY_GymOperatorsComparison_blog-logos-celebrityfitness

1.    Celebrity Fitness

Seperti namanya, pengendali gymnasium dengan rangkaian terbesar di seluruh negara ini dipercayai memegang sebahagian besar pasaran dan amat popular, dengan bilangan ahli yang terbesar serta cawangan di serata Lembah Klang.  Gymnasium ini menawarkan pelbagai kelas, pelatih peribadi, dan kemudahan yang terkini, Celebrity Fitness sentiasa fokus untuk mengembangkan cawangan mereka keseluruh negara.

Menurut pengurus perhubungan awam dan acara serantaunya, rangkaian gymnasium ini bakal membuka cawangan baru di Johor Bahru (November ini), Ipoh dan Kuching dalam masa 2 tahun akan datang.

Pengurusan Celebrity Fitness secara objektifnya memusatkan strategi mereka menarik pelanggan baru dan memberikan insentif untuk pelanggan setia mereka. Bagi mereka yang gemarkan untuk bersenam dalam persekitaran yang tidak sesak, Celebrity Fitness mungkin bukan pilihan yang terbaik kerana ianya boleh menjadi sesah apatah lagi dihujung minggu.

 Cawangan-cawangan: Metro Point (Kajang), Klang Parade, Bangsar Village II, Aeon Big Endah Parade, Cheras Sentral, Kepong Village, Lot 10, Mid Valley, Nu Sentral, Quill City, Wangsa Walk, One Utama, Jaya One, Sunway Pyramid, Puchong Setiawalk, Palm Mall Seremban, The Mines, Aeon Big Bukit Rimau, Main Place USJ, Subang Parade dan Aeon Shah Alam. Cawangan baru: D Pulze, Putrajaya.

MY_GymOperatorsComparison_blog-logos-kfit

2.    KFIT

Baru sahaja dilancarkan tahun lepas, aplikasi penawaran kemudahan kecergasan ini telah berjaya menebus pasaran dengan memberi penyelesaian kepada pelanggan dan pengendali gimnasium. Namun begitu, KFIT telah memutuskan untuk menghentikan akses tanpa had ke gymnasium dan studio kecergasan; yang diubah kepada 10 sesi setiap fasiliti. Hal ini telah menimbulkan sentimen negatif dalam kalangan para pelanggan, tetapi harga yang ditawarkan masih lagi berpatutan (RM 99 sebulan bagi satu-satu fasiliti).

Aplikasi ini sesuai untuk digunakan bagi mereka yang tidak berapa kerap berkunjung ke gimnasium. Tambahan pula, mereka yang baru ingin bermula aktiviti sihat juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk menyelidki gimnasium sebelum mengikat sebarang komitmen. Untuk lebih fleksibel, KFIT juga telah melancarkan KFit Go yang membolehkan pengguna mencuba aktiviti serta kemudahan yang ditawarkan tanpa perlu membuat sebarang langganan. Pengguna juga boleh menggunakan KFit X untuk mendaftar keahlian di lokasi yang dipilih dan merekod perkembangan kecergasan mereka.

Cawangan-cawangan: Singapura, Kuala Lumpur, Hong Kong, Taipei, Manila, Seoul, Auckland, Melbourne, Sydney, Perth.

MY_GymOperatorsComparison_blog-logos-anytimefitness

3.    Anytime Fitness

Anytime Fitness adalah salah satu pengusaha gimnasium terbaru di Malaysia dan menawarkan perkhidmatan 24/7 untuk ahli-ahlinya. Ia sesuai bagi mereka yang sibuk dengan urusan kerja dan inginkan gimnasium serta aktiviti yang mempunyai jadual fleksibel.

Statusn, peralatan dan kemudahan yang ditawarkan masih lagi baru dan Anytime Fitness juga menawarkan kelas kesihatan namun jenis kelas adalah terhad . Ini mungkin kerana Anytime Fitness masih lagi dalam proses untuk mengembangkan jenamanya, dan dijangka lebih banyak insentif yang akan ditawarkan kelak.

Cawangan-cawangan: Menara Hap Seng (Kuala Lumpur), Taman Cempaka Ampang, Taman Desa (Jalan Klang Lama), Mont Kiara, Damansara Perdana, Wisma BU8 (Petaling Jaya), Oasis Ara Damansara, The Cube Puchong, Jalan Anggerik Shah Alam dan Sunway Nexis Kota Damansara. Bakal dibuka: Plaza Vads TTDI, Aeon AU2 Shopping Centre (Jalan Taman) dan 8 Kinrara (Puchong).

4.     Chi Fitness

Gimnasium ini telah melalui proses penstrukturan semula dan telah mengukuhkan jenamanya dengan membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara. Penstrukturan semula ini bukan sahaja telah menyelenggara dan menambah baik peralatan dan kemudahan, bahkan turut mengemaskini kadar pakej yang ditawarkan untuk mengelakkan kekeliruan.

Cawangan-cawangan: C180 (Cheras), Nexus (Bangsar South), Carnauba (Shah Alam), Centro Mall (Klang), Bangsar Shopping Centre, PJ Trade Center, The Scott Garden, Ikon Connaught (Cheras), Atria Shopping Gallery, Shaftbury Square (Cyberjaya), Encorp Strand Mall, Da:Men USJ, Sunway Carnival Mall (Penang), Queensbay Mall (Penang), All Seasons Place (Penang), Heritage Club (Penang) dan Aman Sentral (Alor Setar).

fitness first

5.    Fitness First

Fitness First menyasarkan golongan pelanggan yang berpendapatan sederhana dan tinggi. Walaupun telah lama bertapak di pasaran, ia berhadapan dengan pesaing yang menawarkan kemudahan terkini serta pakej yang lebih menarik dan kemudahan terkini. Tetapi, Fitness First masih lagi mmpunyai kelebihan dari segi kualiti khidmat pelanggannya.

Cawangan-cawangan: 1 Mont Kiara, Avenue K, Cheras Leisure Mall, Empire Subang, IOI Mall, Klang Bukit Tinggi, Menara Axis, Menara Manulife, Paradigm Mall, Setia City Mall, The Curve dan The Gardens Mall (Midvalley).

MY_GymOperatorsComparison_blog-logos-jatomi

6.    Jatomi Fitness

Salah satu lagi nama baru dalam kalangan gimnasium, Jatomi Fitness menawarkan pakej yang paling berpatutan antara pengusaha dalam senarai ini. Tetapi, bilangan cawangannya masih lagi agak rendah.

Cawangan-cawangan: Tropicana City Mall (Petaling Jaya), The Weld (Kuala Lumpur), Gurney Plaza (Penang) dan Johor Baru City Square.

True-Fitness-Logo-2

7.    True Fitness

True Fitness menawarkan pelbagai kelas dan kemudahan termasuk kolam renang, studio kesihatan dan sesi penjagaan kuku. Namun, kemudahan di sesetengah kawasan kelihatan tidak terjaga dengan baik, dan pihak pengurusan mungkin perlu mengambil berat akan hal ini.

Cawangan-cawangan: Desa Sri Hartamas, Jaya33 (Petaling Jaya), Kenanga International Building, Sunway Giza dan USJ Subang Jaya.

 

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals